Maulidur Rasul 2012 Di Muar
Tiada yang indah selain daripada dapat makan coklat hampir setiap hari. Ayat tak kena langsung. Apa lagi yang mengindahkan pagi hari selain berarak satu Bandar Muar. Takdalah sampai satu Bandar Muar, cuma 2 kilometer je duk pusing dari tanjung ke bandar pastu masuk semula ke tanjung. Haha aku je yang pakai kopiah. Songkok hilang mana entah.
Barisan depan dah tentu Sultan Johor dengan Menteri Besar Johor. Kita rakyat jelata di barisan belakang. Aku sebenarnya tiada kaitan tapi saje join kawan punya office. Dari bangun pagi tak buat apa-apa, baik pergi kuruskan perut akibat melantak tiga hidangan dalam satu masa tempoh hari sudah. Pakaian Melayu tradisi orang Johor dah semestinya Baju Melayu Teluk Belanga.
Maka beraraklah segala rakyat jelata mengikut jejak langkah pemerintah Johor di depan. Kami rakyat Johor bersatu hati bergabung tenaga dalam merajai jalan raya. Habis semua jalan raya di tutup. Siapa yang ada urusan dekat bandar, memang kesian lah sebab kena tunggu habis rakyat jelata berarak baru boleh lalu.
Tengok sendirilah betapa ramai tak ramai punya rakyat jelata berarak. Hampir kira-kira 12 juta rakyat yang sanggup berkorban tenaga dan masa. Ok ni aku auta. Takdalah sampai juta-juta tapi memang ramai jugaklah. Rakyat jelata terutama orang Muar memang 'morning person' punya karakter. So bab bangun pagi-pagi ni memang takda masalah.
Dan ini aku dan juga P.Ramlee in the making setelah habis berarak dan juga makan. Mereka yang berarak makan dalam pinggan plastik berbanding rakyat jelata yang tidak berarak. Mereka ini makan di dalam dulang beramai-ramai. Kami ini semua makan di dataran dan mereka makan di masjid. Lagi seronok sebenarnya kalau dapat makan dalam dulang beramai-ramai di masjid. ~Salam Maulidur Rasul~
Comments