Berjalan seperti biasa hampir tiga bulan di laluan yang sama membuatkan Ezqir seperti manusia yang mendiami kawasan tersebut. Dilihat secara mata kasar, bentuk tubuh Ezqir sama seperti mereka yang mendiami kawasan tersebut. Dengan itu amat mudah bagi Ezqir untuk beramah mesra dengan mereka walaupun berlainan budaya. Ezqir anak kelahiran Pevzex yang merupakan satu kawasan yang didiami oleh golongan elit Gexzin begitu memberontak pada mulanya apabila diberitahu kedua orang tuanya agar beliau harus dihantar ke Wixcov iaitu satu kawasan pedalaman yang didiami oleh bangsa Gexneic, di mana mereka ini langsung tidak berhubung dengan dunia luar. Pintu masuk di kawasan utara merupakan satu-satunya laluan keluar masuk bagi bangsa Gexneic ini dan ianya dijaga rapi 24 jam oleh mereka yang benar-benar dipercayai untuk menjaga pintu keramat tersebut. Hari ini genap tiga bulan Ezqir berada di bumi Wixcov. Secara diam tidak diam, Ezqir sudah mula menyukai bangsa Gexneic ini kerana dirinya ti...
Comments