Posts

Showing posts with the label Cerita

Juadah Berbuka

Image
Juadah berbuka aku semalam paling simple. Memandangkan berbuka waktu Shah Alam 7.31 petang, aku mula keletung keletang dekat dapur pukul 7. Nak siapkan juadah ni cuma dalam 20 minit je. Daging burger, broccoli, keju, telur mata, dengan roti gardenia. Aku jenis yang kurang gemar ke param (Pasar Ramadhan) sebab nanti tak tau nak beli apa, sudahnya balik dengan air tebu je nanti. Semalam teman abang aku pergi Petaling Jaya duk beli dakwat untuk printer dia dekat Digital Mall tu, pastu ke Jalan Pahang HKL beli buku belajar dia apa benda entah. Balik tu baru singgah beli broccoli dekat mydin seksyen 18. Setelah hampa kelmarin, akhirnya dapat juga broccoli untuk juadah berbuka. Aku tak cerewet dalam bab-bab makan ni. zzzzzz.. Setakat dapat makan benda-benda macam ni dah kira bagus untuk aku. Lagipun aku dah bagitau yang aku ada matlamat aku sendiri untuk bulan puasa kali ini. Semalam pun abang aku tanya berat badan aku berapa dan aku yakin macam boleh turunkan dalam 4 atau 5kg k...

Juadah Bersahur

Image
Ramadhan kembali lagi. Dan aku menyambut hari pertama Ramadhan seorang diri. Maknanya akan sahur seorang diri dan berbuka juga seorang diri. InsyaAllah. Siapa yang sudah menyelesaikan terawihnya yang pertama pada malam ini, syukur Alhamdulillah.Berbalik kepada motif awal aku nak cerita serba sedikit pasal permakanan yang bakal aku harungi sebulan berpuasa nanti. Tadi aku ke Mydin untuk membeli broccoli, namun hampa. Broccoli habis. Pusing punya pusing, maka aku belilah daging burger, cheese, telur, dan susu coklat. Dan nyata aku seorang yang perlupa sebab tak membeli roti gardenia. Kalau siapa yang kenal aku, mesti tau yang aku ni tak minum susu tapi aku selamba je beli susu coklat 6 kotak. Ni namanya buang tebiat nak hidup. Aku pun tak tau nak buat apa sahur pagi esok. Nak masak macam mana daging burger ni? Tulah main beli sembarono je. Aku ingat sahur esok pagi nak makan telur mata dua biji sama broccoli tapi dah takda, lagipun aku dah pergi dua kedai. Malas nak pusing ba...

Cik Adik vs Ikan Jerung

Apa yang best cuti? Pada gua lagi best kerja dari cuti sebulan tapi gua tak tau mana nak kerja. Lagipun gua ni teringin sangat nak makan sirip ikan jerung. Owkay takda kena mengena langsung apa yang bakal gua nak ceritakan dekat bawah ni. Mahu tak merepek, dari cuti tetiba ke sirip ikan jerung. Baik makan beruang je terus. Lama juga gua hilang dekat twitter dengan facebook. Tu pun sebab gua dapat sindrom tak dapat makan sirip ikan jerung. Jerung lagi. Ni mesti dah teringin sangat nak turun laut ni. Gua terasa hati sebenarnya dengan prestasi diri gua sendiri sejak akhir-akhir ni. Tengok! Gua layan perasaan gua je tanpa hiraukan kata-kata orang lain.Bak kata pepatah "lebih baik jaga boxer sendiri dari jaga tepi kain orang lain". Lagipun mak gua datang Shah Alam temankan gua. Mak gua tau gua tengah berada dalam situasi terjun tiruk KB Mall. Sebab tu mak gua sanggup datang dari Muor semata-mata nak temankan gua. So gua terpaksa abaikan  apa yang ada dekat sekeliling gua....