Posts

Showing posts with the label Aktiviti

The 3rd Of September

Image
Hidup ni kadang-kadang perlukan satu jiwa, satu hati, satu tempat, ibarat sang pertapa di dalam gua yang cekal sorang-sorang menuntut ilmu jiwa kacau nasib sendiri. Zehahaha.. Tak banyak yang berlaku sangat hari ni kecuali tarikh lahir aku sama dengan kartun Doraemon tu, nasib tak sama dengan Nobita. lulz.. Ikutkan aku nak turun Melaka perkena Alien Big Apple tapi memandangkan minggu depan dah balik Shah Alam, rasa-rasanya dapatkan dekat sana aje dah betul. Dekat sikit dengan rumah. Nafsu makan masih boleh dikawal lagi. Cuma kadang-kadang tewas juga bila masuk bab-bab coklat ni. Secara serabutnya, aku pun tak pasti nak menghiburkan hati aku sendiri ni dengan apa pada hari bersejarah aku ni. Fikir punya fikir punya fikir, aku nekad untuk memanjakan lidah, tekak dan perut dengan al makanan al tak berkhasiat ini. Biasanya memang begini kalau aku menghargai diri sendiri. Dah penat-penat berkerja, tak salah kalau nak mengada-ngada untuk diri sendiri. Cuma kali ni bukan penat berkerja tapi.....

Taman Negara Johor Gunung Ledang

Image
Puteri mana yang masyur? Puteri Gunung Ledang! Aktiviti kali ni lebih kepada santai. Kalau sebelum ni dua kali mendaki ke puncak atas Gunung Ledang, yang ini mandi manda dengan riang seloka. Dan sebelum ni juga kebiasaannya mandi di kawasan Air Terjun Gunung Ledang, untuk kelaianan menukar aktiviti mandi manda di Taman Negara Johor Gunung Ledang. Kalau sebelum ni masuk tidak dikenakan bayaran. Pelik juga sebab kali ni setiap kepala dikenakan bayaran. Haha sampai bila nak bagi masuk percumakan. Ada harga di bawah tu. Bandingkanlah sendiri sama ada keterlaluan ataupun tidak. Yang pasti, aktiviti mandi manda ni memang berbaloi. Siapa je tak suka mandi air terjunkan. Kecuali lemas je orang akan tak berasa gembira. So enjoice!  

Salam Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

Image
Jom beraya. Tahun ni beraya dalam keadaan kesederhanaan. Sederhana dari segi permakanan sehingga perut menjadi bintat toroi.  Makan sana sini, setiap masa makan selagi nampak makanan tu di depan mata. Apa boleh buat, negara mewah dengan bermacam-macam makanan. Inilah kesederhanaan. Lulz. Takda apa nak coret. Nak coret itu ini pun tak larat sebab perut dah kembung. Jizzz apa kaitan perut kembung dengan jari jemari? Alasan mehh.. Ok lah letak gambar banyak, dalam setiap gambar menceritakan sejuta cerita. Dengan ini saya mengakhiri ucapan : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Bowling Ramadhan

Image
Hari tu suku bosan, jadinya turun bangi dengan hajat mahu bersahur dan berbuka di sana mengikut kehendak hati yang meronta-ronta. Rancangan dibuat pagi dan terus redah malamnya. Kira main terjah je ni. Nak dijadikan cerita yang tak berapa nak cerita bila jelma keesokkan harinya, pergilah The Mines berjalan-jalan menggunakan sepasang kaki yang ada ni. Yang menghampakan bila perasaan diri mahu menonton Bourne Legacy namun TGV tak ambil pulak movie ni. Hampeh kan kan....... Sudahnya tersangkut main boling. Pun boleh..  Gambar sahur di mamak sambil mempelahap nasi goreng ayam dan berbuka capati ke apa benda di mamak juga ketiadaan. Mulanya mahu berbuka pecel lele di gerai tidak kesampaian. Penuh baq hang. Nak taknak tapau sudah. Dekat mamak waktu berbuka tu, berjamukan choki-choki sementara sampai capati menanti sabar. lulz.. Yang pasti dorang semua dapat melepaskan perasaan ngidam pecel lele. Aku tak bape sangat dengan pecel lele ni. Aku layan je. hewhewhew.. 

Berbuka Puasa Dan Selamat Hari Lahir Naza Ahmad

Image
Ramadhan ke-19. Alhamdulillah. Dan berbuka di luar bersama sahabat handai. Dan juga Selamat Hari Lahir Naza Ahmad yang jatuh pada 8.08.2012. Ok yang berbaju merah Manchester United, tuan empunya badan yang bernama Naza Ahmad. Tapi aku pula yang bikin rosak majlis sebab.. ermm abaikan jelah. lulz..  Berbuka puasa ni buat spotan je dekat Ikan bakar Sabak Awor Muar. Tempat ni memang popular dengan ikan bakar sebenarnya tapi ni baru kali kedua aku pergi ke sini. Al maklumlah aku kan pemalu nak keluar makan dekat luar. zzzzz... Mudah ringkas dan seronok. Akan datang, mungkin tahun depan akan buat berbuka puasa dekat tepi pantai. Manalah tau kan. Takpun dekat atas bangunan. Sambil-sambil tu boleh tengok permandangan. Merepek sudah aku ni. Pape pun enjoice lah dengan gambar ni. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi apakan daya, Jaa kan pemalas. Hahaha

Ramadhan Brigade

Image
Tempoh hari aku dengan gay aku  Mr. Hamri  pergi buat kerja amal. Haha.. Dia ni ceo dalam pembikinan. Tapi sebelum tu nak berdongeng  berceloteh pasal hal berbuka puasa. Program amal ni mula malam, so kita orang bercadanglah nak berbuka puasa dekat Masjid Al-Syakirin KLCC, sudahnya berbuka McDonald. Tapau kemudian makan dekat taman KLCC tu dengan berjuta-juta insan senasib. Tapi kira meriah jugalah sebenarnya waktu berbuka dekat sini. Ok cukup akan hal berbuka.  Ini taklimat kedua. Taklimat pertama masa dekat office dorang pun sempoi juga. Aku pertama kali sebenarnya sertai program amal mengagihkan makanan kepada orang geladangan sekitar Kuala Lumpur. Nak merasai pengalaman sendiri. Sekurang-kurangnya dapat melihat akan waktu malam Kuala Lumpur dari kaca mata yang sama sekali aku tak sangka sebenarnya. Program ni aku ikut anjuran Sime Darby kerjasama dengan Kechara Soup Kitchen. Dari 8.30 pm sehingga 11.00 kita orang dengar taklimat sekian-sekian. Ial...