Cerita Pendek
Nak dijadikan cerita yang panjang berjela-jela menjadi ringkas seringkasnya Aku Sudah Berada Di Muar Orang lain semua dah balik after exam tempoh hari masa 16hb Januari tu tapi aku baru je nak balik. Perjalanan semalam pukul 9 malam dari KL tapi sampai Muar pukul 2 pagi. Mana taknya, sampai Muar terus lepak kedai mamak duk belasah rojak, nasi goreng cina dengan roti telur. Ni makan tahap lapar. Lagipun aku takda pilihan selain daripada makan untuk memulihkan perut aku yang kurus ni. Lelaki harus berperut buncit untuk menampakkan ketampanan. #LOL Lain hari aku update cerita panjang lebar. Setakat ni aku masih penat badan tapi tak penat mata dan telinga. So masih lagi boleh melihat mereka yang seksi di luar sana dan masih juga boleh mendengar mereka mengumpat pasal diri aku. Badan je tak berfungsi. Maka dengan ini, Salam Sejahtera.