Posts

Showing posts with the label Gunung

Taman Negara Johor Gunung Ledang

Image
Puteri mana yang masyur? Puteri Gunung Ledang! Aktiviti kali ni lebih kepada santai. Kalau sebelum ni dua kali mendaki ke puncak atas Gunung Ledang, yang ini mandi manda dengan riang seloka. Dan sebelum ni juga kebiasaannya mandi di kawasan Air Terjun Gunung Ledang, untuk kelaianan menukar aktiviti mandi manda di Taman Negara Johor Gunung Ledang. Kalau sebelum ni masuk tidak dikenakan bayaran. Pelik juga sebab kali ni setiap kepala dikenakan bayaran. Haha sampai bila nak bagi masuk percumakan. Ada harga di bawah tu. Bandingkanlah sendiri sama ada keterlaluan ataupun tidak. Yang pasti, aktiviti mandi manda ni memang berbaloi. Siapa je tak suka mandi air terjunkan. Kecuali lemas je orang akan tak berasa gembira. So enjoice!  

Bukit Gasing

Image
Apa ada dengan hujung minggu? Keluarkan peluh adalah aktivti paling afdal selain daripada bersiar-siar di timeline twitter. lulz.. So tadi pagi aku pergi Bukit Gasing yang terletak dekat Petaling Jaya. Taklah jauh mana pun. Kalau lari-lari anak dari Shah Alam, dalam 23 minit dah sampai. Kalau korang percayalah.  Ni pelan Bukt Gasing yang dah agak berkarat. Mungkin tiada siapa yang rajin tangan nak bersihkan. Harap-harap selepas ni bila aku ke sini lagi, dah cantik berkilatlah pelan ni. Mudah-mudahan. Untuk sampai ke puncak Bukit Gasing mengikut perkiraan jam tangan aku, cumalah 14 minit sahaja. Yang ini korang harus mempercayai. Sebenarnya taklah tinggi mana pun. Ramai uncle auntie yang selamba panjat bukit ni sorang-sorang. Kagum jugak dengan stamina mereka semua.  Yang ni jambatan gantung babylon. Panjangnya kira-kira 50 meter mengikut pandangan mata kasar aku. Manalah aku ada masa nak kira bagai. Agak-agak je sudah. Terasa juga dia punya terhayun b...

Gunung Ledang Tangkak

Image
Kali terakhir aku pergi Gunung Ledang masa 6hb Feb hari tu kalau tak silap. Sampai 3 hari demam sebab berendam lama sangat dengan makan 'serbuk' berlebihan. Tu pergi untuk aktiviti mandi manda. Tapi kali terakhir aku mendaki masa Julai 2010. Lama dulu dah. Masa tu jugaklah gunung pertama aku mendaki.  Kali ni cabarannya berbeza dari yang pertama. Boleh aku katakan perbezaannya 3 kali ganda dari pendakian yang pertama dulu. Semalam 25hb merupakan hari yang aku boleh lupa. Daaaa.. Takdanya hari yang tak boleh aku lupa. Aku nak menaip ni pun tak larat sebenarnya. Penatnya memang tahap tak makan satu hari sentengah. Rasa-rasanya lah kot. Dengan kaki aku pun tak bape nak boleh jalan macam orang normal tapi kira boleh berjalan lagi, cuma terhoyong hayang je macam ketam. Membebel je lebih ni. Pendakian kali ni laluannya berbeza sebab melalui KFC (Killing Fitness Centre). Bayangkan kali pertama dulu naik jam lapan, sampai bawah kira-kira jam lima. Dan pendakian kali ni n...

Di Sebalik Bukit Broga

Image
Semua tahu hari ni hari perayaan depavali. Maknanya cuti lah kan. So aku pun mencutikan diri juga dengan pergi ke Bukit Broga. Apa yang menarik sebenarnya Bukit Broga ni? Pada aku pemandangannya. Ye sangat2 cantik tapi bergantung pada cuaca di hari yang korang akan mendaki. Puncaknya taklah tinggi mana pun. 400 meter je. Ye cuma 400 meter. Pejam mata pun boleh sampai puncak. Amboi!!! Melampau bebeno ni. Walaupun puncaknya tak tinggi tapi bagi sesiapa yang takda stamina, memang pasti akan termengah2. Tempat ni kalau pagi hari ibarat pesta, ramai umat manusia yang 'berkerumun' dekat Bukit Broga ni terutama Sabtu dan Ahad. Macam pagi tadi, ramainya memang tersangat ramai. Cuti Depavali kan. Masing2 ambil peluang cuti untuk beriadah dekat bukit ni. Pernah dengar tak, 'hidup seribu tahun, kalau tak solat.. apa gunanya'. Sama juga dengan tempat ni. 'Pergi Bukit Broga berkali2 tapi tak daki Gunung Tok Wan apa gunanya'. Haha.. Kalau korang nak tau, lepas dah ...

Gunung Besar Hantu Part Four

Image
Masanya untuk menurun. Mana mungkin kitaorang semua nak stay kat puncak gunung ni untuk selama2nya. Semua orang berharap tamo turun kalau boleh. Sama juga bila seseorang tu pergi bercuti dekat pulau, pastu tamo balik. Kalau ikutkan nak je duduk dekat pulau tu selama2nya. Siapa wei yg tak suka duduk pulau tapi kalau boleh jangan lah pulau yg xda apa2. Apa yg pulau yg xda apa2 ea? Entahlah.. Turun pun kira satu hal. Naik satu hal, dah pasti turun ada halnya yg tersendiri. Ingat turun ni senang ke? Tapi tak lah sesusah mendaki. Kalau turun laju sangat, boleh jatuh tergolek. Kadang2 kaki boleh melecet. Bayangkan lah ada satu part tu, tulang keting aku terlanggar kayu. Sakit? Tak kot.. Wei2 sakit siut. Tu belum bab tangan aku lagi. Tapi buat2 macho lah kan. Bwahahaha.. Dalam kepala aku fikir nak balik je. Aku rindu dekat katil aku sudah. Badan bila penat, katil lah yg sentiasa terlintas dalam kepala. Yg lain2 aku tak pasti apa dorg duk fikirkan. Bila turun ni, aku terfikir jugak,...

Gunung Besar Hantu Part Three

Image
Tiada yg seindah hari apabila bangun tidur dapat celikkan mata. er'.. Kalau tak celik dah kira arwah dah tu. Good morning guys! Berdasarkan gambar ni la. Cabaran bermula, niat dipasang lengkap. Hati penuh gelora. Jantung di pam selaju yg mungkin. Darah mengalir deras. Pagi ni sebelum gerak, breakfast lah apa yg ada untuk memberi tenaga kesinambungan mendaki ke puncak. Takkan nak mendaki dengan perut kosong. Nak biarkan muka jadi biru ke nanti? Makan je roti dengan kaya plus minum air 'papadom'. Mana nak dapat air ni? Budak2 group aku pandai cari. Hihi.. Papehal bergambar dulu. Sebelum ni dah buat regangan lengok dangdut apa semua. Pasang lagu siap bagai. Ialah untuk memberi stamina. Untuk longgarkan apa2 yg patut. Jangan macam2. Daki gunung ni bukan macam lari marathon yg laluannya mendatar je. Penat mendaki dengan berjalan atau lari2 anak dekat laluan mendatar adalah dua perkara yg berbeza. Kalau tak caya, nanti aku nak pergi mendaki Gunung Tahan, silalah ikut. ...

Gunung Besar Hantu Part Two

Image
Rehat lebih kurang sejam dekat kawasan sg air kering. Kesemua pendaki solat, masak2 untuk lunch, melepak sambil borak2. Buat jelah apa yg patut asalakan mengembalikan tenaga untuk pendakian yg seterusnya. Destinasi seterusnya tak lain tak bukan... kem orkid. Berehat tadi pun sebenarnya takdalah sampai dpt semula tenaga 100% sebab aku masih lagi keletihan. Semua pendaki kot tapi jiwa mantap, mental kental. So begerak jelah menuju ke atas. Ecehh! Seyes beb, mahu pengsan aku dibuatnya dengan gunung ni tp aku positifkan minda. Ni cuma mainan psikologi je. Kaki pun dah larat kalau diikutkan. Well.. tak macholah kalau turun semula. Alang2 dah suku perjalanan. Ye dak? Strategi yg paling tepat, bila penat je pastikan duduk berehat. Haha.. Kalau jalan cikit pastu duduk jalan lagi pastu duduk, memang dua purnamalah baru nak sampai puncak. Nak buat macam mana kan. Aku bukannya ada amalkan petua kekuatan batin apa bagai untuk bergerak naik ke atas tak henti2. Ni apa batin pulak ni? Ye...