#2 Balik Kampung Mana Ya?
Sebenarnya ramai tak tahu yg diri tu tiap2 tahun boleh beraya rumah keluarga sendiri tanpa perlu gaduh2. Ala watpe nak runsingkan kepala. Jalan mudah ada kan. Sebelum pape aku suka ingatkan yg jalan mudah ni sebenarnya tak lah semudah yg disangka tapi berbaloi jugalah. Sama ada berbaloi ataupun tidak, kita layan dulu. Setiap keputusan, mesti ada harga yg perlu dibayarkan.
Pertama, kau jangan kawen. Yup jangan kawen. Dah tentu2 punya kau tiap2 tahun dapat beraya rumah keluarga kau tanpa perlu pening2 nak fikir rumah mentua sebab kau pun bukannya ada mentua kan. Masalahnya sampai bila je kau tanak kawen? Selagi kau sayang diri kau, kau tak mahu bergaduh macam laki bini yg ada sekarang ni bila tiap kali menjelmanya Syawal, kau tak perlu kawen. Cuma dah lama2 nanti kau mula bosan hidup membujang. Bosan wei. Seyes punya!
Kedua, ni kira masuk akal juga pada aku. Kau kawen dengan anak yatim piatu. Kau carilah jodoh kau yg diri dia dah takda mak dgn ayah. Kalau dia takda mak dgn ayah pas...