Marah Ikut Suka

Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Biasalah kan kalau kau ni jenis pemarah yang amat dasyat. Kalau boleh bukan setakat kelambu nak dibakar, rumah pun kau mesti nak bakar juga. Satu soalan aku untuk kau. Apa kau dapat lepas kau marah sana marah sini? Kepuasan tak ternilai? Anugerah oscar? Kemasyuran? Ahhhh pergi nyah dengan semua ini.

Pada aku kau cuma dapat penyesalan, penyesalan yang merugikan diri kau sendiri. Walaupun masa tu kau berhak untuk memarahi tapi apakan daya kau gagal mengawal sikap marah dalam diri yang membuak2 itu. Katakan ada orang buat salah dekat diri kau dan kau sekarang mempunyai kuasa yang mutlak untuk melepaskan kemarahan kau tu ke atas orang terbabit. Haishh lah kau ini sebab angkuh ada kuasa mutlak tu.

Sekarang kau bayangkan kau berada dekat tempat orang tu. Masa tu mesti kau berharap tidak dimarah. "Jgnlah marah aku, jgnlah, jgnlah.. Aku tak sengaja, bla.. bla.. bla.." kata kau dalam hati dengan lutut dh terketar2. Biasalah kan orang kalau dah buat salah. Takkan berani nak bersuara, berani nak melawan. Ada ke gila apa nak buat cmni. Suka tak suka, jwpnnye mmg tadah telinga lah nk kene marah. Ye dakk?

Sekarang ni kau bayangkan pula, orang tu buat salah sama ada sengaja ataupun tidak dan kau ambil keputusan tak marah kn orang tu. Lagipun perkara dah lepas, buat apa nak dimarah2 bukan. Kau pun cakap elok2, bg nasihat apa semua walaupun masa tu hati kau tengah bergelojak ditambah pula syaitan duk menghasut. Kau lawan dalam diri kau tu supaya kawal emosi. Ya Allah mulianya sikap kau macam ni. Sumpah aku akan respect kau sampai bila2 kalau kau orang yg sebegini.

Diri aku, ye setakat kena marah tu dah biasa. Kadang2 masa kena marah tu aku tak rasa apa2. Maksud aku, aku tak rasa takut wlpn aku bersalah tapi masa kena marah tu juga aku tgk orang tu sambil terfikir "kenapalah kau marah2 cmni, apa entah yg beshnya kau marah. Bukan dapat cklt percuma pun". Cuba kalau masa tu, kau nasihat betul2 ckp elok2, silap2 dapat coklat free aku bg. Tapi ni lah manusia kan, ada mcm2 ragam perangai.

Marah tak marah, langgar saje dinding itu! Apa ea nama rancangan ni. aku pun dh terlupa. Pape pun, hari baik bulan baik ni. Syaitan pun dah kene ikat apa semua dan kalau kau masih lagi tak dapat kawal kemarahan tu, maknanya bukan dari hasutan syaitan tapi sebab kau ni seorang yg panas baran. Tak syok meh panas baran panas baran ni. Muka pun dah serupa king kong kau tau kalau marah2 ni. haha..

Perempuan tak suka laki yg suka marah2. Ni je aku nk kata.

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak