Risiko Hidup Sendiri

Bila kau rasa hendak buat akan sesuatu perkara, satu je yg kau harus fikirkan "yakin pada diri sendiri". Jgn kau menuruti segala kehendak orang lain kerna kau bukannya keldai. Apa2 saje perkara yg mahu dibuat itu sudah pasti ada kesannya dan sekiranya keputusan itu tak seperti yg kau impikan, jgn khuatir sebab itu kau punya keputusan, itu kau punya pilihan. Manusia mana tak pernah buat silap bukan.

Tika keputusan hendak dibuat, kau bayangkan diri kau seorang raja yang menentukan nasib rakyat jelata. Bila kau seorang raja mana mungkin kau izinkan orang bawahan kau yang tentukan keputusan yang sepatutnya di bawah tangan kau. Jadilah raja yang berani menanggung segala kesannya. Kau salah buat keputusan, tiada siapa yang berani menghukum kerna kau seorang raja bukan. haha...

Salah buat keputusan itu perkara lumrah. Sekiranya salah sekalipun, sekurang2nya diri kau tidak berasa kecewa sepenuhnya kerna keputusan itu kau yang putuskan dan bukannya orang lain. Ianya bertambah ralat sekiranya orang lain yang buat keputusan untuk diri kau. Lagi ralat kalau keputusan itu tidak seperti diharapkan. Sekarang ni mana satu pilihan kau, buat keputusan sendiri ataupun orang lain yang tolong buat keputusan untuk diri kau.

Mahu jadi keldai atau mahu jadi seorang raja?

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak