Posts

Showing posts with the label Diariku

The 3rd Of September

Image
Hidup ni kadang-kadang perlukan satu jiwa, satu hati, satu tempat, ibarat sang pertapa di dalam gua yang cekal sorang-sorang menuntut ilmu jiwa kacau nasib sendiri. Zehahaha.. Tak banyak yang berlaku sangat hari ni kecuali tarikh lahir aku sama dengan kartun Doraemon tu, nasib tak sama dengan Nobita. lulz.. Ikutkan aku nak turun Melaka perkena Alien Big Apple tapi memandangkan minggu depan dah balik Shah Alam, rasa-rasanya dapatkan dekat sana aje dah betul. Dekat sikit dengan rumah. Nafsu makan masih boleh dikawal lagi. Cuma kadang-kadang tewas juga bila masuk bab-bab coklat ni. Secara serabutnya, aku pun tak pasti nak menghiburkan hati aku sendiri ni dengan apa pada hari bersejarah aku ni. Fikir punya fikir punya fikir, aku nekad untuk memanjakan lidah, tekak dan perut dengan al makanan al tak berkhasiat ini. Biasanya memang begini kalau aku menghargai diri sendiri. Dah penat-penat berkerja, tak salah kalau nak mengada-ngada untuk diri sendiri. Cuma kali ni bukan penat berkerja tapi.....

Keingginan Ezhar

Salam Angkasaraya. Kali terakhir aku duk cerita pong pang pong pang dekat blog ni, aku sendiri tak ingat bila. Malas  Sibuk sikit katakan. Mood tu macam matahari. Sentiasa ada tapi bila dikacau awan gelap, matahari yang besar tu pun tak dapat nak cairkan awan dilangit. Maka mood yang ada tu pun sama juga sifatnya. Diganggu sifat malas. Entah apa benda entah aku punya teori. Serupa kulit duku yang tunggu nak dibuang dalam tong sampah. Apa benda yang seseorang tu inginkan dalam hidup dia? Aku? Orang mesti sangka aku tak lain tak bukan mesti coklat.  Ye memang aku suka coklat, tak dinafikan. Kau umpan aku coklat, mesti aku layu dipukau. lulz. Mehhh... ada benda yang aku inginkan, sangat-sangat inginkan tapi aku tak pernah kongsi dengan sesiapa kecuali diri aku sendiri. Walaupun rapat macam manapun kita dengan seseorang, tak semua rahsia kita harus kongsikan. Tak semua. Ramai orang tau aku suka coklat dan tak kurang juga yang gemar bagi aku coklat. Itu tandanya aku telah ...

Cerita Saya

Image
Hai di sana. Tak kisahlah sesiapa pun yang di sana. Yang pasti Hai :) 1.2.2012 permulaan Februari yang sama seperti Februari yang sudah-sudah sebelum ni. Cuma satu je saya rasa, kali ni Januari bergerak terlalu pantas. Padahal macam baru semalam rasanya orang sambut tahun baru. Perasaan bergetar juga rupanya diri saya ni. Hihi malu :| Anda tahu kalau saya menggunakan kata ganti nama diri  saya  selain daripada aku ataupun gua, maknanya saya sedang mengalami masalah kediaman minda. Bukan rumah kediaman.. haiya.. tapi minda yang terdiam disebabkan sesuatu yang mengusik perasaan. Haishh sentuh perasaanlah sangat. Tapi bila jadi begini, saya akan diam dari bercakap dengan sesiapa. Maknanya 3 hari saya akan diam. Sekurang-kurangnya. Tapi kalau tiba-tiba ada berita ngeri yang melibatkan penunggang basikal dimasukkan ke hospital akibat melanggar pejalan kaki sehingga patah rusuk, maka saya akan bersuara. Hal-hal begini saya tak boleh senyap kerna ianya melibatkan hospita...

Sedih 2011. Tinggal Kau Selamanya

Apa nak cerita sebagai penutup buku 2011? Kalau nak dikumpulkan dari Januari hingga ke Disember memang ada 1001 cerita dalam cerita. Ada pahit ada manis ada tawar ada masin. Kehidupan ni kalau manis senantiasa, bukan kehidupan namanya. Seterusnya sila baca dengan perasaan sedih. Apa rasa bila hati dihancur remukkan dengan selumat-lumat hancuran. Mana bisa dapat dibayangkan hati itu hancur kecuali diri sendiri yang merasainya sendiri. Tahun 2011 adalah tahun kesedihan dalam hidup aku. Kenapa? Aku seorang perahsia. Kerat rambut aku sekalipun, aku takkan sesekali bocorkan rahsia lebih-lebih lagi rahsia diri aku. Kecuali pada insan yang benar-benar aku percayai saja yang tahu akan rahsia aku. Mudah je, kalau kau seorang yang jenis tak tikam belakang maka kau boleh dipercayai. Ibaratnya begini, kau punyai barang berharga iaitu sapu tangan. Jangan ditanya kenapa bukan kereta mahupun rumah. Cukup sekadar sapu tangan. Dan kau serahkan sapu tangan ni kepada seseorang untuk disimp...