Keingginan Ezhar

Salam Angkasaraya. Kali terakhir aku duk cerita pong pang pong pang dekat blog ni, aku sendiri tak ingat bila. Malas Sibuk sikit katakan. Mood tu macam matahari. Sentiasa ada tapi bila dikacau awan gelap, matahari yang besar tu pun tak dapat nak cairkan awan dilangit. Maka mood yang ada tu pun sama juga sifatnya. Diganggu sifat malas. Entah apa benda entah aku punya teori. Serupa kulit duku yang tunggu nak dibuang dalam tong sampah.

Apa benda yang seseorang tu inginkan dalam hidup dia? Aku? Orang mesti sangka aku tak lain tak bukan mesti coklat. Ye memang aku suka coklat, tak dinafikan. Kau umpan aku coklat, mesti aku layu dipukau. lulz. Mehhh... ada benda yang aku inginkan, sangat-sangat inginkan tapi aku tak pernah kongsi dengan sesiapa kecuali diri aku sendiri. Walaupun rapat macam manapun kita dengan seseorang, tak semua rahsia kita harus kongsikan. Tak semua.

Ramai orang tau aku suka coklat dan tak kurang juga yang gemar bagi aku coklat. Itu tandanya aku telah mencipta satu fenomena dalam kepala orang ramai bahawa, 'jaa+coklat=JaaKlat'. Sebutnya 'Jaklat', bukan 'Ja'a Kelat'. Haha..Wateva.. So benda macam ni tak dapat nak dielakkan. Serupa sumpahan barangkali. Di mana ada jaa, di situ ada coklat. Di situ ada Raja Bersiong, di situ jugalah ada darah. Nampak tak kaitannya? Tak nampak.. Dasar pandang ke utara. Semuanya tak nampak.

Pada aku  kalau sesuatu benda yang kau inginkan, sangat-sangat inginkan.. Baik kau jangan kongsi dengan sesiapa. Tak kiralah dengan suami/isteri ke, anak-anak ke, kekasih ke, baik jangan.. Lebih afdal kalau kau dapatkannya sendiri daripada orang bagi serupa "tadaaaaa surprise" secara tiba-tiba. Aku tak nafikan banyak dapat coklat yang buat aku terperanjat bila dapatnya tanpa diduga. Tapi tak sampai lagi tahap aku mampu menitiskan air mata. Dah jelas?

Ok ambil kata, kau inginkan baju kebaya. Orang perempuan lah ni kan. Kau pun cerita dekat suami ataupun teman lelaki. Tiba harijadi kau, tetiba dapat baju kebaya tu. Seronoklah kan ada orang bagi baju kebaya percuma. Siapa tak suka benda percuma hatta sebutir coklat daim sekalipun. Kau rasa terharu, kau rasa nak menagis.. perempuan kan, mestilah kena menagis. Tapi cuba bayangkan baju kebaya tu kau beli sendiri. Kau kerja penat-penat, kumpul duit dan kau beli sendiri, beli sendiri... Fullstop.

Perumpamaan untuk baju kebaya ni tak merangsang sangatlah. Macam harem jadah sungguh. Aku ada benda yang aku mahukan. Kalau aku kongsikan dengan seratus orang sekalipun akan hal ni, nescaya seratus orang ni pun tak dapat nak tunaikan keingginan aku tu. Tak mungkin. Yup memang aku tak pernah bagitau sesiapa tapi aku rasa ianya seakan mahu hampir aku perolehi setelah aku berusaha sedekad yang lalu. InsyaAllah

Impian hati itu lebih berharga dari segala impian untuk memiliki objek benda. Bila mana hati itu dapat diisi dengan impian tersebut, tiada apa lagi yang dapat menandinginya. Tiada! Bertabahlah hati. Diguris, diuji, dilukai itu perkara biasa untuk melengkapkan hati yang dapat diluahkan dengan tangisan kegembiraan. Sampai masa apa yang aku inginkan itu tercapai, nescaya juga akan aku khabarkan kepada seluruh pelusuk bumi :)

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak