Taman Negara Johor Gunung Ledang
Puteri mana yang masyur? Puteri Gunung Ledang! Aktiviti kali ni lebih kepada santai. Kalau sebelum ni dua kali mendaki ke puncak atas Gunung Ledang, yang ini mandi manda dengan riang seloka. Dan sebelum ni juga kebiasaannya mandi di kawasan Air Terjun Gunung Ledang, untuk kelaianan menukar aktiviti mandi manda di Taman Negara Johor Gunung Ledang. Kalau sebelum ni masuk tidak dikenakan bayaran. Pelik juga sebab kali ni setiap kepala dikenakan bayaran. Haha sampai bila nak bagi masuk percumakan. Ada harga di bawah tu. Bandingkanlah sendiri sama ada keterlaluan ataupun tidak. Yang pasti, aktiviti mandi manda ni memang berbaloi. Siapa je tak suka mandi air terjunkan. Kecuali lemas je orang akan tak berasa gembira. So enjoice!