Posts

Showing posts with the label Makan

The 3rd Of September

Image
Hidup ni kadang-kadang perlukan satu jiwa, satu hati, satu tempat, ibarat sang pertapa di dalam gua yang cekal sorang-sorang menuntut ilmu jiwa kacau nasib sendiri. Zehahaha.. Tak banyak yang berlaku sangat hari ni kecuali tarikh lahir aku sama dengan kartun Doraemon tu, nasib tak sama dengan Nobita. lulz.. Ikutkan aku nak turun Melaka perkena Alien Big Apple tapi memandangkan minggu depan dah balik Shah Alam, rasa-rasanya dapatkan dekat sana aje dah betul. Dekat sikit dengan rumah. Nafsu makan masih boleh dikawal lagi. Cuma kadang-kadang tewas juga bila masuk bab-bab coklat ni. Secara serabutnya, aku pun tak pasti nak menghiburkan hati aku sendiri ni dengan apa pada hari bersejarah aku ni. Fikir punya fikir punya fikir, aku nekad untuk memanjakan lidah, tekak dan perut dengan al makanan al tak berkhasiat ini. Biasanya memang begini kalau aku menghargai diri sendiri. Dah penat-penat berkerja, tak salah kalau nak mengada-ngada untuk diri sendiri. Cuma kali ni bukan penat berkerja tapi.....

Salam Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

Image
Jom beraya. Tahun ni beraya dalam keadaan kesederhanaan. Sederhana dari segi permakanan sehingga perut menjadi bintat toroi.  Makan sana sini, setiap masa makan selagi nampak makanan tu di depan mata. Apa boleh buat, negara mewah dengan bermacam-macam makanan. Inilah kesederhanaan. Lulz. Takda apa nak coret. Nak coret itu ini pun tak larat sebab perut dah kembung. Jizzz apa kaitan perut kembung dengan jari jemari? Alasan mehh.. Ok lah letak gambar banyak, dalam setiap gambar menceritakan sejuta cerita. Dengan ini saya mengakhiri ucapan : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Berbuka Puasa Dan Selamat Hari Lahir Naza Ahmad

Image
Ramadhan ke-19. Alhamdulillah. Dan berbuka di luar bersama sahabat handai. Dan juga Selamat Hari Lahir Naza Ahmad yang jatuh pada 8.08.2012. Ok yang berbaju merah Manchester United, tuan empunya badan yang bernama Naza Ahmad. Tapi aku pula yang bikin rosak majlis sebab.. ermm abaikan jelah. lulz..  Berbuka puasa ni buat spotan je dekat Ikan bakar Sabak Awor Muar. Tempat ni memang popular dengan ikan bakar sebenarnya tapi ni baru kali kedua aku pergi ke sini. Al maklumlah aku kan pemalu nak keluar makan dekat luar. zzzzz... Mudah ringkas dan seronok. Akan datang, mungkin tahun depan akan buat berbuka puasa dekat tepi pantai. Manalah tau kan. Takpun dekat atas bangunan. Sambil-sambil tu boleh tengok permandangan. Merepek sudah aku ni. Pape pun enjoice lah dengan gambar ni. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi apakan daya, Jaa kan pemalas. Hahaha

Juadah Berbuka

Image
Juadah berbuka aku semalam paling simple. Memandangkan berbuka waktu Shah Alam 7.31 petang, aku mula keletung keletang dekat dapur pukul 7. Nak siapkan juadah ni cuma dalam 20 minit je. Daging burger, broccoli, keju, telur mata, dengan roti gardenia. Aku jenis yang kurang gemar ke param (Pasar Ramadhan) sebab nanti tak tau nak beli apa, sudahnya balik dengan air tebu je nanti. Semalam teman abang aku pergi Petaling Jaya duk beli dakwat untuk printer dia dekat Digital Mall tu, pastu ke Jalan Pahang HKL beli buku belajar dia apa benda entah. Balik tu baru singgah beli broccoli dekat mydin seksyen 18. Setelah hampa kelmarin, akhirnya dapat juga broccoli untuk juadah berbuka. Aku tak cerewet dalam bab-bab makan ni. zzzzzz.. Setakat dapat makan benda-benda macam ni dah kira bagus untuk aku. Lagipun aku dah bagitau yang aku ada matlamat aku sendiri untuk bulan puasa kali ini. Semalam pun abang aku tanya berat badan aku berapa dan aku yakin macam boleh turunkan dalam 4 atau 5kg k...

Juadah Bersahur

Image
Ramadhan kembali lagi. Dan aku menyambut hari pertama Ramadhan seorang diri. Maknanya akan sahur seorang diri dan berbuka juga seorang diri. InsyaAllah. Siapa yang sudah menyelesaikan terawihnya yang pertama pada malam ini, syukur Alhamdulillah.Berbalik kepada motif awal aku nak cerita serba sedikit pasal permakanan yang bakal aku harungi sebulan berpuasa nanti. Tadi aku ke Mydin untuk membeli broccoli, namun hampa. Broccoli habis. Pusing punya pusing, maka aku belilah daging burger, cheese, telur, dan susu coklat. Dan nyata aku seorang yang perlupa sebab tak membeli roti gardenia. Kalau siapa yang kenal aku, mesti tau yang aku ni tak minum susu tapi aku selamba je beli susu coklat 6 kotak. Ni namanya buang tebiat nak hidup. Aku pun tak tau nak buat apa sahur pagi esok. Nak masak macam mana daging burger ni? Tulah main beli sembarono je. Aku ingat sahur esok pagi nak makan telur mata dua biji sama broccoli tapi dah takda, lagipun aku dah pergi dua kedai. Malas nak pusing ba...

McDonalds

Image
Bila dah tau lapar, apa patut buat? Tadi lepas solat Jumaat, gua terus singgah McD seksyen 3. Dah sangap burger McD punya pasal. Mula tu nak beli prosperity tapi semalam gua baru makan oblong kuasa 2. Fikir punya fikir, gua belasah je beli Big Mac. Kalau tak Big Mac mesti gua dah balun Double Cheese. 3 jenis burger ni je yang gua boleh layan dekat McD. Burger lain kureng sikit. Inilah  kisahnya perjalanan dari awal makan burger hingga ke pengakhiran.                                       p/s: ALHAMDULILLAH.