Posts

Showing posts from September, 2011

Kita Berkira Ataupun Tidak

Image
Situasi lebih kurang cmni 'makcik tu kurang bagi duit bakilah'. Masa tu kau dah gerak jauh. Malas nak patah balik semula pergi kedai makcik tu. Dalam hati kau kata 'takpe 50sen je kot'. Pastu kau pun cerita dekat seseorang dan seseorang ni respon, 'kenapa kau tak pergi semula kedai tu, tu kan duit kau'. Kau pun cakap 'ala 50sen je pun'. Jawapan balas kau dapat, '50sen pun duit juga, orang lain tu nak dapat 50sen sehari pun susah. bla bla bla..' diri kau dengar ceramah. Yup tu cuma 50sen. Nilai dia kecil bagi orang kaya tapi bagi orang miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang tak makan apa2, nilai 50sen ni besar. So mana pihak aku nak sokong ni ea? Aku cuma terfikir sesuatu secara logik akal. Aku harap ada orang yg terfikir apa yg aku fikirkan ni. Aku haraplah. Perasan atau tidak, diri kita ni sebenarnya dah terlalu banyak dapat 'ganjaran' secara tidak langsung kalau nak diikutkan dengan nilai 50sen tu. Tapi macam mana kalau 50sen tu ...

Anak Derhaka

Image
Kalau nak jd anak derhaka, macam2 cara boleh. Kau pun mesti pernah derhaka kat mak ayah kau kan. Yg kau balas 'arghh' bila mak ayah kau panggil tu apa? Buat2 lupa pulak. Pastu langsung xda mintak maaf. Derhaka sungguh. Ni baru dikira derhaka kecil. Yg besar tu, ah bertimbun2. Pastu boleh pulak nak tunggu raya tahun depan. Mintak maaf skrg sudah. Dengan mak ayah sendiri pun nak malu jugk ke. Bertuah punya budak! Aku terfikir akan sesuatu sbnrnya bila seorang emak menggunakan kuasa vetonya supaya anaknya dianggap derhaka. Seorang mak tak izinkan anaknya kawen dgn pilihan anaknya. Kalau kawen jugak maka jatuh derhaka lah anak malang itu. Nak buat macam mana ni? Nak taknak terpaksa dengar cakap emak tu, betul kan? Kenapa seorang mak sanggup buat macam ni ea? Sebab sayangkan anak? Sebab pilihkan yg berharta? Sebab menjaga maruah? Sebab mak adalah seorang mak? Banyak sebablah jugak kalau nak disebabkan. Paling2 teruk pun ayat yg menikam jiwa, seorang mak yg membesarkan kita...

Kelas Bermula

Image
Empat bulan cuti berakhir sudah. Kelas bermula secara rasminya hari ni. Takda pape yg menarik selain drpd aku datang lewat setengah jam pagi tadi. Semalam bila aku dtg awal, lecturer pula yg tak datang. Sebagai tanda mogok, tu yg aku datang lewat hari ni. Ala tak sengaja pun sebenarnya sebab aku mandi lama sangat. Alasan paling tak logik wei. Kalau nak diikutkan, aku malas sebenarnya nak dtg kelas minggu ni tapi disebabkan aku terlampau rajin, tu yg dtg tu. Datang mana rajin ni pun aku tak pasti. So jumaat ni cuti, barangkali khamis pun bakal cuti. Cuti sendiri lah kot. Biasalah kan pelajar macam aku ni suka bercuti padahal ritu dah cuti lama. Aku tengok uitm tak banyak berubah mana pun kecuali tempat parking motor tu. Maksud aku tempat fspu. Tempat lain dekat uitm aku tak pasti. Ala lagipun yg penting diri tu yg berubah. Amboi ni mengata siapa je ni? Takda nak mengata sesiapa pun. Yg cepat terasa ni dah kenapa? Nak makan penampo? Apa 'celup' punya budak. Kalau dengar word celu...

Kadang-Kadang

Image
Bila kita nak kan sesuatu tapi tak dapat mesti rasa tak best. Biasanya ada penyebab kenapa kita tak dapat apa yang kita nak kan tu. Tak kiralah dari sekecil2 hinggalah sebesar2 penyebab. Kadang2 kita tak dapat nak terima hakikat sebenar kenapa benda cmni jadi kat diri kita. Biasalah manusia. Kadang2 juga kita fikir yang diri kita ni betul tapi sebenarnya diri kita ni salah banyak dari betul sikit. Masalahnya pulak, diri kita yang masih nak menegakkan benang yang dah basah. Ala benang kalau tak basah pun, sama juga tak boleh nak tegak. Dah tau salah tu banyak, cepat2 lah minta ampun. Bukan payah pun. Cuma cakap minta maaf je walaupun tak ikhlas. Senyum paksa tu tetap juga senyuman. Maaf tak ikhlas tetap maaf juga. haha.. Terfikir tak yang diri kita ni kadang2 banyak menyusahkan orang lain tanpa sedar. Diri kita mestilah tak tau sebab dah nama pun tanpa sedar. Kalau kita sedar, takdanya kita nak menyusahkan orang lain. Sebab apa benda ni sentiasa berlaku? Sebab diri kita ni takda orang n...

Mana Letak Yakinnya

Image
Aku keliru bila orang kata yg orang sekian2 dah berubah. Mana entah firasat hati sendiri yg boleh yakin bila kata begitu. Cuba tanya hati sendiri, yang diri tu dah berubah ke belum? Aku sendiri pun tak tau macam mana nak menafsirkan diri orang lain tu dah berubah ke belum sebabnya mudah, aku bukan diri orang tu. Manusia takda deria keenam. Manusia zaman skrg lah. Kalau nak cerita pasal Rasul yg ada mukjizat tu, ni dah kira skop yg lain. Zaman skrg ni, kita yakin ke orang sekian2 tu dh berubah? Kita boleh melihat masa depan ke? Kita ni Tuhan ke? Ni la kesilapannya bila diri kita cuba2 untuk sedapkan hati sendiri. Sudahnya yg gelap kita nampak cerah. Ahhh manusia bukan, kalau adik beradik sendiri sudah terang lagi nyata buat silap kita tetap akan pertahankan. Sebab dia adik beradik kita. Ni belum masuk diri kita sendiri yg tak waras mempertahankan benda yg tak sepatutnya sebab EGO dan SOMBONG. Jemu lah bila fikir benda2 macam ni. Bila ditegur, jup.. boleh ke ditegur? Jangan harap! Orang ...