Sedih 2011. Tinggal Kau Selamanya

Apa nak cerita sebagai penutup buku 2011? Kalau nak dikumpulkan dari Januari hingga ke Disember memang ada 1001 cerita dalam cerita. Ada pahit ada manis ada tawar ada masin. Kehidupan ni kalau manis senantiasa, bukan kehidupan namanya.

Seterusnya sila baca dengan perasaan sedih. Apa rasa bila hati dihancur remukkan dengan selumat-lumat hancuran. Mana bisa dapat dibayangkan hati itu hancur kecuali diri sendiri yang merasainya sendiri. Tahun 2011 adalah tahun kesedihan dalam hidup aku. Kenapa?

Aku seorang perahsia. Kerat rambut aku sekalipun, aku takkan sesekali bocorkan rahsia lebih-lebih lagi rahsia diri aku. Kecuali pada insan yang benar-benar aku percayai saja yang tahu akan rahsia aku. Mudah je, kalau kau seorang yang jenis tak tikam belakang maka kau boleh dipercayai.

Ibaratnya begini, kau punyai barang berharga iaitu sapu tangan. Jangan ditanya kenapa bukan kereta mahupun rumah. Cukup sekadar sapu tangan. Dan kau serahkan sapu tangan ni kepada seseorang untuk disimpan kerna kau percaya akan orang itu pasti akan menjaganya dengan baik.

Namun satu hari yang kelam, sapu tangan tersebut keciciran bukan sebab disengajakan tapi manusia itu sendiri tidak sempurna sifatnya. Sesuai bukan alasannya begini? Katakan ya. Ok sudahlah keciciran, segera pula diambil insan lain yang bukan sengaja terjumpanya tapi sudah menunggu saat keciciran itu.

Maka sapu tangan berharga ini beralih tangan. Secara logiknya adakah kau akan salahkan seratus peratus kepada orang yang kau percayai itu dengan serta merta? Aku tiada jawapan kerna aku sememangnya tiada jawapan. Aku cuma menimbulkan soalan kepada soalan. Kenapa? Ya kenapa?

Diharap cuma, 2012 akan memberi lebih kekuatan kepada aku untuk menimbuskan kesedihan 2011 dengan jalan atur lebih mencabar agar aku timbusnya untuk selamanya supaya akal tidak mengenangnya lagi seperti bayang-bayang ikut. Bahasa purba kala aku guna ni. Habis terhoyong hayang.

p/s: Akan ku rantainya kuat-kuat agar ianya tersemat rapi menjadi rahsia sanubari.

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak