Cerita Saya


Hai di sana. Tak kisahlah sesiapa pun yang di sana. Yang pasti Hai :) 1.2.2012 permulaan Februari yang sama seperti Februari yang sudah-sudah sebelum ni. Cuma satu je saya rasa, kali ni Januari bergerak terlalu pantas. Padahal macam baru semalam rasanya orang sambut tahun baru. Perasaan bergetar juga rupanya diri saya ni. Hihi malu :|

Anda tahu kalau saya menggunakan kata ganti nama diri saya selain daripada aku ataupun gua, maknanya saya sedang mengalami masalah kediaman minda. Bukan rumah kediaman.. haiya.. tapi minda yang terdiam disebabkan sesuatu yang mengusik perasaan. Haishh sentuh perasaanlah sangat. Tapi bila jadi begini, saya akan diam dari bercakap dengan sesiapa.

Maknanya 3 hari saya akan diam. Sekurang-kurangnya. Tapi kalau tiba-tiba ada berita ngeri yang melibatkan penunggang basikal dimasukkan ke hospital akibat melanggar pejalan kaki sehingga patah rusuk, maka saya akan bersuara. Hal-hal begini saya tak boleh senyap kerna ianya melibatkan hospital. Bila melibatkan hospital, ianya secara tak langsung melibatkan penunggang basikal dan pejalan kaki itu sendiri. Sudah pening? Haha.

Saya terasa nak bercerita suatu cerita. Barangkali cerita dongeng yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan sebenar kecuali dalam wayang gambar Hindustan. Ye cuma dalam wayang gambar Hindustan je ada babak seperti ini. Saya sebenarnya pun tak tahu nak mula dari mana cerita ni. Saya bukanlah pereka yang pandai mereka-reka cerita kecuali di dalam cerita Al Kisah. Ini memerlukan modal pusingan berganda di dalam otak untuk menghasilkan sebuah Al Kisah.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana tidak berjumpa dengan seseorang dalam jangka waktu masa yang lama. Seseorang yang begitu bermakna dalam hidup anda. Kalau anda bertanya kepada saya, saya cuma mampu tersenyum saja. Mahu digambarkan dengan bercerita tidak sama dengan perasaan yang ada pada tika waktu itu. Ianya ibarat perasaan yang cuma datang sekali dalam perhubungan itu. Kalau berlaku untuk kali kedua, rasanya tak sama seperti kali pertama.

Bila ianya datang pun, diri kita sendiri tidak akan sedar. Lihat-lihat ianya sudah berlaku dan selepas berlaku itulah anda dapat rasakan sesuatu yang sangat-sangat terkesan di dalam diri sendiri. Kesan yang memberi keseronokan dalam diri, kesan yang mengembirakan hati, kesan yang membuatkan diri rasa teruja, kesan yang melebihi kegembiraan yang ada di dalam seisi dunia ini. 

Baiklah nanti kalau ada kesempatan, diri saya ini akan bercerita lebih lanjut. Susah sebenarnya nak bercerita menggunakan saya sebagai jalan cerita sebab saya lebih gemar membahasakan diri gua ataupun aku. Tunggulah bila waktunya sesuai, cerita ini akan diselesaikan. Kalau ikut kata pujangga rekaan saya, "senyumlah dalam melihat awan di langit kerna awan itu pernah menjadi saksi apa yang pernah berlaku di bawahnya". Haha sungguh tiada kaitan :)

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak