Merepek Isinya Ranum Sebenarnya

Gua ada benda nak cerita tapi bagi tangguh dulu rasanya sebab gua nak merepek dari satu sampai Z je sekarang ni. Lagipun gua rasa tak elok nak sembang sopan santun tahap ustard kalau hati dah niat lain. Ni apa gua merepek ni? Sekali pantai berubah, seribu kali laut bergelora. Bila gua kata nak merepek, maknanya memang gua akan memvavi buta je apa yang ada dalam kepala otak gua ni. Memang langgar tak nak nampak roadblock dekat depan nun. Malas gua nak buat ayat lalok sana, lalok sini.. Percayalah penatnya memang bukan kemain lagi nak bikin ayat cengitu.

Lu orang kalau rasa pemalas, lu orang diam-diam. Rajin pun sama, kasi bikin diam-diam je. Jangan nak kecoh sana sini kata hari ni malas nak kerjalah, malas nak bangunlah, malas nak makanlah. Takda siapa pun peduli lu malas ke tak. Kalau lu orang tak percaya, lu orang tanya Fortuneteller Baba. Siapa dia ni? Pandai-pandai lu oranglah. Gua pun pandai-pandai main bubuh je nama ni. Ambik kata apa-apa je perasaan yang lu orang rasa comel tapi tak comel dalam erti kata sebenar untuk dikongsi, lu orang simpan jelah buat perkasam dalam perasaan sanubari sendiri.

Ni gua nak bagi nasihat sebab gua bajet nasihat ni comel dalam erti kata sebenar. Lu orang kalau rasa bersalah, baik lu orang sedar diri dengan buat sesuatu. Kalau lu orang rasa bersalah tapi lu orang pendam sebab lu orang pemalu yang tak kena pada tempatnya, percayalah memang sampai lu orang tua lah rasa bersalah ni ikut je lu orang macam bayang-bayang ikut tanpa kenal erti putus asa. Susah wei kalau hidup ni dihantui hantu yang bersalah namanya. Memang hidup tak tenteram yob. Bukan apa, elok-elok lu orang tengah gembira riang tak terkata, sikit-sikit benda ni mengganggu otak lu orang. Tak ke sakit jiwa namanya ni.

Pernah tak lu orang terfikir apa yang lu orang sedang fikirkan saat sekarang ni, ada orang lain juga terfikir benda sama yang lu orang fikirkan. Ni bukan jodoh. Jangan lu orang nak merepek sebab gua je yang diizinkan merepek dekat sini. Ramai orang suka ambil kesempatan, asal sama je mulalah kata itu jodoh ini jodoh. Kalau yang terfikir benda sama tu sama-sama jantina, tak pula lu orang nak kata tu jodoh. Nampak kan apa gua nak sampaikan. Gitu juga bila lu orang mimpi dengan makhluk yang sama jantina. Ada lu orang nak kaborkan dekat makhluk tu? Mesti lu orang senyap-senyap je. Kalau lain jantina, mulalah nak mengayat 'eh semalam i tidur mimpi kan u lah, dah 3x tau, u tak rasa kita ada jodoh ke'. See! #LOL

Gua tak suka dengan orang yang rasa dia menang pastu nak bangga-bangga tahap orang yang kalah tu hina pada pandangan mata dia secara tak sedar. Orang yang rasa dia menang mana nak sedar diri. Tak kisahlah dalam apa-apa pertandingan atau tak pertandingan sekalipun. Gua meluat dengan spesis gini. Okay takda ulasan pasal hal ni. Lebih baik gua sambung merepek hal lain pula, kalau lu orang ditakdirkan dapat balas dendam bagi pengajaran  pada orang yang pernah menganiya diri lu orang, gua syorkan lu orang jangan nak senyum sinis mahupun tepuk tangan. Anggap tu kebetulan je, bukannya khusus balasan atas kisah lu orang yang dulu-dulu tu. Sila jangan perasan okay.

Maka dengan ini, gua takda lagi bahan yang hendak dimerepekkan. Gua sedar otak manusia ni tak terhad dengan segala benda tapi gua akur dengan kata-kata 'haruslah berpada-pada kelak nanti tak memakan diri sendiri'. Sekian terima kasih para hadirin sekalian. Glory glory Manchester United!   

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak