Cerita Pendek

Nak dijadikan cerita yang panjang berjela-jela menjadi ringkas seringkasnya
Aku Sudah Berada Di Muar
Orang lain semua dah balik after exam tempoh hari masa 16hb Januari  tu tapi
aku baru je nak balik. Perjalanan semalam pukul 9 malam dari KL tapi sampai
Muar pukul 2 pagi. 

Mana taknya, sampai Muar terus lepak kedai mamak duk belasah rojak,
nasi goreng cina dengan roti telur. Ni makan tahap lapar. Lagipun aku takda
pilihan selain daripada makan untuk memulihkan perut aku yang kurus ni.
Lelaki harus berperut buncit untuk menampakkan ketampanan. #LOL

Lain hari aku update cerita panjang lebar. Setakat ni aku masih penat badan
tapi tak penat mata dan telinga. So masih lagi boleh melihat mereka yang seksi
di luar sana dan masih juga boleh mendengar mereka mengumpat pasal diri aku.

Badan je tak berfungsi. Maka dengan ini, Salam Sejahtera.

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak