Hati Manusia Berbeza-Beza
Kau tau apa benda yang boleh buat kau sedih selain daripada kematian orang yang kau sayang? Bila dengar cerita seseorang tu ada sikit-sikit kena dengan kisah hidup kau. Sebenarnya tak perlu banyak. Sekadar sikit kau dengar, kau dah berbisik dalam hati 'rupanya bukan aku sorang yang mengalami benda ni'. Lebih kurang ginilah. Tapi benda macam ni bagus sebab bagi kau peluang mengenal sikap manusia yang sebenarnya.
Owkay mari mulakan.. Aku berbual dengan kawan aku pasal hal kahwin-kahwin ni. Biasalah kan. Takkan 24 jam ketemu mahu berborak pasal bola semata. Perbualannya mudah, tak berkisar pada politik, dendam, nafsu serakah apa semualah. Sekadar kekesalan di hati. Ni yang buat diri makin sayu ni.
Aku tanya kalau kau ada anak nanti, kau nak ke letak gambar anak kau banyak-banyak dekat facebook, dekat twitter ke, dekat mana-manalah asalkan kau bergaya untuk bagitahu dah ada anak. Sebenarnya tak semua orang akan letak gambar anak dia dekat facebook tu tapi kawan aku punya jawapan lain macam sikit.
Dia kata dia takkan letak sebabnya dia tak mahu mengecewakan perasaan orang yang melihat gambar anak dia tu nanti. Aku blur kejup.. Apa benda lah yang kawan aku ni duk merepek. Dulu dia kata, dia pernah kecewakan seseorang dan dia tahu orang tu masih 'ikut' perkembangan dia secara senyap-senyap. Dia kata secara logiknya, dah lah dia kecewakan orang tu dan takkan dia nak jadi lebih kejam dengan menambahkan lagi kekecewaan tu.
Aku terdiam. Sumpah terdiam. Tak pernah pulak aku terfikir sampai tahap macam ni. Oleh sebab aku tak puas hati, aku tanyalah lagi dekat kawan ni. Mungkin seseorang tu dah kahwin macam diri dia dan dah ada anak pun. Jawapan kedua yang buat aku terus terbungkam, kau rasa aku pun tak senyap-senyap ikut perkembangan hidup dia? Perbualan seterusnya kalau aku cerita dekat sini, boleh buat korang menagis.
Apa lagi yang boleh aku katakan. Perbualan macam ni buat aku terfikir. Manusia tu kadang-kadang dia sangat kejam. Puncanya dari diri dia tapi berterusan dia melakukan kekejaman tesebut. Apa kepuasan diri dia dapat. Melihat orang itu lebih terseksa? Melihat orang tu lebih merana? Apa salah orang tu... Kehidupan ni sangat memerlukan sebuah hati yang tabah bukan?
Comments