Bingkisan Hidup Ini


Cikit2 lama2 benda tu pergi sendiri jauhnye. Entah lah, rasanya macam begitu. Tak tau nk kata. Hati bagai mati sendiri. Takda rasa harumnya lagi. Barangkali saatnya tiba secara peringkat2 tapi malas dihiraukan segala kusut yg menempel. Yup ia bagai racun kesannya. Memakan perlahan2, lama kelamaan bisanya sampai ke tempat yg dituju. Begini mungkin rasanye.

Kalau dulu bisa racunnya nampak jelas tapi kini bisanya tak kelihatan sepenuhnya. Hilang ke mana, diri sendiri tidak berapa pasti. Tahapnya mungkin mengikut rentak perjalanan kedewasaan sendiri. Mesti juga begini tapi dalamnya tetap juga ada rasa kecil yang masih berlegar2 mengganggu. Mungkin segan mahu meniggalkan keseluruhannya. Disimpan baki barangkali untuk dikenang lalu disejarahkan untuk kegunaan suatu ketika detik nanti.

Ia.. kedewasaan itu mula terserlah seperti bulan dan bintang menerangi malam melalui sinarnya yang jelas kelihatan. Tanpa segan silu pancaran ini memancar membiarkan awan iri hati akan kerdipan yang dikagumi makhluk lain di permukaan. Namun matahari tetap juga dengan bangganya di siang hari. Masih juga awan yang berasa cemburu siang dan malam.

Rentaknya menampakkan dengan teliti dan tertib akan pergerakannya di setiap hentakan ke depan. Mana bisa hentakan itu mengundur kebelakang kerna tidak sampai hatinya untuk meninggalkan tapak yang dicipta sendiri. Itu dianggap bayang2 yang harus segera ditinggalkan jauh walaupun sentiasa mengekori setiap ketika.

Tabahlah, teguhlah, kukuhlah dalam mengekalkan struktur itu agar tidak goyah lagi. Ini mungkin suatu pengajaran dalam lipatan hidup yang bernilai untuk direnungi tanpa ada rasa kesal walau sedikit pun dalam diri. Hei.. inikan dinamakan kehidupan di sini yang sentiasa menguji sebelum ke kehidupan yang satu lagi. Bersabarlah dalam ujian ini kerna ianya sebagai kayu pengukur akan ketahanan diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak