Oh Ramadhan Oh Syawal

Aku mengalami masalah mental yang kritikal dua tiga hari ni. Rasa macam kepala meletup terkena bedilan meriam buluh. Suka tak suka dunia hidup aku gelap gelita ibarat langit di malam hari. Hitamnya bukan main pekat kalau tidak disinari cahaya bulan mahupun bintang. Kalau kau tau apa itu koma, mungkin kau paham lah apa maksudnya dunia yang gelap gelita. Pape pun lupakan pasal hal remeh temeh ni.

So aku terasa nak mengelikan ketiak aku dengan mengomel betapa gembiranya aku bila raya sudah semakin hampir. Ya raya, hari raya aidilfitri! Semua orang pasti gembira bila menjelangnya satu syawal. Paling gembira dah semestinya mereka2 yang liat nak berpuasa. Tak terasa lagi beban diri nak menyorok2 makan, minum hatta hisap rokok sekalipun. Ingat senang ke jadi orang2 seperti mereka ni. Kesian! Barangkali belum mendapat hidayah lagi walaupun umur tu dah 20-an, 30-an, 40-an. Doa2kan agar Ramadhan akan datang mereka ini mampu berpuasa penuh. Amin~

Bakal menjelangnya Syawal, InsyaAllah Syawal pasti hadir tapi kesemua manusia mampukah untuk merasa Syawal kali ini? Fuhhhh (hembusan nafas 3 harkat) tak berani nak kata. Mungkin tak semua dapat merasai datangnya Syawal kali ini. Persoalannya, diri tu sudah bersediakah untuk dijemput? Ya kematian itu pasti hadir, pasti tiba, pasti menjemput cuma tarikhnya saja yang belum pasti. Bagi yang dapat melihat akan tanda2 kecil kematian itu, bersiap sedialah untuk di datangi malaikat. Mudah2an nyawa yang bakal di ambil dibulan Ramadhan ini memberi gambaran yang diri itu terpilih. Waulauhualam.

Dapat merasai Syawal merupakan hadiah yang paling istimewa bagi semua umat Islam di dunia. Bukankah ianya tanda kita meraikan sesuatu setelah 'bergelut' sebulan di bulan Ramadhan. Ini barangkali 'hadiah' kecil dari syurga. Tapi secara realitinya tidak semua umat Islam itu gembira bila menjelangnya Syawal. Insan bernama manusia mempunyai pelbagai rahsia yang tersembunyi di dalam hati sanubari mereka. Mungkin luaran nampak ceria tapi di dalam hanya diri sendiri yang lebih tahu. Sebab ini juga kita diingatkan jangan suka mentafsir diri seseorang itu secara luarannya saja.

Enam hari lagi dalam menjalani ibadah berpuasa, diharap semuanya dapat mengekalkan sifat baik seperti mana di bulan ini agar berterusan di bulan2 yang lain. Tak manis kalau baik cuma di bulan Ramadhan tapi datang 'hantunya' selepas berakhirnya Ramadhan. Biarkan baik itu berteruskan kekal sehingga ke akhir nyawa. (aku kalau bagi nasihat, perghh.. kalah ustaz). Pape pun, buat jahat jangan sekali. Buat tu biar dua tiga kali.. Betulkan? Ayat tu kata jangan 'sekali'. Maknanya boleh buat banyak kali. #LOL

p/s: Aku menanti duit raya pada yg sudi memberi.

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak