Minuman Haram

Arak itu haram! Ramai yg tahu arak itu mmg haram tapi tak ramai yg tau mcm mane nk bg hujah bila ada seseorg yg suka bertanyakn soalan merepek. Cth soalan yg biasa kita dgr 'Kenapa arak itu haram?' sebab ianya memabukkan. 'Bukankah asalnya dari buah dan air yg diperam, kedua2 ini berasal drpd bahan yg halal'. Takpe kau jgn panik dgn org yg suka bertanye soalan2 yg mcm ni. Org mcm ni mmg hobi dia suka bertanya2 akan hal2 yg akan buat org keliru. Sbnrnya takda la keliru mana pun.
Ok ni jwpn yg sesuai untuk soalan kenapa arak itu haram kalau lepas ni ada lagi org yg bertanya kau soalan2 yg mcm ni. Bayangkan kalau aku ambil air pastu aku jirus dekat muka kau. Kau rasa sakit ke tidak? Mesti tak sakit kn. Pastu segenggam pasir pula, aku lempar dekat muka kau. Tak sakit juga kn. Kemudian aku ambil serbuk simen, aku lempar juga dekat muka kau. Tak la sesakit mana juga bukan.
So sekarang ni, aku ambil air campur dgn pasir campur lagi dgn serbuk simen tu kemudian aku gaul2. Adunan tiga bahan ni aku jemur sehingga kering pastu aku ambil, aku baling dekat muka kau. Sekarang cuba kau bgtau aku apa rasanye berbanding yg aku buat dekat muka kau sblm ni td? Mesti sakit bukan.
Samalah juga dgn arak. Bila dikumpul2kn bahagiannya dan diolah menjadi minuman yg memabukkan, maka dia menjadi haram sbb memberi kesan yg tak elok mcm perbandingan dkt atas ni. Menjawab soalan ke tidak?
Aku ambil kisah ni dari cerita Iyas bin Mu'awiyah al-Muzani pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz yg cuba mjwb soalan berkenaan arak yg ditanyakn seseorg kepadanya. Sumbernya dari majalah solusi. Aku olah ceta ni agar nampak santai. Akhir kata selamat menjalani ibadah berpuasa pada hari pertama.
Comments