Gunung Besar Hantu Part Three

Tiada yg seindah hari apabila bangun tidur dapat celikkan mata. er'.. Kalau tak celik dah kira arwah dah tu. Good morning guys! Berdasarkan gambar ni la. Cabaran bermula, niat dipasang lengkap. Hati penuh gelora. Jantung di pam selaju yg mungkin. Darah mengalir deras.


Pagi ni sebelum gerak, breakfast lah apa yg ada untuk memberi tenaga kesinambungan mendaki ke puncak. Takkan nak mendaki dengan perut kosong. Nak biarkan muka jadi biru ke nanti? Makan je roti dengan kaya plus minum air 'papadom'. Mana nak dapat air ni? Budak2 group aku pandai cari. Hihi..


Papehal bergambar dulu. Sebelum ni dah buat regangan lengok dangdut apa semua. Pasang lagu siap bagai. Ialah untuk memberi stamina. Untuk longgarkan apa2 yg patut. Jangan macam2. Daki gunung ni bukan macam lari marathon yg laluannya mendatar je. Penat mendaki dengan berjalan atau lari2 anak dekat laluan mendatar adalah dua perkara yg berbeza. Kalau tak caya, nanti aku nak pergi mendaki Gunung Tahan, silalah ikut. InsyaAllah.


Memandangkan cuma tinggal beberapa kilometer je lagi nak sampai ke puncak, erm' berapa ek? Aku pun tak pasti. Dah terlupa lah bai. So beg cuma bawak satu je. Barang2 yg lain tinggal dekat kem orkid. Ni kira santai lah juga tapi takdalah santai sangat pun sebab aku still tercungap2 dibuatnya. Laluan pun semakin mencanak berbanding semalam. Dengan laluan akarnya lagi, sempitnya lagi. Macam manalah orang asli boleh tekun hidup dalam hutan bertahun2 lamanya. Respect!


Ni dah sampai lah ni. Atas kepala aku tu dia punya signboard. Alahai memang kecik sangat pun. Tak kisahlah, janji ada kan. Teruja beb bila dah sampai puncak. Bayangkan aku, ye aku yg dah lama tak bersenam pun boleh sampai puncak. Jangan kata aku, ada pendaki lain umur dah 50 lebih pun boleh. Betapa dasyat dorang punya stamina. Sekali lagi aku ulang, aku sangat teruja. Siapa je yg tak terujakan, bila dah penat2 mendaki sampai dekat tempat paling tinggi untuk jerit2. Tapi takdalah sampai aku menjerit kat atas ni. Buang tebiat apa. Haha..


Tengoklah rambut aku sampai terpacak jadinya. Kesan daripada tingginya gunung ni, macam gitu jugaklah tingginya rambut aku terpacak. Yeayyyy! Nak jugak kan. Apa macam? Ada berani tak sesiapa nak ikut aku mendaki lepas ni? Ala sekali seumur hidup, aku cadangkan biarlah diri tu ada sekali pengalaman mendaki. Bukan aku nak suruh mendaki sampai bergunung2, satu gunung je sudah. Tapi lepas satu gunung, mesti ketagih nak mendaki gunung lain pulak. #LOL


Dekat atas gunung ni, kitaorang sempat lagi masak meggi. Sedap wei meggi gunung. Makan roti dengan kuah meggi pun sedap jugak. Senang kata, masak jelah pape kat atas puncak gunung ni, semuanya sedap belaka sebabnya dah lapar bangat dong.


Ni lah pemandangan yg memang takkan jumpa dekat bawah gunung. Cuma dekat puncak je ada. Mestilah kan :p Aku mula2 ingat ni pengakhiran yg awesome bila dah sampai dekat puncak. Biasanya macam ni lah kan. Dapat lihat alam seluas2nya. Rupa2nya aku silap.

Siapa kata dekat Gunung Hantu Buruk ni tiada pape. Ada yg lagi istimewa daripada puncak dekat atas ni. Takdalah sampai ada tangga ajaib yg bawak kitaorang naik ke lapisan atas puncak ni. Ada ke? Tak tau aku. Ada lah kot.. Entahlah. Nantilah aku sambung apa yg ada disebalik gunung ni. Dah nama pun Hantu Buruk kan. Ada hantu lah tu kot yg bawak kitaorang pergi ke dunia satu lagi. Agak2nya lah. See ya guys dekat entri yg terakhir nanti. SNAPP!!

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak