Apa Makanan? Dah Tentu Coklat

Aku suka makan. Suka yg teramat. Terutama coklat. Kalau makanan seisi dunia ni dihidangkan depan aku, pertama yg aku akan ambil dah semestinya coklat. Aku bukan seorang yg ketagihkan coklat macam ketagihkan rokok, cuma aku suka coklat.
Ada setengah kata, umpan dekat aku coklat maka menurut perintahlah aku. Ni sama sekali tak benar. Aku tak campur adukkan kegemaran aku dengan benda2 cmni. Kalau ada orang bagi coklat, aku berterima kasih. Ni je, tak lebih dari tu. Mana mungkin aku gadai maruah dan mahkota aku disebabkan coklat. #LOL
Banyak fakta pasal coklat ni yg memberangsangkan. Tapi kena igt, cuma coklat yg ada mutunya yg memberi manfaat. Bukan 'mutu'mayam ok. Kalau coklat mcm choki2 tu, ianya tak lebih sekadar makan, proses pastu jadi najis + diri senang jadi obesiti.
Nama coklat ni asalnya dari perkataan Aztec. Bunyinya pelik sikit 'xocolatl' yg bermaksud 'air yg pahit'. Aku pun tak pasti dari mana idea ni datang. Sungguh keliru minda betul. Ialah apa kaitan coklat dgn air yg pahit. Mungkin orang zaman dulu buat coklat tak bubuh gula. Makan coklat pahit lah tu agaknya.
Coklat kegemaran aku setakat ni nutella. Kadang2 aku makan cmtu je nutella ni. Tak payah roti. Haha.. Sumpah nutella ni memang sedap hingga menjilat jari. Aku berangan nanti bila ada rumah sendiri, dalam rumah tu ada dua peti ais. Satu untuk kegunaan harian yg biasa orang skrg buat dan satu lagi khas untuk aku letak segala coklat dalam tu.
Cuma sekarang ni, harga coklat pun melambung tinggi, nak tanak mmg kena kerja kuat untuk tampung keperluan harian aku terhadap coklat ni. Tak dapat bayangkan kalau ada satu organisasi buat kempen 'hari tanpa coklat sedunia'. Kahkah.. Mau separuh gila dibuatnya. Menipu bebeno. Tak lah sampai gila. Kalau nak buat kempen ni, buat jelah. Makan tetap mcm biasa. hehe..
Bon Appetite!
Comments