Gunung Besar Hantu Part Two
Rehat lebih kurang sejam dekat kawasan sg air kering. Kesemua pendaki solat, masak2 untuk lunch, melepak sambil borak2. Buat jelah apa yg patut asalakan mengembalikan tenaga untuk pendakian yg seterusnya. Destinasi seterusnya tak lain tak bukan... kem orkid.

Berehat tadi pun sebenarnya takdalah sampai dpt semula tenaga 100% sebab aku masih lagi keletihan. Semua pendaki kot tapi jiwa mantap, mental kental. So begerak jelah menuju ke atas. Ecehh! Seyes beb, mahu pengsan aku dibuatnya dengan gunung ni tp aku positifkan minda. Ni cuma mainan psikologi je. Kaki pun dah larat kalau diikutkan. Well.. tak macholah kalau turun semula. Alang2 dah suku perjalanan. Ye dak?

Strategi yg paling tepat, bila penat je pastikan duduk berehat. Haha.. Kalau jalan cikit pastu duduk jalan lagi pastu duduk, memang dua purnamalah baru nak sampai puncak. Nak buat macam mana kan. Aku bukannya ada amalkan petua kekuatan batin apa bagai untuk bergerak naik ke atas tak henti2. Ni apa batin pulak ni? Yela aku ni kan manusia biasa, mana nak ada tenaga luar biasa macam badang. Jup badang ni wujud ke? #LOL

Jeng jeng jeng jengggg... dah sampai pun. Bukan sampai puncak ok. Baru 3/4 perjalanan je ni. Ramai2 buat perhentian dekat kem orkid. Lagipun dah petang yg hampir senja. Kalau teruskan juga, memang mendaki malam2 lah nampak gayanya. Takdalah, yg sebenarnya memang caranya begini. Setiap pendaki akan buat check in dekat kem orkid ni. Harus rasanya sebab dekat tepi jurang kem orkid ni ada punca air untuk dibuat mandi, masak apa semua.

Maka bermulalah aktiviti memasak group 5 serangkai kitaorang. Kalau tak masak, memang makan angin lah wei. Aku pun bukan tau sangat, tengok je dorang masak sambil mengacau sana sini. Lagipun aku paling muda, 23 tahun. haha.. Dah tu siapa suruh dorang kata aku 23 tahun. Maka 23 tahun lah aku jadinya. Tugas yg paling muda adalah menunggu waktu makan je.

Sebenarnya masa ni ada kecelaruan. Bila kitaorang dah sudah masak tapi tak dapat makan lagi. Uwaaaa.. Perut dah kruk krek kruk krek. Al maklumlah baru sudah mandi. Nak taknak memang tunggu jelah group lain sudah masak pastu makan ramai2. Masa ni jugaklah belajar bersabar sebaik mungkin. Makan roti pun makan roti jelah dulu. Asalkan makan.

Masak apa? Sardin wei. Sedap sebab dah lapar. Kahkahkah.. Group lain ada yg masak daging. Perghh memang terbaiklah. Makan sardin, makan daging, kesannya KENYANG! Kat atas gunung ni, tak leh nak cerewet bagai. Nak cerewet duduk rumah. Kat sini, asal apa yg ada makan je. Jangan memilih. er' yeke jgn memilih jaa? Shhhhhh! Senyap2 sudah.

Malam tu ada aktiviti camfire apa semua. Ala termasuklah ice breaking. Ceritalah pape pun. Kongsi2 cerita otai2 yg dah naik hampir kesemua gunung yg ada kat Malaysia ni. Kagum wei. Aku ni baru dua gunung je. Takpe, lepas ni boleh tambahkan lagi koleksi gunung pastu simpan dalam kabinet. Mesti punyalah.

Tidur dekat mana? Tidur jelah dalam sleeping bag. Apa ada masalahkan. Kalau badan tu dah penat, memang tidur tak sedar punyalah tapi aku terjaga juga sebenarnya sebab satu pagi tu hujan sekejup. Nasib lah sekejup dan tak lebat. Kalau tak memang alamatnya tidur atas air lah gamaknya semua orang.
Ni apa cerita dari awal sampai habis serius je? huhu.. Saja nak simpan cerita menarik yg tersangat2 menarik dekat entri akan datang. Macam lah ada. Sembang je lebih aku ni. Propaganda ke apa ni? Ni bukan blog politik yg sukakan propaganda ataupun primadona. bwahahaha..
Comments