Cik Adik vs Ikan Jerung

Apa yang best cuti? Pada gua lagi best kerja dari cuti sebulan tapi gua tak tau mana nak kerja. Lagipun gua ni teringin sangat nak makan sirip ikan jerung. Owkay takda kena mengena langsung apa yang bakal gua nak ceritakan dekat bawah ni. Mahu tak merepek, dari cuti tetiba ke sirip ikan jerung. Baik makan beruang je terus.

Lama juga gua hilang dekat twitter dengan facebook. Tu pun sebab gua dapat sindrom tak dapat makan sirip ikan jerung. Jerung lagi. Ni mesti dah teringin sangat nak turun laut ni. Gua terasa hati sebenarnya dengan prestasi diri gua sendiri sejak akhir-akhir ni. Tengok! Gua layan perasaan gua je tanpa hiraukan kata-kata orang lain.Bak kata pepatah "lebih baik jaga boxer sendiri dari jaga tepi kain orang lain".

Lagipun mak gua datang Shah Alam temankan gua. Mak gua tau gua tengah berada dalam situasi terjun tiruk KB Mall. Sebab tu mak gua sanggup datang dari Muor semata-mata nak temankan gua. So gua terpaksa abaikan  apa yang ada dekat sekeliling gua. I would do anything for my mum, yes! i would die for her. Kalau mak gua tau ni, mesti mak gua penampo gua sebab gua sedap-sedap reka cerita. :p

Ada orang tanya dekat gua siapa Cik Adik. Owkay ni dah masuk serius topik. Ala pasal entri tempoh hari sudah. Sebenarnya tu cuma cerita rekaan gua untuk lu orang yang sudi baca buat gelak tawa, buat hiburan semata. Tak lebih dari ini. Tak wujud pun Cik Adik tu sebenarnya. Lagipun label entri gua tu 'al-kisah' maknanya ada tokok tambah dalam menaikkan perisa cerita.

Lepas ni kepada sesiapa yang baca blog gua, silalah lah tengok label dulu. Kalau ye Cik Adik tu wujud, ya sila tampil ke depan dengan beraninya. Sila sila dan sila. Memang pasti tak ada lah kan. Sebab tu gua berani seru panggil supaya Cik Adik ni keluar. Lu orang kalau nak menyamar jadi cik adik pun boleh, tapi jangan lupa gua punya komisyen nanti.

Ni dah kenapa gua duk bersusah payah nak cerita apa bagai semua ni? pffftttttt! Kan dah takda cerita pasal sirip ikan jerung. Sebenarnya niat awal gua nak cerita pasal sirip ikan jerung dengan segala bahan lawak jenaka serius muka ketat tapi dah tersasul dengan cerita lain pulak. Takpe lah mungkin lain kali. Silap-silap bulan depan.

p/s: wow ni entri gua yg keseratus lah dan pertanyaan gua, apa best Bangkok ye? :)

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak