Coretan Ringkas
Apa mahu khabar ye. Khabar baik jelah. Gua lama dah tak update twitter dengan FB. Sebabnya? Sebab gua malas. Perghh klise punya jawapan. Ni jawapan minta hantar pergi buang ke pulau namanya. Biar duduk sana sorang-sorang takda berteman. Kalau ada pun, teman dengan Captain Jack Sparow.
Gua sebenarnya terasa hati dengan keadaan sekeliling. Tu yang gua senyap je tu. Cerita banyak pun tak guna sebab gua dah kisahkan dekat blog satu lagi. So dekat blog ni gua tak pernah hilang, ada je gua update cuma lu orang yang tak tau. Susah sebenarnya gua nak jaga dua blog. Dah lah tak bergaji pulak tu.
Dekat blog siangterang ni gua banyak bermain dengan imaginasi. Kadang tu bila gua sendiri baca semula apa yang gua tulis, gua sendiri tak percaya. "Ini betul ke gua punya cerita". Bila gua bermonolog sendiri. Ambik kata, bila gua bermonolog, maka berbagai ceritalah yang terlahir dari akal gua yang tak seberapa ni.
Kalau nak dibandingkan dengan blog gua yang satu lagi, gua tak perlu berimaginasi. Cukup sekadar gua luahkan apa yang terbuku dalam hati gua, apa yang berlaku dalam kehidupan seharian gua. Mudah je. Tak perlu fikir banyak, terus gua coretkan. Kiranya diari gua tu.
Ni gua nak tanyalah, lu orang pernah terfikir tak kenapa lu orang suka komplen satu-satu perkara tu. Padahal perkara tu kecik je. Lu orang tak payah nak komplen pun takpe tapi disebabkan perangai lu orang yang memanjang tak puas hati dengan itu dengan ini, so lu orang pun pot pet pot pet itu ini serba tak kena.
Cis apa yang gua tanya ni ea? Gua takda idea ni, sebenarnya ada tapi gua anggap macam takda. Gua tengah menekunkan diri baca novel sebenarnya. Gua baru habis baca novel Pecah. Sekarang ni gua tengah baca novel Men From The Boys. Entah bila nak habis pun gua tak tau. Lu orang tau bila gua nak habis baca novel ni?
Oklah, ada baiknya gua beransur diri dulu. Tadi mula apa mahu dikhabarkan, sekarang ni pulak macam mana? Khabar selamat tinggal lah. Moga jumpa lagi :)
Oklah, ada baiknya gua beransur diri dulu. Tadi mula apa mahu dikhabarkan, sekarang ni pulak macam mana? Khabar selamat tinggal lah. Moga jumpa lagi :)
Comments