Gunung Ledang Tangkak





Kali terakhir aku pergi Gunung Ledang masa 6hb Feb hari tu kalau tak silap. Sampai 3 hari demam sebab berendam lama sangat dengan makan 'serbuk' berlebihan. Tu pergi untuk aktiviti mandi manda. Tapi kali terakhir aku mendaki masa Julai 2010. Lama dulu dah. Masa tu jugaklah gunung pertama aku mendaki.  Kali ni cabarannya berbeza dari yang pertama. Boleh aku katakan perbezaannya 3 kali ganda dari pendakian yang pertama dulu.

Semalam 25hb merupakan hari yang aku boleh lupa. Daaaa.. Takdanya hari yang tak boleh aku lupa. Aku nak menaip ni pun tak larat sebenarnya. Penatnya memang tahap tak makan satu hari sentengah. Rasa-rasanya lah kot. Dengan kaki aku pun tak bape nak boleh jalan macam orang normal tapi kira boleh berjalan lagi, cuma terhoyong hayang je macam ketam. Membebel je lebih ni.

Pendakian kali ni laluannya berbeza sebab melalui KFC (Killing Fitness Centre). Bayangkan kali pertama dulu naik jam lapan, sampai bawah kira-kira jam lima. Dan pendakian kali ni naik jam lapan juga dan sampai bawah jam lapan malam. Aku ada letak gambar laluan KFC ni macam mana dekat facebook. Pandai-pandailah tengok sana.

Secara ringkasnya aku turun seorang diri masa pertengahan jalan turun. Dan aku terlelap dua kali. Yang pertama tu sebab aku keletihan. Air habis, perut lapar. Memang jalan aku pun tak stabil. Yang kedua pula sebab dah malam. Aku takda lampu suluh, maka memang terlelaplah aku dalam gelap sorang-sorang. Sebenarnya lagi 500 meter je nak sampai masa awan dah mula gelap tapi kaki aku kejang teruk. Nak taknak aku baring atas tanah dan terus terlelap.

Mula tu ada sorang lelaki India yang suluh muka aku, dia ajak jalan turun sama-sama dengan dia tapi baru 50 meter aku dah tak boleh nak teruskan. Kaki aku memang dah tak larat sangat-sangat. Aku berhenti sorang diri dalam gelap. Tak lama tu ada pasangan Chinese pula yang datang. Aku suruh dorang jalan tapi dorang paksa aku jalan sama-sama. Kalau tak silap ada empat kali aku minta berhenti dan suruh dorang jalan tapi dorang tak bagi.

Akhirnya bila sampai bawah terus aku baring terlentang. Haha.. Gila penat. Kaki sakit jangan cakaplah. Yang pasti berbaloi walaupun badan dah tak larat. Dengan dahaga lapar semua. Suka tak suka lain kali pasti akan mendaki lagi. Pasti jika diizinkan. Sekian coretan ringkas. Tak larat nak tulis dengan terperinci. Ya ampun.

Comments

Lavender said…
oit.. cantek ar gambar atas tu.. sape ambik erk? hehehe
Ez Zahar said…
wei tania, baru aku tau kau pakar lomography. patut ar cantek gambar tu :)
Anonymous said…
nice

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love