Siapa Kawan Siapa Lawan
Aku tahu kau ramai kawan, kawan2 kau pun macam2 ragam. Ni kira adatlah kan. Mana ada manusia perangai masing2 sama je. Hari ni kau jumpa perangai kawan kau yang macam ni, esok pula kau dapat perangai kawan yang tak macam semalam. Asam garam dalam dunia hidup kaulah kiranya ni. Best apa setiap hari kau sendiri dapat pengalaman baru. Pengalaman menghadapi kerenah perangai yang entah apa2 entah. haha..
Hatta kau ni cuma ada seorang kawan je pun, ialah kau kan tak popular. So siapa je nak berkawan dengan kau. Kesian kau kan tapi takpe sekurang2nya kau ada juga kawan. Walaupun kau ada seorang je kawan, kau tetap juga akan menghadapi pelbagai kerenah ragam dari kawan kau ni. Baru sorang, kalau empat belas orang? Pening kepala kau nak melayan gila meroyan dorang ni semua. Betul tak?
Panjang pula aku punya mukahdimah. Masuk isi terus jela. Kalau kau ada kawan yang cikit2 suka mengadu dekat kau, takpe kau anggap je ni sebagai ujian. Kau pun bukannya busy mana pun kan. Dengar ajelah kawan kau tu nak mengomel. Kesian kat dia wei, nak mengomel kat mak ayah dia malu. Kira kau ni dia dah anggap macam mak ayah dia. Kau tak rasa bangga ke walaupun bukan kau yang melahirkan dia. pewitt.. bangga seh! hahaha..
Ni masalahnya sebenarnya, kawan kaunya tu bukannya betulnya. Bape banyak 'nya' lah. Ingat kawan kau tu sentiasa betul ke. Kau ni pun satu juga. Hipokrit ya alam betul. Dah kawan kau datang mengadu tu, janganlah kau sokong semua masalah dia tu. Konon2 nak bagi sokongan padu la tu. Buanglah kau punya sokongan palsu tu. Muka kau memang buat plastik surgery ea? Dah tu yang kau berpura2 depan kawan kau tu kenapa? Dia dah lah iktiraf kau macam mak ayah dia, kau pula buat dia macam anak tiri. kejam2...
Kau jangan nak angguk je kata betul2, setuju2 dengan semua ngomelan kawan kau tu. Setiap ngomelan dia tak 100% betul. Kau kalau betul kawan sejati, kayu jati, burung merpati apa bagai, kau terus terang bagitau jujur dekat kawan kau tu. 'Hei der, kau pun tak betul jugalah, bla bla bla'. Kau pun ngomel je semula dekat dia. Takkan lah mak ayah nak bagi nasihat dia tak mau dengar. Hahaha..
Kalau kawan kau ni tak dapat terima kata2 suci dari kau, maknanye dah terang lagi jelas yang kawan kau datang pada kau cuma nak mengadu masalah dia bagi kau terasa beban juga. Dia cuma mengambil kesempatan pada telinga kau yang sedang 'beristeri' rehat tu. Apa kejadahnya ni kalau dah mengadu tapi tamo respon. Baik mengadu dekat pokok betik sana. Ye pokok betik, sekurang2nya takda lah hina sangat dari kau mengadu dekat mangkuk tandas.
Kau takda kawan yang macam ni pun takpa. Aku kan ada, aku sudi je jadi kawan kau tapi aku tak sudi kalau kau dah niat nak berkawan dengan aku sebab nak mempergunakan diri aku. Memang kau bakal aku humban kat laut dalam sana. Kadang2 seorang kawan itu lebih baik dari seribu kawan.
Cuba tengok friend list kat facebook korang tu, ada sampai seribu? haha.. Sekarang kau dah tau berapa ramai kawan kau ada. Sekarang kau tengok pula berapa ramai yang suka komen kat wall kau tu. Puas hati? Ni lah kawan2 kau yang sentiasa ambil berat dekat diri kau walaupun komen dia seminggu tu cuma satu. Ambil lah berat sangatkan. hehe.. Peace yo!
p/s: Yang suka 'like' tu kira baguslah. Sekurang2nya dia baca apa yang kau post kat wall tu. Kalau dia bacalah. 'bersangka baik'.
Comments