Merantai Kuat

Jangan dipaksa mengikut keinginan demi nafsu sendiri. Belajarlah menerimanya hatta ia pahit kelat sekalipun. Walaupun permulaan nampak akan kesukarannya tapi yakinlah itu hanyalah sementara, percayalah prosesnya akan bergerak mengubah keadaan seiring membentuk diri menjadi bertambah matang. Inilah yang dipanggil kehidupan.

Sekiranya rantai itu masih lagi kuat gengamannya pasti rumit akan menanti di depan. Pabila keadaan berterusan begini maka kucar kacirlah masing-masing menjadi bukan diri sendiri. Tiada mana-mana pun mahukan kehidupan yang bercelaru dalam hidup seharian ini apatah lagi mendepani dengan perasaan kecamuk sehingga tiada tinggal lagi nilai baik dalam hidup walaupun sedikit.

Lepaskanlah, bebaskanlah, dan biarkanlah ia pergi membawa haluan mengikut keinginan rentaknya sendiri. Ini adalah jalan yang mudah dari menyimpan dengan cara kedegilan diri. Apa lagi mahu dikusutkan, longgarkan ikatan rantai itu. Jangan diseksa dengan kurungan yang maha sakit itu. Apakah diri sendiri juga rela sekiranya dirantai kuat, pastikan tidak sama sekali. Senang untuk dimengerti sifirnya bukan.

Jalan itu masih lagi jauh penamatnya. Jangan disempitkan fikiran dengan kedangkalan nafsu. Berfikirlah dengan fikiran hati kerna ianya pasti membantu dalam membuat keputusan terbaik dalam hidup ini. Jadilah diri yang bermaruah dan dipandang dengan rasa hormat kerna ianya akan meninggalkan nama yang baik kepada keturunan kelak. Bantulah diri sendiri walaupun sukar mana sekalipun. Diri ini tinggi nilainya dan jangan sesekali dipersia-siakan.

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak