Bayangan Silam
Lupakanlah segala yang telah berlalu. Tiada apa yang perlu dikenang. Hidup ini bukannya mengundur kebelakang. Jam sekalipun bergerak mengikut aturannya. Manusia terkadang terlalu suka bermain dengan emosi yang sia-sia, yang tiada faedahnya lagi.
Ok, aku rasa setakat ni kot aku menulis dalam bahasa berbelit tapi aku suka mainan bahasa. Buat aku terfikir-fikir maksud yang hendak disampaikan. Kalau ada para gadis, janda muda yang begini, sekelip mata aku jatuh hati dengan wanita sedemikian. Berborak nanti pun mesti guna bahasa kiasan. Tak ke otak pening berselirat nak fikirkan maksudnya tapi dalam masa sama mencabar minda. Dah macam mainan teka silang kata pulak.
Aku bukan tiada idea, macam2 dalam kepala ni ada. Cuma rajin dengan tidak rajin jela. Lagipun aku lebih suka layan anak saudara aku yang sorang tu. Boleh ajak dia bergaduh bergusti apa semua. Lagipun manalah orang suka baca benda yang berselirat sana sini. Kalau 100 yang baca, yang minat cuma sorang. Rasa2 aku beginilah agaknya.
So lepas ni akan ada entry kelakar loya buruk loya tekak semua. Macam blog yang aku yang satu lagi tu. Baca pun santai je tapi makan dalam sebab tepat ke sasaran aku tujukan setiap cerita tu. Ramadhan pun dah nk hampir. Kene terujakan diri macam nak makan coklat. Jgn asik nak jumpa bf/gf je teruja tapi bila nak jumpa Ramadhan, tak rasa apa2 dalam hati tu. Malangnya hidup cmni.
you know, i am so romantic sometimes.
i think i should just marry myself.
Comments