Novel Fixi


Cuti semester ni luangkan masa dengan termenung memikirkan masa depan. Gua masih lagi berada di Shah Alam Darul Roundabout. Belum berkesempatan untuk pulang ke Muar a.k.a Muor bumi kelahiran. Bukan gua tak berkesempatan, cuma gua punya hati ada orang bomohkan bagi melekat dekat Shah Alam ni. Haha.. Memang dasyatlah orang yang bomohkan gua ni, sampai gua sendiri boleh tahu.

Nak diringkaskan cerita, gua isikan masa cuti gua ni dengan buat kerja bawah tanah sekolah yang harus disiapkan. Apa ingat budak universiti ni kalau cuti takda kerja sekolah. Mesti ada punya maa.. Ehem..gua banyak habiskan masa dengan membaca novel sebenarnya. Kerja sekolah tu buat perlahan-lahan pun boleh. Sekurang-kurangnya gua tak buang masa lepak tak tentu hala.

Bila dah dapat baucer $200, gua pergilah beli novel yang dekat atas ni. Kalau tak beli novel, gua nak beli apa? Takkan nak beli kedai buku kot. Tak cukup, sekurang-kurangnya kena bagi baucer $1.8juta. Baru gua boleh beli kedai buku. Entah.. Silap-silap tak cukup juga. Gua manalah tau pasal hal-hal business ni. Kebetulan sebenarnya, gua memang dah ada novel Kasino tapi bila dah dapat baucer.. Paham-paham jela.

Gua dah habis baca Kasino, Pecah dengan Men From The Boys. Lagi 3 novel Jerat, Dendam dengan Tabu dalam perjalanan. Satu hari satu novel. Kalau gua layankan matalah. Kadang tu tak larat sebenarnya mata. Nak taknak, novel yang baca gua. Kira macam nonton tv. Sudahnya tv yang nonton diri kita. Tulah siapa suruh tidur depan tv. Kan dah membazir bil elektrik macam tu je.

Baru gua perasan yang gua dah lama tak kumpul komik. Sebabnya gua pun tak tau komik apa yang nak dibaca sekarang ni. Semua komik sekarang tak menyelerakan nafsu pembacaan gua, tak macam komik dulu-dulu. Bila tak buang duit dekat komik, gua buang duit dekat novel. Dah gua pun hobi membaca, nak buat macam mana kan. Hari-hari baca suratkhabar pun boleh jemu juga tau.

Gua nak sambung baca Tabu. Baru suku gua berkhayal dengan novel Tabu ni, tetiba terasa nak update blog. So gatal-gatalkan lah jari jemari ni. Lagipun gua ngantuk sebenarnya. Takut terlelap je, nanti jadilah novel yang baca gua. Sehingga ketemu lagi. Happy Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai.

Comments

Anonymous said…
aku punya novel n komik mna?? dah pinjam x reti2 nk bg balik ke???
-mat deris-
Anonymous said…
komik hang dh kena mkn tikus kt bilik senyum. novel 1 je kn? dah sedekah kt rumah ank ytim.
-imuda-

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak