Ezqir Dan Qisyah

Berjalan seperti biasa hampir tiga bulan di laluan yang sama membuatkan Ezqir seperti manusia yang mendiami kawasan tersebut. Dilihat secara mata kasar, bentuk tubuh Ezqir sama seperti mereka yang mendiami kawasan tersebut. Dengan itu amat mudah bagi Ezqir untuk beramah mesra dengan mereka walaupun berlainan budaya. Ezqir anak kelahiran Pevzex yang merupakan satu kawasan yang didiami oleh golongan elit Gexzin begitu memberontak pada mulanya apabila diberitahu kedua orang tuanya agar beliau harus dihantar ke Wixcov iaitu satu kawasan pedalaman yang didiami oleh bangsa Gexneic, di mana mereka ini langsung tidak berhubung dengan dunia luar. Pintu masuk di kawasan utara merupakan satu-satunya laluan keluar masuk bagi bangsa Gexneic ini dan ianya dijaga rapi 24 jam oleh mereka yang benar-benar dipercayai untuk menjaga pintu keramat tersebut. 

Hari ini genap tiga bulan Ezqir berada di bumi Wixcov. Secara diam tidak diam, Ezqir sudah mula menyukai bangsa Gexneic ini kerana dirinya tidak pernah rasa tersisih. Hampir setiap hari apabila mahu ke destinasi pembelajarannya yang mesti dihabiskan dalam masa setahun setengah, pasti Ezqir akan berjumpa dengan anak-anak muda yang sungguh ramah untuk diajak berbual. Apa yang pasti di dalam kelas yang diduduki oleh Ezqir, beliau mengenali seorang gadis bernama Qisyah iaitu anak ketua bangsa Gexneic. Qisyah merupakan satu-satunya anak tunggal kepada Zeruik dan Fitisyah. Maka tidak hairan ramai anak muda Gexneic yang begitu kepingan untuk mendampingi beliau, termasuk diri Ezqir sendiri. Namun sehingga ke hari ini, Ezqir masih lagi belum pernah berbual bersama Qisyah. Mereka cuma sekadar berbalas senyuman apabila berselisih di dalam kelas.

Qisyah sendiri mempunyai perwatakan yang menarik dimana beliau merupakan satu-satunya perempuan di Gexneic yang mempunyai Batu Sagrev. Batu Sagrev yang berwarna keungguan ini merupakan satu daripada tiga batu lagenda yang terdapat di bumi Gexneic. Kaum Gexneic percaya batu ini mampu memberi kuasa kepada mereka yang mempunyainya. Mengikut lagenda Gexneic ketiga-tiga batu tersebut mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Batu Sagrev yang ada pada Qisyah merupakan batu yang membolehkan beliau melihat sesuatu kejadian sebelum kejadian itu sendiri berlaku. Tidak hairan apabila bumi Gexneic sudah beberapa kali terselamat daripada bencana sebelum ini. Dan dua lagi batu yang masih tidak dijumpai itu, dipercayai mempunyai kuasa penyembuhan dan juga kuasa kebal diri.

Sebenarnya diri Qisyah dikagumi bukan disebabkan beliau anak kepada ketua bangsa Gexneic mahupun kerana mempunyai batu lagenda tersebut tapi beliau dikagumi kerana beliau mampu menghafal segala apa yang pernah dilihatnya. Setiap manusia yang pernah dijumpai oleh Qisyah, beliau pasti ingat akan nama mereka. Inilah kelebihan yang ada pada diri gadis tersebut yang tiada pada gadis-gadis Gexneic yang lain. Dan disebakan ini juga Ezqir juga begitu mengagumi gadis itu. Namun sayang walaupun mereka di dalam satu kelas yang sama, Ezqir masih lagi tiada kekuatan untuk bertegur sapa dengan Qisyah. Ezqir sendiri pelik kerana setiap kali berselisih dengan gadis ini, mulutnya pasti kelu seribu bahasa.

Ezqir anak muda bangsa Pevzex yang merupakan satu-satunya anak tunggal kepada...

bersambung...

Comments

jaliyadmaria said…
Wow! kalau aku komen typo error boleh?
sci-fi....nice!! hehehehe. kreatif sggh name2nye
Ez Zahar said…
@AkutakPandaiMenulis ini namanya menyengamakan minda.
Lavender said…
oit, apa bende ni??? Novel ke?
Ez Zahar said…
@Lavender cerpen atau novel. xtau mcm mana pjg dia nnt.

Popular posts from this blog

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak