Posts

Hidup Berpasangan

Bila kau berteman, maksud aku sama ada sudah kahwin atau belum. Dan maksud aku lagi, ni bukan berteman lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan. Ni jenis berteman yang berlainan jantina. Pondan dengan tomboi ke. Lebih kurang macam gitulah. Kadang-kadang dalam hidup ni kau sendiri rasa bosan dengan pasangan kau sendiri sebabnya kau dan pasangan kau melalui rutin hidup yang sama setiap kalikannya hari-harinya. Balik-balik benda yang sama. Naik muak diri kau sendiri dan diri pasangan kau tu sendiri tapi masing-masing senyap je. Pura-pura macam takda pape yang berlaku. Inilah masalahnya. Bila sampai satu tahap rasa bosan yang tak dapat dibendung, mulalah jadi kisah lain. Kisah apa? Kisah tauladan. Fikirlah sendiri. Hidup berpasangan ni kena ada skill menambat hati pasangan. Kau tak boleh nak tunggu hari ulang tahun perkahwinan, ataupun hari jadi masing-masing setiap tahun. Kena lebih kreatif. Lebih berdaya saing antara satu sama lain tanpa perlu bermusuhan. Barulah har...

Serigala Peliharaan

Image
Kalau ditanya haiwan apa aku nak bela, aku akan jawab Serigala. Aku suka serigala sebab ianya bukan anjing dan kucing. Boleh jawapan macam ni? Ok, serigala ni sebab dia garang. Kena dengan perangai aku yang tak garang. lulz. Tapi kalau dapat bela Siberian Husky pun ok jugak.  Kalau ada serigala dekat Malaysia ni, memang aku dah bela dah. Serigala ni tangkas. Bulu dia pun lebat. Aku suka. Kalau letak depan rumah, pencuri nak masuk pun fikir tiga puluh sembilan kali. Muka serigala ni bengis. Tapi hati baik. Macam mana aku tau? Firasat aku kata serigala ni baik jika dengan tuan dia jelah. Aku pun rasa kalau serigala ni ada dekta Malaysia dan ianya macam haiwan peliharaan seperti kucing dengan anjing tu, pasti ramai yang bela. Pasti punyalah. Mungkin sebab faktor cuaca rasanya yang serigala ni tak bape nak ada dekat iklim seperti Malaysia ni. Pape pun, serigala tetap haiwan pilihan pertama aku. Sumber

The 3rd Of September

Image
Hidup ni kadang-kadang perlukan satu jiwa, satu hati, satu tempat, ibarat sang pertapa di dalam gua yang cekal sorang-sorang menuntut ilmu jiwa kacau nasib sendiri. Zehahaha.. Tak banyak yang berlaku sangat hari ni kecuali tarikh lahir aku sama dengan kartun Doraemon tu, nasib tak sama dengan Nobita. lulz.. Ikutkan aku nak turun Melaka perkena Alien Big Apple tapi memandangkan minggu depan dah balik Shah Alam, rasa-rasanya dapatkan dekat sana aje dah betul. Dekat sikit dengan rumah. Nafsu makan masih boleh dikawal lagi. Cuma kadang-kadang tewas juga bila masuk bab-bab coklat ni. Secara serabutnya, aku pun tak pasti nak menghiburkan hati aku sendiri ni dengan apa pada hari bersejarah aku ni. Fikir punya fikir punya fikir, aku nekad untuk memanjakan lidah, tekak dan perut dengan al makanan al tak berkhasiat ini. Biasanya memang begini kalau aku menghargai diri sendiri. Dah penat-penat berkerja, tak salah kalau nak mengada-ngada untuk diri sendiri. Cuma kali ni bukan penat berkerja tapi.....

Keingginan Ezhar

Salam Angkasaraya. Kali terakhir aku duk cerita pong pang pong pang dekat blog ni, aku sendiri tak ingat bila. Malas  Sibuk sikit katakan. Mood tu macam matahari. Sentiasa ada tapi bila dikacau awan gelap, matahari yang besar tu pun tak dapat nak cairkan awan dilangit. Maka mood yang ada tu pun sama juga sifatnya. Diganggu sifat malas. Entah apa benda entah aku punya teori. Serupa kulit duku yang tunggu nak dibuang dalam tong sampah. Apa benda yang seseorang tu inginkan dalam hidup dia? Aku? Orang mesti sangka aku tak lain tak bukan mesti coklat.  Ye memang aku suka coklat, tak dinafikan. Kau umpan aku coklat, mesti aku layu dipukau. lulz. Mehhh... ada benda yang aku inginkan, sangat-sangat inginkan tapi aku tak pernah kongsi dengan sesiapa kecuali diri aku sendiri. Walaupun rapat macam manapun kita dengan seseorang, tak semua rahsia kita harus kongsikan. Tak semua. Ramai orang tau aku suka coklat dan tak kurang juga yang gemar bagi aku coklat. Itu tandanya aku telah ...

Taman Negara Johor Gunung Ledang

Image
Puteri mana yang masyur? Puteri Gunung Ledang! Aktiviti kali ni lebih kepada santai. Kalau sebelum ni dua kali mendaki ke puncak atas Gunung Ledang, yang ini mandi manda dengan riang seloka. Dan sebelum ni juga kebiasaannya mandi di kawasan Air Terjun Gunung Ledang, untuk kelaianan menukar aktiviti mandi manda di Taman Negara Johor Gunung Ledang. Kalau sebelum ni masuk tidak dikenakan bayaran. Pelik juga sebab kali ni setiap kepala dikenakan bayaran. Haha sampai bila nak bagi masuk percumakan. Ada harga di bawah tu. Bandingkanlah sendiri sama ada keterlaluan ataupun tidak. Yang pasti, aktiviti mandi manda ni memang berbaloi. Siapa je tak suka mandi air terjunkan. Kecuali lemas je orang akan tak berasa gembira. So enjoice!  

Salam Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

Image
Jom beraya. Tahun ni beraya dalam keadaan kesederhanaan. Sederhana dari segi permakanan sehingga perut menjadi bintat toroi.  Makan sana sini, setiap masa makan selagi nampak makanan tu di depan mata. Apa boleh buat, negara mewah dengan bermacam-macam makanan. Inilah kesederhanaan. Lulz. Takda apa nak coret. Nak coret itu ini pun tak larat sebab perut dah kembung. Jizzz apa kaitan perut kembung dengan jari jemari? Alasan mehh.. Ok lah letak gambar banyak, dalam setiap gambar menceritakan sejuta cerita. Dengan ini saya mengakhiri ucapan : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

The Expendables 2 & The Bourne Legacy

Image
Kecewa sebab peranan Yin Yang dalam sekuel kedua ni seperti mati tamo, hidup pun taknak. Tapi apakan daya, masa tak akan kembali... Ok cukup.. The Expendables 2 ni lebih kepada peminat-peminat yang rindukan nak tengok otai lama Hollywood gred A berlakon. Ketawa sokmo ajelah tengok cerita ni, so aku bagi 3 bintang. Sekian. Ini dia, ini dia... The Bourne Legacy! Ini sekuel yang keempat dengan actor yang ditukar. Sebelum ni dalam The Bourne Identity, The Bourne Supremacy, dan The Bourne Ultimatum  actornya Matt Damon tapi disebabkan hal dalaman rumah tangga, maka Matt Damon enggan, ingkar, degil,  untuk meneruskan sekuel keempat cerita Bourne ni. Jeremy Renner dalam The Bourne Legacy ni boleh tahan juga. Kira tak jauh sangatlah kalau nak dibandingkan dengan Matt Damon. Kalau tengok jam tangan aku masa nonton cerita ni, 60 minit pertama kisahnya banyak berdialog. Kena paham seketul-seketul macam mana macam gini. Lepas tu barulah aksi kejar mengejar, bunuh m...