Posts

#2 Balik Kampung Mana Ya?

Image
Sebenarnya ramai tak tahu yg diri tu tiap2 tahun boleh beraya rumah keluarga sendiri tanpa perlu gaduh2. Ala watpe nak runsingkan kepala. Jalan mudah ada kan. Sebelum pape aku suka ingatkan yg jalan mudah ni sebenarnya tak lah semudah yg disangka tapi berbaloi jugalah. Sama ada berbaloi ataupun tidak, kita layan dulu. Setiap keputusan, mesti ada harga yg perlu dibayarkan. Pertama, kau jangan kawen. Yup jangan kawen. Dah tentu2 punya kau tiap2 tahun dapat beraya rumah keluarga kau tanpa perlu pening2 nak fikir rumah mentua sebab kau pun bukannya ada mentua kan. Masalahnya sampai bila je kau tanak kawen? Selagi kau sayang diri kau, kau tak mahu bergaduh macam laki bini yg ada sekarang ni bila tiap kali menjelmanya Syawal, kau tak perlu kawen. Cuma dah lama2 nanti kau mula bosan hidup membujang. Bosan wei. Seyes punya! Kedua, ni kira masuk akal juga pada aku. Kau kawen dengan anak yatim piatu. Kau carilah jodoh kau yg diri dia dah takda mak dgn ayah. Kalau dia takda mak dgn ayah pas...

#1 Balik Kampung Mana Ya?

Image
Balik kampung? Balik mana ea? Ni aku tanya pada yg dah berkahwin. Pada yg belum boleh renung2kan sebelum buat keputusan kahwin kelak. Huhu.. Ramai yg kahwin sebab cinta sayang rindu apa semua tapi sebelum kahwin tu tak pernah terlintas nak berfikir pasal raya kelak. So akhirnya makan hatilah diri tu bila Syawal menjelma. Sebab apa? Sebab si suami di kutub utara, si isteri di kutub selatan. Masing2 nak balik raya kampung masing2. Pandai2lah ohsom burung batu air laki bini tu. So kenapa setiap kali masuknya Syawal, dialog yang sama berlaku? Drama sama yg berlaku? Benda ni di ulang2 dari tahun ke tahun. Masing2 tak mahu mengalah. Masa mula2 janji ikut giliran tapi bila sampai masa kena auta. Kesian! Ialah laki kan pandai, kalau isteri melawan dikatanya menderhaka. Suka tak suka si isteri ikut jela bontot si suami tu balik kampung dia. Persoalan pertama, adakah golongan perempuan teraniaya? Aku tak tau cane nak jawab. Kalau dapat isteri yg tak kisah, lega hati suami kan. Tapi ada ke ...

Oh Ramadhan Oh Syawal

Image
Aku mengalami masalah mental yang kritikal dua tiga hari ni. Rasa macam kepala meletup terkena bedilan meriam buluh. Suka tak suka dunia hidup aku gelap gelita ibarat langit di malam hari. Hitamnya bukan main pekat kalau tidak disinari cahaya bulan mahupun bintang. Kalau kau tau apa itu koma, mungkin kau paham lah apa maksudnya dunia yang gelap gelita. Pape pun lupakan pasal hal remeh temeh ni. So aku terasa nak mengelikan ketiak aku dengan mengomel betapa gembiranya aku bila raya sudah semakin hampir. Ya raya, hari raya aidilfitri! Semua orang pasti gembira bila menjelangnya satu syawal. Paling gembira dah semestinya mereka2 yang liat nak berpuasa. Tak terasa lagi beban diri nak menyorok2 makan, minum hatta hisap rokok sekalipun. Ingat senang ke jadi orang2 seperti mereka ni. Kesian! Barangkali belum mendapat hidayah lagi walaupun umur tu dah 20-an, 30-an, 40-an. Doa2kan agar Ramadhan akan datang mereka ini mampu berpuasa penuh. Amin~ Bakal menjelangnya Syawal, InsyaAllah Syawal p...

Past Is Past

Image
Kalau diikutkan amarah hati ini, memang hancur lumat semua makanan aku sesah buka tadi tapi aku kan jaa. Setakat marah2 ni memang bukan makanan aku. Kau buatlah macam mana sekalipun, aku buat tak reti je. So berbuka aku tadi tenang, aman dan damai. Lagipun tak elok apa depan rezeki buat muka ketat. Katakan kau berbual2 dalam menuju ke arah perdebatan tetiba kau dah nak sampai kemuncak point kau tapi kena cantas dengan kisah hidup kau yang sememangnya dah lama dalam lipatan sejarah. Lagi pulak ianya takda kene mengena dengan topik perbualan tadi tu. Terkesima macam dapat berita dari doktor yg kau ada leukimia beb. Mungkin terlepas cakap, bolehlah dimaafkan tapi itulah sifat manusia. Lemah lagi lemahnya. Cuba nak mempertahankan sesuatu yg diri sendiri tak dapat terima akan hakikatnya lalu menggunakan kaedah busuk asalkan diri tu tak nampak lemah. Asalkan diri tu nampak agung luarannya tapi dalaman dah semestinya tempang tapi ada hati nak bangga diri yg tak kena pada tempatnya. B...

Sang Matahari

Image
Cuaca dekat muar hari ni super panas. Aku ni dh la puteri lilin. Bak kata aunty aku yg bagi istilah ni pada diri aku. Bayangkan kalau kulit aku kena terik matahari. Mengelupur beb. Yang sebenarnya memang aku jenis kulit sensitif. Ni la salah satu sebabnya aku tak suka keluar rumah tapi aku disalah tafsirkan sbg orang perempuan oleh mak aku. hahaha.. Mak aku kata, aku ni mengalahkan orang ppn, duk terperap je dlm bilik. Bilik aku ni ibarat syurga bagi aku. Dekat dalam bilik ni lah aku buat solat, buat makan, buat tidur, buat sepah, banyak lagi buat la. huhu.. Dah macam sarang tikus mak aku kata bilik aku ni tapi aku ok je sebab dah nama pun bilik sendiri kan. Bila hari panas macam ni, bilik aku pun terasa bahangnya. Kalau dah bilik terasa bahang, tuannya lagi lah merasa kebahangannya. Ada ke perkataan cmni? Bila aku yang merasa bahang, kepala mulalah pening2 macam nak muntah. Ibarat perempuan muntah2 petanda ada baby dalam perut. Masalahnya aku ni bukan perempuan. Dah tu ada apa j...

#5 Laughter, The Best Medicine

Image
Joe: Ben aku nak tanya la. Ben: Tanyalah apa dia.. Joe: Kenapa kau buat tatu pokok dekat atas bahu kau ye? Ben: Laa dah akarnya di bawah, pokoknya mesti di atas. Joe: Akar di bawah??? Akar yang mana? Ben: Akar bawah ketiak aku lah samdol . Joe: Owhh lepas ni kau buat tatu yang sama dekat perut pula ya. Ben: %#$?@$*%$#&!!!

Juwita Rambutku

Image
Hari ni aku angin satu badan. Yup angin monsun barat daya punya. Semuanya gara2 tukang gunting rambut yg aku rasa kebanyakannya syok sendiri. Aku suruh gunting lain, dia bantai ikut selera dia. Ingat aku ni nak jadi askar agaknya. Makin aku diam duk layankan je tengok gelagat dia, makin dia syok togelkan kepala aku. Apa pun tak boleh. Suka tak suka, jadilah pendek camni. Nak sikat pun tak boleh. Rambut dh xda, nak sikat macam mana lagi. Ada tu adalah tapi pendek sangat. Patut ke aku saman tukang gunting rambut ni ea? kahkahkah.. memang gila la aku aku siap buat kes. Nanti orang kata aku yg gila. So kenalah tunggu sekurang2nya 11 bulan kalau nak rambut panjang semula. Aduhai lamanya. Kalau orang mengandung, dah beranak dah pun. Ni aku, hai lah rambut.. malang sungguh nasib kau arini. Memang aku takkan pergi lagi rasanya kedai gunting tu lagi. Mogok! Macam tak logik pulak. Sebenarnya salah aku sendiri pun. Aku kan ada mulut. Patutnya aku cakap yg tu tak payah gunting, yg ni tak pay...