Posts

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 : Tulis Slogan & Menangi RM500

Kepada peminat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan setiap tahun, tahun hadapan iaitu bermula pada 27 April 2018 sehingga 6 Mei 2018 acara ini akan berlangsung di PWTC seperti biasa kecuali pada edisi PBAKL 2016 yang mana telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).  Untuk pengetahuan, pihak penganjur  PBAKL kali ini sedang mencari sesiapa sahaja yang mempunyai daya kreatif bagi tema PBAKL 2018 boleh melontarkan SLOGAN masing-masing sebelum 10 November 2017. Untuk menyertai peraduan ini boleh klik di pautan bawah ini: PBAKL 2018: TULIS SLOGAN & MENANGI RM500    Di sini disertakan tema bagi edisi lepas sebagai rujukan  Edisi PBAKL 2010 - Buku : Lakaran Masa Hadapan Edisi PBAKL 2011 : Buku : Dunia Tanpa Sempadan Edisi PBAKL 2012 - Buku : Dunia Tanpa Sempadan Edisi PBAKL 2013- Buku : Menjana Kepintaran Kreatif Edisi PBAKL 2014 - Buku : Menjana Kepintaran Kreatif Edisi PBAKL 2015 - Buku : Men...

Doa Pengasih Buat Yang Disayangi

Image
Doa pengasih untuk kekasih barangkali. Secara umumnya untuk semua orang yang kita sayang. Ibu bapa contohnya. Adik beradik kita, saudara mara... Siapa-siapalah yang kita sayang. Yang kita tak sayang tu bacakan doa makan bolehlah kot. Rasanya ini jelah yang boleh dicelotehkan. Takda apa yang boleh difikirkan secara benak kepala otak waktu siang hari gini. Ialah cuaca sekarng ni pun panas bukan main. Macam duduk dalam ketuhar ibaratnya.

Solat Sunat Tarawih / Terawih

Image
Panduan Dalam Mengerjakan Solat Sunat Tarawih / Terawih Pada Bulan Ramadhan. Bacaan Surah-Surah. Bacaan Selawat / Tasbih / Doa. Semoga Ianya Memberi Manfaat. Insyaallah.          

World Cup - Netherlands KNVB

Image
Bercakap pasal Piala Dunia 2014, Holland kali ni kelihatan seperti club Manchester United yang dibenci para peminat bolasepak gara-gara Van Gaal. Dengan menggunakan teori apa pun aku sendiri tak dapat nak kupas kenapa nak kaitkan sebuah kelab dan sebuah pasukan negara. Blerghhhh... Tempoh hari semasa aku kusyuk layan perlawanan antara Holland vs Mexico, bukan main brother sebelah sorak tika mana Mexico merobek gawang Holland. Dan tak semena-mena keluar ayat keramat dari mulut longkang dia "Aku benci gila Man U, aku harap game ni Belanda kalah". Dalam hati aku apa kaitanlah lancau brother sebelah ni. Kau ni tengok World Cup atau tengah tengok EPL. Lepas tu mulalah keluar teori dia yang bukan-bukan. Dari kelucuan mulut dia tu, aku cuma mengagak dia ni memang pembenci Man U dan fan Spain yang pulang awal. Lepas je Holland menjaringkan gol disebabkan kepintaran Wesley Sneijder, bergema sorakkan aku dan abang sebelah yang mana cuma dua orang je yang sokong pasuka...

Emily Jean Emma Stone

Image

Bukit Tabur Taman Melawati

Image
Kelmarin Ahad ada mendaki Bukit Tabur dekat Taman melawati sana. Saje isi masa lapang. Ingatkan nak isi masa lapang dengan pergi muzium tapi tulah.. Mendaki juga yang dipilih. Kejup kejup.. Pergi Muzium? Biasalah budak skema macam aku memang suka pergi muzium. Kbai. Ini percubaan pertama aku sebenarnya naik Bukit Tabur. Ala lagipun dah lama sangat tak mendaki. So lepaskan gian sekali sekala apa salahnya. Pergi memanjat pun berdua je. Ingat lepas ni nak pergi lagi, nak habiskan apa yang ditinggalkan dekat Bukit Tabur ni. Secara pukul rata, kira ok lah Bukit Tabur ni. Taklah tinggi sangat. Kalau laju sejam setengah ke dua jam sampailah. Laluan pendakian kebanyakkan berbatu. Nasihatnya hati-hati. Kalau jatuh terhentak kepala dulu, bikin naya je. Yang pasti gembira bila dapat mendaki!

Tahukah Anda

Deras tapak melangkah. Tanah sendiri pun rasa bingung bila terkena hentakkan yang begitu. Bukan mahu tergesa-gesa tapi sudah terpaksa bagi mengelak diri dari terlambat menjadi manusia yang ketinggalan dalam mendapatkan objek biru itu. Acap kali bila tiba saja yang baru, lekas-lekas manusia berebut-rebut hingga tiada nilai kemanusiaan dalam diri.... Tahukan anda manusia tidak akan mati sekiranya tidak menjamah nasi berhari-hari lamanya. Manusia itu cuma bersikap mengada dan songeh yang terlebih. Tahukan anda air yang dibawa bersama-sama dari rumah dapat membuatkan anda menabung sekurang-kurangnya dua ringgit sehari. Tahukah anda bila marah menguasai diri, orang disekeliling anda itu kelihatan seperti seekor semut. Tahukah anda orang yang buta masih mampu memandu kereta kerana orang tersebut cuma buta sebelah mata sahaja. Tahukah anda berfikir itu sesuatu benda yang sukar dan segelintir saja yang suka akannya. Tahukan anda yang saya cuma buang masa di sini untuk ...

Silverchair - Miss You Love

Image
Millionaire say Got a big shot deal And thrown it all away but But i'm not too sure How i'm supposed to feel or what i'm supposed to say But i'm not, not sure Not too sure how it feels To handle every day And i miss you love Make room for the prey 'Cause i'm coming in With what i wanna say but It's gonna hurt And i love the pain A breeding ground for hate but.. I'm not, not sure Not too sure how it feels To handle everyday Like the one that just past In the crowds of all the people Remember today I've no respect for you And i miss you love And i miss use love I love the way you love But i hate the way I'm supposed to love you back It's just a fad Part of the teenage angst brigade and I'm not, not sure Not too sure how it feels To handle everyday Like the one that just past In the crowds of all the people

Coca-Cola

Image
Aku memang pengemar air Coca-Cola. Tak tahu nak buang ketagihan ni macam mana. Lagipun aku cuma nak minum je. Benda lain itu bukan halnya nak dijadikan isu. Minum, hilangkan dahaga lepas tu sudah. Banyak lagi isu yang lebih besar untuk dikecohkan. Terutama kenapa kau makan sambil berdiri. Aaaaa gituuu... Abaikan dulu. Dekat bawah ni ada jenis tin dan botol yang sangat cool beans pada aku. Design dia sangat cantik tapi dah semestinya takda jual dekat pasaran Malaysia. Mana nak dapat kan tin yang jenis separuh ni. Bertuahlah kalau ada. Aku bukan pengumpul barang coca-cola, tapi aku tahu jugaklah ada setengah orang tu dia siap kumpul berjenis-jenis barang coca-cola, tak kira sama ada tin ke, botol ke, baju ke.. asalkan coca-cola. Dah nama pun minat kan. Kalau kau boleh minum air coke 1.5L sekali teguk sampai paras bawah lebel merah tu, aku anggap kau memang manusia awesome. Tapi aku percaya, kau takkan mampu. Ehem ehem... Gas air coca-cola ni pekat dia lain macam sikit kalau nak d...

Skyfall 007 James Bond

Image
Semalam layan cerita double O ni. Sumpah tak best. Cerita kartun Kluang Man lagi best kot. Booo Best tahap cipan bercantum dengan unicorn kot skyfall ni. Tak senang duduk kau dibuatnya sebab perut memulas (ok ini tipu). Pada aku dari Daniel Craig ni berlakon sebagai 007 dalam Casino Royale, Quantum of Solace, dan yang terbaru ni Skyfall memang dah dasyat dah. Sebab badan dia sasa nak mampos. Bond yang dulu-dulu tu, badan dorang biasa-biasa je.  Aku bagi 4 dari 5 bintang cerita Skyfall ni sebabnya watak Q bukan aku tapi dia pergi ambil Ben Whishaw si mamat yang berlakon dalam cerita Perfume: The Story of a Murderer. Biasanya watak Q tua dari watak Bond tapi kali ni muda gila kentang. Aku hampir-hampir dapat watak ni masa casting dulu tapi atas sebab tertentu... Takpelah malas nak cerita. Yang dah lepas, lepaslah. Usah dikenang-kenang. Pape pun Skyfall memang best dari Kluang Man. Ini memang fakta yang tak dapat disangkal. Ehhh ada cerita Rise of the Guardians lah. Dah lah k...

Frankenweenie

Image
                  Kali terakhir aku kunjung ke pawagam bila nonton cerita Frankenweenie. Lepas tu tiada lagi dah. Bukan takda masa tapi banyak benda best yang aku boleh buat selain daripada nonton wayang. Cerita ni hitam putih. Aku mula-mula pun tak tahu, tengok masa tu pun main belasah je. Sudahnya tercengang 39 saat jugalah sebab "awat takda kaler ceta ni?" lulz. Yang paling best pasal cerita ni sebab lagu.. Ye lagu yang ada dalam cerita ni buat aku terbuai-buai tak tentu pasal. Serius kata punya yang lagu tu memang buat aku rasa "Hei kau dan aku memang ditakdirkan bersama bukan?" Main suka hati aku je. Ala lagipun cinta itu memang pelik bukan? Kalau tak pelik bagaimana kau boleh suka seseorang tu yang kau tak kenal. Tak ke pelik bunyinya. Nah lagu Strange Love by Karen O.                      

Hidup Berpasangan

Bila kau berteman, maksud aku sama ada sudah kahwin atau belum. Dan maksud aku lagi, ni bukan berteman lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan. Ni jenis berteman yang berlainan jantina. Pondan dengan tomboi ke. Lebih kurang macam gitulah. Kadang-kadang dalam hidup ni kau sendiri rasa bosan dengan pasangan kau sendiri sebabnya kau dan pasangan kau melalui rutin hidup yang sama setiap kalikannya hari-harinya. Balik-balik benda yang sama. Naik muak diri kau sendiri dan diri pasangan kau tu sendiri tapi masing-masing senyap je. Pura-pura macam takda pape yang berlaku. Inilah masalahnya. Bila sampai satu tahap rasa bosan yang tak dapat dibendung, mulalah jadi kisah lain. Kisah apa? Kisah tauladan. Fikirlah sendiri. Hidup berpasangan ni kena ada skill menambat hati pasangan. Kau tak boleh nak tunggu hari ulang tahun perkahwinan, ataupun hari jadi masing-masing setiap tahun. Kena lebih kreatif. Lebih berdaya saing antara satu sama lain tanpa perlu bermusuhan. Barulah har...

Serigala Peliharaan

Image
Kalau ditanya haiwan apa aku nak bela, aku akan jawab Serigala. Aku suka serigala sebab ianya bukan anjing dan kucing. Boleh jawapan macam ni? Ok, serigala ni sebab dia garang. Kena dengan perangai aku yang tak garang. lulz. Tapi kalau dapat bela Siberian Husky pun ok jugak.  Kalau ada serigala dekat Malaysia ni, memang aku dah bela dah. Serigala ni tangkas. Bulu dia pun lebat. Aku suka. Kalau letak depan rumah, pencuri nak masuk pun fikir tiga puluh sembilan kali. Muka serigala ni bengis. Tapi hati baik. Macam mana aku tau? Firasat aku kata serigala ni baik jika dengan tuan dia jelah. Aku pun rasa kalau serigala ni ada dekta Malaysia dan ianya macam haiwan peliharaan seperti kucing dengan anjing tu, pasti ramai yang bela. Pasti punyalah. Mungkin sebab faktor cuaca rasanya yang serigala ni tak bape nak ada dekat iklim seperti Malaysia ni. Pape pun, serigala tetap haiwan pilihan pertama aku. Sumber

The 3rd Of September

Image
Hidup ni kadang-kadang perlukan satu jiwa, satu hati, satu tempat, ibarat sang pertapa di dalam gua yang cekal sorang-sorang menuntut ilmu jiwa kacau nasib sendiri. Zehahaha.. Tak banyak yang berlaku sangat hari ni kecuali tarikh lahir aku sama dengan kartun Doraemon tu, nasib tak sama dengan Nobita. lulz.. Ikutkan aku nak turun Melaka perkena Alien Big Apple tapi memandangkan minggu depan dah balik Shah Alam, rasa-rasanya dapatkan dekat sana aje dah betul. Dekat sikit dengan rumah. Nafsu makan masih boleh dikawal lagi. Cuma kadang-kadang tewas juga bila masuk bab-bab coklat ni. Secara serabutnya, aku pun tak pasti nak menghiburkan hati aku sendiri ni dengan apa pada hari bersejarah aku ni. Fikir punya fikir punya fikir, aku nekad untuk memanjakan lidah, tekak dan perut dengan al makanan al tak berkhasiat ini. Biasanya memang begini kalau aku menghargai diri sendiri. Dah penat-penat berkerja, tak salah kalau nak mengada-ngada untuk diri sendiri. Cuma kali ni bukan penat berkerja tapi.....

Keingginan Ezhar

Salam Angkasaraya. Kali terakhir aku duk cerita pong pang pong pang dekat blog ni, aku sendiri tak ingat bila. Malas  Sibuk sikit katakan. Mood tu macam matahari. Sentiasa ada tapi bila dikacau awan gelap, matahari yang besar tu pun tak dapat nak cairkan awan dilangit. Maka mood yang ada tu pun sama juga sifatnya. Diganggu sifat malas. Entah apa benda entah aku punya teori. Serupa kulit duku yang tunggu nak dibuang dalam tong sampah. Apa benda yang seseorang tu inginkan dalam hidup dia? Aku? Orang mesti sangka aku tak lain tak bukan mesti coklat.  Ye memang aku suka coklat, tak dinafikan. Kau umpan aku coklat, mesti aku layu dipukau. lulz. Mehhh... ada benda yang aku inginkan, sangat-sangat inginkan tapi aku tak pernah kongsi dengan sesiapa kecuali diri aku sendiri. Walaupun rapat macam manapun kita dengan seseorang, tak semua rahsia kita harus kongsikan. Tak semua. Ramai orang tau aku suka coklat dan tak kurang juga yang gemar bagi aku coklat. Itu tandanya aku telah ...

Taman Negara Johor Gunung Ledang

Image
Puteri mana yang masyur? Puteri Gunung Ledang! Aktiviti kali ni lebih kepada santai. Kalau sebelum ni dua kali mendaki ke puncak atas Gunung Ledang, yang ini mandi manda dengan riang seloka. Dan sebelum ni juga kebiasaannya mandi di kawasan Air Terjun Gunung Ledang, untuk kelaianan menukar aktiviti mandi manda di Taman Negara Johor Gunung Ledang. Kalau sebelum ni masuk tidak dikenakan bayaran. Pelik juga sebab kali ni setiap kepala dikenakan bayaran. Haha sampai bila nak bagi masuk percumakan. Ada harga di bawah tu. Bandingkanlah sendiri sama ada keterlaluan ataupun tidak. Yang pasti, aktiviti mandi manda ni memang berbaloi. Siapa je tak suka mandi air terjunkan. Kecuali lemas je orang akan tak berasa gembira. So enjoice!  

Salam Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

Image
Jom beraya. Tahun ni beraya dalam keadaan kesederhanaan. Sederhana dari segi permakanan sehingga perut menjadi bintat toroi.  Makan sana sini, setiap masa makan selagi nampak makanan tu di depan mata. Apa boleh buat, negara mewah dengan bermacam-macam makanan. Inilah kesederhanaan. Lulz. Takda apa nak coret. Nak coret itu ini pun tak larat sebab perut dah kembung. Jizzz apa kaitan perut kembung dengan jari jemari? Alasan mehh.. Ok lah letak gambar banyak, dalam setiap gambar menceritakan sejuta cerita. Dengan ini saya mengakhiri ucapan : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN