Aneh Siang Buat Aku
Siang tadi aku duduk diam-diam di atas kerusi tanpa berbuat apa-apa hampir 7 minit. Aku perhatikan pen yang begitu banyak tersusun rapi di atas meja. Lama aku menungkan tanpa memikirkan apa-apa. Menungkan kosong. Bosan yang dibiarkan, aku capai sebatang pen dan mencapai kertas yang ada di dalam beg.
Aku mula menconteng dan terus menconteng. Lama kelamaan kertas tu menjadi buruk. Aku terfikir sesuatu, sesuatu yang tak disengajakan. Kenapa aku harus menconteng sekiranya aku boleh mewarna. Ahhhh tiada pencil warna berhampiran aku.
Akhirnya aku memilih untuk menulis sesuatu. Sesuatu yang sungguh indah bunyinya pada aku tapi tidak pada insan lain. Beberapa rangkap aku coretkan, aku kira ianya cukup buat aku tersenyum keseorangan. Puas membaca berulang kali, aku renyukkanya menjadi gumpal dan buangnya ke dalam tong sampah.
Begitulah pengakhiran kertas itu. Dulu bila tulis begitu, aku lipat-lipatnya kemas dan selitkan di mana-mana buku yang ada berhampiran. Sehingga boleh terlupa akannya. Kini, ianya sekadar suka-suka yang tidak mahu lagi disimpan untuk dikenang.
Tanpa sedar aku berkata perlahan seorang diri di dalam bilik sunyi itu,
"Sakitnya leher aku ni, mana dia pergi"
Aku sendiri tidak tahu apa maksud akan ayat aku ini.
Selamat malam kalian. Semoga mimpi indah.
Comments
oh. sama! haha.