Nota Dariku Buat Diriku

Bulan itu indah sebabnya mudah, segala ciptaan Allah itu indah. Cuma manusia yang menilainya mengikut persepsi masing2 sama ada mahukan sesuatu itu nampak cantik ataupun hodoh. Kalau diberi peluang tinggal di bulan dengan kadar oksigen sama seperti di bumi, nescaya manusia berebut2 untuk menduduki bulan walaupun terpaksa mengeluarkan berbillion wang. Rakus bukan?

Tinggalkan apa yang ada pada keindahan bulan, balik kepada realiti kehidupan. Realiti yang banyak baik buruknya, realiti yang banyak manis masamnya. Berbagai2 lagi perumpamaan yang boleh disertakan. Senang congak, inilah kehidupan yang ada di atas muka bumi. Bumi ini adil, bumi ini tetap pada paksinya cuma manusia yang menjadikan bumi nampak tidak adil, tidak pada paksinya mengikut nafsu buas masing2.

Barangkali manusia itu merasakan bumi ini tempat tinggal untuk dirinya selama-lamanya. Lupakah yang kita cuma menumpang sementara, lupakah yang tempat ini cuma destinasi persinggahan mengumpul segala amalan baik untuk dibawa bekal kelak. Banyak lupa manusia ini. Atas dasar banyak lupa jugalah, manusia alpa yang diri mereka turut mengumpul amalan 'busuk' untuk di bawa bersama2 kelak.

Tidak dapat tidak, diri susah untuk mengelak dari membuat sama ada perkara baik mahupun tidak baik. Kalau ada baiknya, pasti ada syaitannya yang kerja harian mereka mahu menyesatkan. Manusia mempunyai tugas, maka tidak hairan syaitan juga ada tugasnya. Sama2 bertugas dengan matlamat yang berbeza. Yang cekal pasti berjaya, yang lemah? Ini bukan alasan.

Sudah, esok lusa.. sama ada bumi mahupun bulan pasti akan lenyap. Manusia itu sendiri juga akan lenyap. Tiada yang kekal abadi di muka bumi ini. Ingat ini sudah memadai. Nescaya diri kita tak akan terkabur mahu mengejar itu dan ini yang sia2 selama ini. Peringatan buat diri yang lemah ini. Wassalam~

Comments

Popular posts from this blog

Ezqir Dan Qisyah

Silverchair - Miss You Love

Gunung Ledang Tangkak