Posts

Bukit Tabur Taman Melawati

Image
Kelmarin Ahad ada mendaki Bukit Tabur dekat Taman melawati sana. Saje isi masa lapang. Ingatkan nak isi masa lapang dengan pergi muzium tapi tulah.. Mendaki juga yang dipilih. Kejup kejup.. Pergi Muzium? Biasalah budak skema macam aku memang suka pergi muzium. Kbai. Ini percubaan pertama aku sebenarnya naik Bukit Tabur. Ala lagipun dah lama sangat tak mendaki. So lepaskan gian sekali sekala apa salahnya. Pergi memanjat pun berdua je. Ingat lepas ni nak pergi lagi, nak habiskan apa yang ditinggalkan dekat Bukit Tabur ni. Secara pukul rata, kira ok lah Bukit Tabur ni. Taklah tinggi sangat. Kalau laju sejam setengah ke dua jam sampailah. Laluan pendakian kebanyakkan berbatu. Nasihatnya hati-hati. Kalau jatuh terhentak kepala dulu, bikin naya je. Yang pasti gembira bila dapat mendaki!

Tahukah Anda

Deras tapak melangkah. Tanah sendiri pun rasa bingung bila terkena hentakkan yang begitu. Bukan mahu tergesa-gesa tapi sudah terpaksa bagi mengelak diri dari terlambat menjadi manusia yang ketinggalan dalam mendapatkan objek biru itu. Acap kali bila tiba saja yang baru, lekas-lekas manusia berebut-rebut hingga tiada nilai kemanusiaan dalam diri.... Tahukan anda manusia tidak akan mati sekiranya tidak menjamah nasi berhari-hari lamanya. Manusia itu cuma bersikap mengada dan songeh yang terlebih. Tahukan anda air yang dibawa bersama-sama dari rumah dapat membuatkan anda menabung sekurang-kurangnya dua ringgit sehari. Tahukah anda bila marah menguasai diri, orang disekeliling anda itu kelihatan seperti seekor semut. Tahukah anda orang yang buta masih mampu memandu kereta kerana orang tersebut cuma buta sebelah mata sahaja. Tahukah anda berfikir itu sesuatu benda yang sukar dan segelintir saja yang suka akannya. Tahukan anda yang saya cuma buang masa di sini untuk ...

Silverchair - Miss You Love

Image
Millionaire say Got a big shot deal And thrown it all away but But i'm not too sure How i'm supposed to feel or what i'm supposed to say But i'm not, not sure Not too sure how it feels To handle every day And i miss you love Make room for the prey 'Cause i'm coming in With what i wanna say but It's gonna hurt And i love the pain A breeding ground for hate but.. I'm not, not sure Not too sure how it feels To handle everyday Like the one that just past In the crowds of all the people Remember today I've no respect for you And i miss you love And i miss use love I love the way you love But i hate the way I'm supposed to love you back It's just a fad Part of the teenage angst brigade and I'm not, not sure Not too sure how it feels To handle everyday Like the one that just past In the crowds of all the people

Coca-Cola

Image
Aku memang pengemar air Coca-Cola. Tak tahu nak buang ketagihan ni macam mana. Lagipun aku cuma nak minum je. Benda lain itu bukan halnya nak dijadikan isu. Minum, hilangkan dahaga lepas tu sudah. Banyak lagi isu yang lebih besar untuk dikecohkan. Terutama kenapa kau makan sambil berdiri. Aaaaa gituuu... Abaikan dulu. Dekat bawah ni ada jenis tin dan botol yang sangat cool beans pada aku. Design dia sangat cantik tapi dah semestinya takda jual dekat pasaran Malaysia. Mana nak dapat kan tin yang jenis separuh ni. Bertuahlah kalau ada. Aku bukan pengumpul barang coca-cola, tapi aku tahu jugaklah ada setengah orang tu dia siap kumpul berjenis-jenis barang coca-cola, tak kira sama ada tin ke, botol ke, baju ke.. asalkan coca-cola. Dah nama pun minat kan. Kalau kau boleh minum air coke 1.5L sekali teguk sampai paras bawah lebel merah tu, aku anggap kau memang manusia awesome. Tapi aku percaya, kau takkan mampu. Ehem ehem... Gas air coca-cola ni pekat dia lain macam sikit kalau nak d...

Skyfall 007 James Bond

Image
Semalam layan cerita double O ni. Sumpah tak best. Cerita kartun Kluang Man lagi best kot. Booo Best tahap cipan bercantum dengan unicorn kot skyfall ni. Tak senang duduk kau dibuatnya sebab perut memulas (ok ini tipu). Pada aku dari Daniel Craig ni berlakon sebagai 007 dalam Casino Royale, Quantum of Solace, dan yang terbaru ni Skyfall memang dah dasyat dah. Sebab badan dia sasa nak mampos. Bond yang dulu-dulu tu, badan dorang biasa-biasa je.  Aku bagi 4 dari 5 bintang cerita Skyfall ni sebabnya watak Q bukan aku tapi dia pergi ambil Ben Whishaw si mamat yang berlakon dalam cerita Perfume: The Story of a Murderer. Biasanya watak Q tua dari watak Bond tapi kali ni muda gila kentang. Aku hampir-hampir dapat watak ni masa casting dulu tapi atas sebab tertentu... Takpelah malas nak cerita. Yang dah lepas, lepaslah. Usah dikenang-kenang. Pape pun Skyfall memang best dari Kluang Man. Ini memang fakta yang tak dapat disangkal. Ehhh ada cerita Rise of the Guardians lah. Dah lah k...

Frankenweenie

Image
                  Kali terakhir aku kunjung ke pawagam bila nonton cerita Frankenweenie. Lepas tu tiada lagi dah. Bukan takda masa tapi banyak benda best yang aku boleh buat selain daripada nonton wayang. Cerita ni hitam putih. Aku mula-mula pun tak tahu, tengok masa tu pun main belasah je. Sudahnya tercengang 39 saat jugalah sebab "awat takda kaler ceta ni?" lulz. Yang paling best pasal cerita ni sebab lagu.. Ye lagu yang ada dalam cerita ni buat aku terbuai-buai tak tentu pasal. Serius kata punya yang lagu tu memang buat aku rasa "Hei kau dan aku memang ditakdirkan bersama bukan?" Main suka hati aku je. Ala lagipun cinta itu memang pelik bukan? Kalau tak pelik bagaimana kau boleh suka seseorang tu yang kau tak kenal. Tak ke pelik bunyinya. Nah lagu Strange Love by Karen O.                      

Hidup Berpasangan

Bila kau berteman, maksud aku sama ada sudah kahwin atau belum. Dan maksud aku lagi, ni bukan berteman lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan. Ni jenis berteman yang berlainan jantina. Pondan dengan tomboi ke. Lebih kurang macam gitulah. Kadang-kadang dalam hidup ni kau sendiri rasa bosan dengan pasangan kau sendiri sebabnya kau dan pasangan kau melalui rutin hidup yang sama setiap kalikannya hari-harinya. Balik-balik benda yang sama. Naik muak diri kau sendiri dan diri pasangan kau tu sendiri tapi masing-masing senyap je. Pura-pura macam takda pape yang berlaku. Inilah masalahnya. Bila sampai satu tahap rasa bosan yang tak dapat dibendung, mulalah jadi kisah lain. Kisah apa? Kisah tauladan. Fikirlah sendiri. Hidup berpasangan ni kena ada skill menambat hati pasangan. Kau tak boleh nak tunggu hari ulang tahun perkahwinan, ataupun hari jadi masing-masing setiap tahun. Kena lebih kreatif. Lebih berdaya saing antara satu sama lain tanpa perlu bermusuhan. Barulah har...