Bowling Ramadhan
Hari tu suku bosan, jadinya turun bangi dengan hajat mahu bersahur dan berbuka di sana mengikut kehendak hati yang meronta-ronta. Rancangan dibuat pagi dan terus redah malamnya. Kira main terjah je ni. Nak dijadikan cerita yang tak berapa nak cerita bila jelma keesokkan harinya, pergilah The Mines berjalan-jalan menggunakan sepasang kaki yang ada ni. Yang menghampakan bila perasaan diri mahu menonton Bourne Legacy namun TGV tak ambil pulak movie ni. Hampeh kan kan....... Sudahnya tersangkut main boling. Pun boleh.. Gambar sahur di mamak sambil mempelahap nasi goreng ayam dan berbuka capati ke apa benda di mamak juga ketiadaan. Mulanya mahu berbuka pecel lele di gerai tidak kesampaian. Penuh baq hang. Nak taknak tapau sudah. Dekat mamak waktu berbuka tu, berjamukan choki-choki sementara sampai capati menanti sabar. lulz.. Yang pasti dorang semua dapat melepaskan perasaan ngidam pecel lele. Aku tak bape sangat dengan pecel lele ni. Aku layan je. hewhewhew..