Posts

Ezqir Dan Qisyah (Part 4)

Di dalam perjalanan pulang, Ezqir secara kebetulan terserempak dengan Zeriuk dan Fitisyah iaitu ayah dan ibu kepada Qisyah. Ezqir mengambil keputusan untuk mengikuti Zeriuk dan Fitisyah dengan alasan untuk menggembirakan hatinya sendiri tanpa sebab. Ezqir mengekori sama mengikut mereka berdua masuk ke dalam sebuah kedai. Tanpa bertegur sapa, Ezqir dengan tenang berdiri berhampiran mereka dan memasang telinga. Dengan keadaan kedai hadiah yang begitu ramai pengunjung, membuatkan Ezqir tidak disyakki oleh Zeriuk dan isterinya. Lagipun ibu bapa Qisyah sendiri belum pernah berjumpa dengan Ezqir secara bertentang mata. Maka tidak hairan sekiranya lelaki yang berdiri berhampiran mereka itu seperti pengunjung-pengunjung lain yang masuk ke kedai itu untuk membeli hadiah seperti mereka. Ezqir cuba mengamati setiap butir perbualan mereka berdua namun tidak jelas dan Ezqir mengambil langkah berani untuk menghampiri mereka dengan lebih rapat lagi demi mengetahui segala perbualan mereka. Setelah be...

Pentingkan Diri

Image
Sumber gambar Kadang-kadang dalam hidup ni kau harus pentingkan diri sendiri walau kena caci maki macam mana sekalipun. Sampai bila nak biarkan diri tu dipijak sentiasa. Ni bukan zaman, takpe.. takpe.. Sikit-sikit takpe. Ni zaman kau tak berhati-hati, kau boleh pergi mati. (sila baca dengan emosi yang terkawal). Bukan apa, kita kalau buat baik, mulalah orang ambil kesempatan. Sekarang ni bila orang buat silap sikit, biar kita ambil kesempatan akan kesilapan orang tu. Jangan bagi muka terus. Nanti kalau bagi muka, kita ni nak guna muka apa? Pakai topeng? Ni nak ingatkan, kalau hati tu lembik.. Jangan nak ada hati tunjuk gagah tak kena pada tempatnya. (peringatan je). So berbalik pada pentingkan diri, tak rugi sebenarnya kalau bersikap macam gini. Ianya rugi bila kita nak jaga hati dan perasaan orang lain tapi hati kita ni siapa pula nak jaga? Diri sendirilah yang patut jaga. Jangan takut nak guriskan perasaan orang lain asalkan ianya jujur-jujur belaka. Buat apa jaga hati dan ...

Di Mana Kebahagiaan

Image
  Mencari kebahagiaan itu macam mencari... Apa ayat yang sesuai untuk digambarkan ye? Aku rasa ianya seolah-olah kau mencari bayangan kau sendiri tapi kau sama sekali tidak dapat menyentuhnya. Sedih bukan bila ini terjadi. Kau rasakan kebahagiaan itu sudah benar-benar berada dalam kehidupan kau tapi lama-lama baru kau perasan yang kebahagiaan itu adalah kepura-puraan yang kau sendiri cipta selama ini. Kau ciptanya untuk menunjukkan yang diri kau mampu mengawal segalanya. Ahhh'... pendek benar akal kau itu mahu menandingi benda yang tak mampu kau 'beli' tapi kau teguhkan hati untuk percaya yang kau mampu mengawal kebahagiaan itu. Penghujungnya kau menyesal kerana cuba membina sesuatu yang tak sepatutnya. Cara kau membina itu sudah tentu salah sama sekali, kenapa kau percaya yang kebahagiaan itu mampu kau dapatkan dengan memaksa diri sendiri ke dalamnya. Kebahagiaan itu bukan pintu yang membolehkan kau  mampu keluar dan masuk sesuka hati. Kebahagiaan itu tidak memerluk...

Kawan Jangan Biarkan Kawan Mu Itu

Image
Hei apa itu kawan? Aku tertanya-tanya apa itu kawan kalau nak dibandingkan dengan sahabat dan juga teman. Apa bezanya? Ada macam-macam versi yang ramai orang andaikan mengikut selera masing-masing. Aku pun tak terkecuali juga, cuma aku rasa hidup ni perlu ada kawan walaupun cuma seorang saja. Biar kawan itu berpisah jauh sekalipun dari mata tapi sentiasa dekat di hati. Ini lebih bermakna. Aku tersentuh sejak akhir-akhir ni bila berbicara perihal kawan. Hidup aku di Shah Alam bagaikan seorang diri yang terdampar di padang pasir tapi di sebalik luasnya padang pasir itu ada perkara yang buat aku benar-benar menagis dalam hati kecil. Ye ye.. aku suka berkawan tanpa mengharapkan apa-apa balasan, lebih-lebih lagi berkenaan perasaan hati. Aku tak suka kalau ianya dicampur adukkan. Ini mungkin aku boleh cerita dikemudian hari. Apa kau akan buat bila kau dalam kesusahan tapi kawan kau menolong kau dengan pertolongan yang tak pernah kau jangka. Sama sekali kau tak menjangkakannya seh...

4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012

Image
Bulan Mac 2012 buat kali ke-4 telah diadakan Putrajaya International Hot Air Balloon Festival yang dah pastinya bertempat di Putrajaya itu sendiri. 15hb sehingga 18hb iaitu hari ini merupakan hari yang terakhir. Aku berkesempatan pergi ke sini untuk merasai cakap-cakap orang ramai yang mengatakan ianya satu benda yang tak harus dilepaskan untuk dilihat. Pengalaman pertama kali ke sini sudah pastinya membuatkan diri aku teruja serba sedikit. Pada awal perancangan untuk menaiki belon itu sendiri. Mengikut apa yang diberitahu oleh kawan aku, harganya cuma RM10 sahaja. Murah bukan. Tapi bila aku sampai ke sini, orang ramai dah beratur seawal jam 2 petang untuk mendapatkan tiket sedangkan kaunter dibuka pada jam 4.30 petang. So aku mengambil keputusan untuk tidak mahu beratur dan ini secara tidak langsungnya menafikan misi utama aku datang ke sini. Mungkin boleh cuba lagi pada tahun mendatang. Aku sebenarnya bukanlah peminat tegar Pesta Belon ini sendiri. Aku lebih teruja kalau...

Giant Manta Ray Fish

Image
Sumber Gambar Besar ya alam ikan pari ni tapi tak pelik ke kalau orang yang dalam gambar ni bukan nelayan. Dorang siap pakai topi keselamatan lagi. Ini bukan kaki pancing ni. Korang tengok pun dah tau siapa perkerja-perkerja ni semua. Dorang dapat Giant Manta ni pun secara kebetulan je. Aku rasa ikan pari ni rasanya mesti tak sedap. Biasanya kalau ikan besar-besar macam ni rasanya mesti semacam. Entah~ tapi aku suka je makan shark fin soup. yummy yummy.

Baseball Di Hatiku

Image
  Aku minat sukan. Lebih-lebih lagi sukan bola sepak tapi sejak aku kenal apa itu sukan baseball 5 tahun lepas, terus sukan baseball ni terpahat no 1 dalam diri aku. Bola aku singkirkan dengan letak no 2 walaupun aku ni penyokong tegar Manchester United. Apa kaitan? Dulu aku minat Manchester United, sekarang pun minat juga tapi aku terpaksa minatkan New York Yankees daripada Manchester United. Pape pun GGMU. Sebab aku minat baseball jugaklah, aku pernah sekali je main baseball ni. LOL. Bukan apa, dekat Malaysia ni celah mana je kau nak jumpa sukan baseball? Softball tu adalah tapi.. entahlah.. Baseball lagi best dari softball kot. Bola dia pun kecik je. Nak pukul kena ada skill. Mana dapat skill tu? Dekat darah yang mengalair deras dalam urat-urat badan tu lah. Gambar dekat atas ni masa dekat One Utama (OU) ritu. Kawan aku yang bawak pergi sini. Mulanya aku tak tau pun ada main pukul-pukul bola baseball dekat atas OU ni. Bila dapat tau, nak suruh aku tunggu lagi. Memang ...