Pentingkan Diri
Sumber gambar Kadang-kadang dalam hidup ni kau harus pentingkan diri sendiri walau kena caci maki macam mana sekalipun. Sampai bila nak biarkan diri tu dipijak sentiasa. Ni bukan zaman, takpe.. takpe.. Sikit-sikit takpe. Ni zaman kau tak berhati-hati, kau boleh pergi mati. (sila baca dengan emosi yang terkawal). Bukan apa, kita kalau buat baik, mulalah orang ambil kesempatan. Sekarang ni bila orang buat silap sikit, biar kita ambil kesempatan akan kesilapan orang tu. Jangan bagi muka terus. Nanti kalau bagi muka, kita ni nak guna muka apa? Pakai topeng? Ni nak ingatkan, kalau hati tu lembik.. Jangan nak ada hati tunjuk gagah tak kena pada tempatnya. (peringatan je). So berbalik pada pentingkan diri, tak rugi sebenarnya kalau bersikap macam gini. Ianya rugi bila kita nak jaga hati dan perasaan orang lain tapi hati kita ni siapa pula nak jaga? Diri sendirilah yang patut jaga. Jangan takut nak guriskan perasaan orang lain asalkan ianya jujur-jujur belaka. Buat apa jaga hati dan ...