Pages

Friday, 4 July 2014

World Cup - Netherlands KNVB



Bercakap pasal Piala Dunia 2014, Holland kali ni kelihatan seperti club Manchester United yang dibenci para peminat bolasepak gara-gara Van Gaal. Dengan menggunakan teori apa pun aku sendiri tak dapat nak kupas kenapa nak kaitkan sebuah kelab dan sebuah pasukan negara. Blerghhhh...

Tempoh hari semasa aku kusyuk layan perlawanan antara Holland vs Mexico, bukan main brother sebelah sorak tika mana Mexico merobek gawang Holland. Dan tak semena-mena keluar ayat keramat dari mulut longkang dia "Aku benci gila Man U, aku harap game ni Belanda kalah".

Dalam hati aku apa kaitanlah lancau brother sebelah ni. Kau ni tengok World Cup atau tengah tengok EPL. Lepas tu mulalah keluar teori dia yang bukan-bukan. Dari kelucuan mulut dia tu, aku cuma mengagak dia ni memang pembenci Man U dan fan Spain yang pulang awal.

Lepas je Holland menjaringkan gol disebabkan kepintaran Wesley Sneijder, bergema sorakkan aku dan abang sebelah yang mana cuma dua orang je yang sokong pasukan oren masa match tersebut. Tepat jangkaan aku, brother poyo yang beriya-iya nak Holland kalah tu, terus angkat kaki dan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Mental barangkali.

Aku cuma berharap Piala Dunia kali ini, Holland dapat ke perlawanan akhir sekali lagi. Tunggu dan lihat. Bola itukan bulat. Boleh bergolek-golek ikut suka hati je ke arah gawang gol mana dia nak pergi. Pape pun Hup Holland Hup! 

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...