Pages

Friday, 31 May 2013

Bukit Tabur Taman Melawati

Kelmarin Ahad ada mendaki Bukit Tabur dekat Taman melawati sana. Saje isi masa lapang. Ingatkan nak isi masa lapang dengan pergi muzium tapi tulah.. Mendaki juga yang dipilih. Kejup kejup.. Pergi Muzium? Biasalah budak skema macam aku memang suka pergi muzium. Kbai.

Ini percubaan pertama aku sebenarnya naik Bukit Tabur. Ala lagipun dah lama sangat tak mendaki. So lepaskan gian sekali sekala apa salahnya. Pergi memanjat pun berdua je. Ingat lepas ni nak pergi lagi, nak habiskan apa yang ditinggalkan dekat Bukit Tabur ni.

Secara pukul rata, kira ok lah Bukit Tabur ni. Taklah tinggi sangat. Kalau laju sejam setengah ke dua jam sampailah. Laluan pendakian kebanyakkan berbatu. Nasihatnya hati-hati. Kalau jatuh terhentak kepala dulu, bikin naya je. Yang pasti gembira bila dapat mendaki!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...