Pages

Friday, 23 November 2012

Skyfall 007 James Bond

Semalam layan cerita double O ni. Sumpah tak best. Cerita kartun Kluang Man lagi best kot. Booo Best tahap cipan bercantum dengan unicorn kot skyfall ni. Tak senang duduk kau dibuatnya sebab perut memulas (ok ini tipu). Pada aku dari Daniel Craig ni berlakon sebagai 007 dalam Casino Royale, Quantum of Solace, dan yang terbaru ni Skyfall memang dah dasyat dah. Sebab badan dia sasa nak mampos. Bond yang dulu-dulu tu, badan dorang biasa-biasa je. 

Aku bagi 4 dari 5 bintang cerita Skyfall ni sebabnya watak Q bukan aku tapi dia pergi ambil Ben Whishaw si mamat yang berlakon dalam cerita Perfume: The Story of a Murderer. Biasanya watak Q tua dari watak Bond tapi kali ni muda gila kentang. Aku hampir-hampir dapat watak ni masa casting dulu tapi atas sebab tertentu... Takpelah malas nak cerita. Yang dah lepas, lepaslah. Usah dikenang-kenang.

Pape pun Skyfall memang best dari Kluang Man. Ini memang fakta yang tak dapat disangkal. Ehhh ada cerita Rise of the Guardians lah. Dah lah kelmarin terlepas nak tengok Hotel Transylvania. Entah apa punya nasib agaknya. Suka juga aku ni rupanya tengok cerita kartun. Haha...Ala cerita kartun ni memudakan jiwa. Nanti dah ada anak, taklah kekok. Uiksss ke sini pulak. SKYFALL!!!



Wednesday, 21 November 2012

Frankenweenie


                 
Kali terakhir aku kunjung ke pawagam bila nonton cerita Frankenweenie. Lepas tu tiada lagi dah. Bukan takda masa tapi banyak benda best yang aku boleh buat selain daripada nonton wayang. Cerita ni hitam putih. Aku mula-mula pun tak tahu, tengok masa tu pun main belasah je. Sudahnya tercengang 39 saat jugalah sebab "awat takda kaler ceta ni?" lulz.

Yang paling best pasal cerita ni sebab lagu.. Ye lagu yang ada dalam cerita ni buat aku terbuai-buai tak tentu pasal. Serius kata punya yang lagu tu memang buat aku rasa "Hei kau dan aku memang ditakdirkan bersama bukan?" Main suka hati aku je. Ala lagipun cinta itu memang pelik bukan? Kalau tak pelik bagaimana kau boleh suka seseorang tu yang kau tak kenal. Tak ke pelik bunyinya. Nah lagu Strange Love by Karen O.

                     

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...