Pages

Friday, 26 October 2012

Hidup Berpasangan

Bila kau berteman, maksud aku sama ada sudah kahwin atau belum. Dan maksud aku lagi, ni bukan berteman lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan. Ni jenis berteman yang berlainan jantina. Pondan dengan tomboi ke. Lebih kurang macam gitulah.

Kadang-kadang dalam hidup ni kau sendiri rasa bosan dengan pasangan kau sendiri sebabnya kau dan pasangan kau melalui rutin hidup yang sama setiap kalikannya hari-harinya. Balik-balik benda yang sama. Naik muak diri kau sendiri dan diri pasangan kau tu sendiri tapi masing-masing senyap je. Pura-pura macam takda pape yang berlaku. Inilah masalahnya. Bila sampai satu tahap rasa bosan yang tak dapat dibendung, mulalah jadi kisah lain. Kisah apa? Kisah tauladan. Fikirlah sendiri.

Hidup berpasangan ni kena ada skill menambat hati pasangan. Kau tak boleh nak tunggu hari ulang tahun perkahwinan, ataupun hari jadi masing-masing setiap tahun. Kena lebih kreatif. Lebih berdaya saing antara satu sama lain tanpa perlu bermusuhan. Barulah hari-hari yang dilalui tu nampak macam baru pertama kali kenal. Macam baru kena ngurat. Asyik terbayang muka si dia je walaupun hakikatnya dah bersama berabad lamanya.

Kau kalau ada duit lebih, jangan kedekut nak menghargai pasangan. Jangan asyik keluar je tengok wayang, makan McDonald, shopping untuk diri sendiri je. Tak bosan ke? Dah tau shopping ajak pasangan, belanja lah dia sebarang sehelai dua helai baju ataupun seluar. Sekali sekala tu kau keluar dengan pasangan kau, pura-puralah nak belikan pape untuk adik ke, kawan ke, saudara mara ke, nanti dah bayar.. Kau cakaplah 'Ni saya beli untuk awak'. Tak ke terkejut babun pasangan kau bila dapat hadiah. Tak kisahlah tshirt pagoda sekalipun. Haha...

Jangan nak tunggu hari ulang tahun sekian-sekian baru nak bagi hadiah. Ini macam punya perangai, baik kau hidup sorang-sorang. Asal tiba harijadi kau je, kau belilah hadiah untuk diri sendiri. Haha.. Ok kalau dah nama pun hidup berpasangan kan. Nak best lagi, bila rasa hujung minggu tu nak makan angin.. Pergi je main redah tapi pastikanlah duit tu ada. Jangan nak tunggu bonus hujung tahun baru nak pergi makan angin. Setahun tu ada 365 hari tu. Sebaik-baiknya, setahun tu tiga kali makan anginlah. Melabur ringgit sikit apa salahnya. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk pasangan dan diri sendiri.

Yang pasti pandai-pandai diri sendirilah nak buat macam mana pun. Asal pasangan kau tak kisah kalau buat benda yang sama je dalam masa setahun, lima tahun, sepuluh tahun tu.. Tak apalah. Kalau dia kisah untuk cari lain, padan dengan muka kau. Sekian~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...