Posts

Showing posts from September, 2012

Serigala Peliharaan

Image
Kalau ditanya haiwan apa aku nak bela, aku akan jawab Serigala. Aku suka serigala sebab ianya bukan anjing dan kucing. Boleh jawapan macam ni? Ok, serigala ni sebab dia garang. Kena dengan perangai aku yang tak garang. lulz. Tapi kalau dapat bela Siberian Husky pun ok jugak. 
Kalau ada serigala dekat Malaysia ni, memang aku dah bela dah. Serigala ni tangkas. Bulu dia pun lebat. Aku suka. Kalau letak depan rumah, pencuri nak masuk pun fikir tiga puluh sembilan kali. Muka serigala ni bengis. Tapi hati baik. Macam mana aku tau? Firasat aku kata serigala ni baik jika dengan tuan dia jelah.
Aku pun rasa kalau serigala ni ada dekta Malaysia dan ianya macam haiwan peliharaan seperti kucing dengan anjing tu, pasti ramai yang bela. Pasti punyalah. Mungkin sebab faktor cuaca rasanya yang serigala ni tak bape nak ada dekat iklim seperti Malaysia ni. Pape pun, serigala tetap haiwan pilihan pertama aku.




Sumber

The 3rd Of September

Image
Hidup ni kadang-kadang perlukan satu jiwa, satu hati, satu tempat, ibarat sang pertapa di dalam gua yang cekal sorang-sorang menuntut ilmu jiwa kacau nasib sendiri. Zehahaha.. Tak banyak yang berlaku sangat hari ni kecuali tarikh lahir aku sama dengan kartun Doraemon tu, nasib tak sama dengan Nobita. lulz..
Ikutkan aku nak turun Melaka perkena Alien Big Apple tapi memandangkan minggu depan dah balik Shah Alam, rasa-rasanya dapatkan dekat sana aje dah betul. Dekat sikit dengan rumah. Nafsu makan masih boleh dikawal lagi. Cuma kadang-kadang tewas juga bila masuk bab-bab coklat ni.
Secara serabutnya, aku pun tak pasti nak menghiburkan hati aku sendiri ni dengan apa pada hari bersejarah aku ni. Fikir punya fikir punya fikir, aku nekad untuk memanjakan lidah, tekak dan perut dengan al makanan al tak berkhasiat ini. Biasanya memang begini kalau aku menghargai diri sendiri. Dah penat-penat berkerja, tak salah kalau nak mengada-ngada untuk diri sendiri. Cuma kali ni bukan penat berkerja tapi.. …