Pages

Wednesday, 29 August 2012

Keingginan Ezhar

Salam Angkasaraya. Kali terakhir aku duk cerita pong pang pong pang dekat blog ni, aku sendiri tak ingat bila. Malas Sibuk sikit katakan. Mood tu macam matahari. Sentiasa ada tapi bila dikacau awan gelap, matahari yang besar tu pun tak dapat nak cairkan awan dilangit. Maka mood yang ada tu pun sama juga sifatnya. Diganggu sifat malas. Entah apa benda entah aku punya teori. Serupa kulit duku yang tunggu nak dibuang dalam tong sampah.

Apa benda yang seseorang tu inginkan dalam hidup dia? Aku? Orang mesti sangka aku tak lain tak bukan mesti coklat. Ye memang aku suka coklat, tak dinafikan. Kau umpan aku coklat, mesti aku layu dipukau. lulz. Mehhh... ada benda yang aku inginkan, sangat-sangat inginkan tapi aku tak pernah kongsi dengan sesiapa kecuali diri aku sendiri. Walaupun rapat macam manapun kita dengan seseorang, tak semua rahsia kita harus kongsikan. Tak semua.

Ramai orang tau aku suka coklat dan tak kurang juga yang gemar bagi aku coklat. Itu tandanya aku telah mencipta satu fenomena dalam kepala orang ramai bahawa, 'jaa+coklat=JaaKlat'. Sebutnya 'Jaklat', bukan 'Ja'a Kelat'. Haha..Wateva.. So benda macam ni tak dapat nak dielakkan. Serupa sumpahan barangkali. Di mana ada jaa, di situ ada coklat. Di situ ada Raja Bersiong, di situ jugalah ada darah. Nampak tak kaitannya? Tak nampak.. Dasar pandang ke utara. Semuanya tak nampak.

Pada aku  kalau sesuatu benda yang kau inginkan, sangat-sangat inginkan.. Baik kau jangan kongsi dengan sesiapa. Tak kiralah dengan suami/isteri ke, anak-anak ke, kekasih ke, baik jangan.. Lebih afdal kalau kau dapatkannya sendiri daripada orang bagi serupa "tadaaaaa surprise" secara tiba-tiba. Aku tak nafikan banyak dapat coklat yang buat aku terperanjat bila dapatnya tanpa diduga. Tapi tak sampai lagi tahap aku mampu menitiskan air mata. Dah jelas?

Ok ambil kata, kau inginkan baju kebaya. Orang perempuan lah ni kan. Kau pun cerita dekat suami ataupun teman lelaki. Tiba harijadi kau, tetiba dapat baju kebaya tu. Seronoklah kan ada orang bagi baju kebaya percuma. Siapa tak suka benda percuma hatta sebutir coklat daim sekalipun. Kau rasa terharu, kau rasa nak menagis.. perempuan kan, mestilah kena menagis. Tapi cuba bayangkan baju kebaya tu kau beli sendiri. Kau kerja penat-penat, kumpul duit dan kau beli sendiri, beli sendiri... Fullstop.

Perumpamaan untuk baju kebaya ni tak merangsang sangatlah. Macam harem jadah sungguh. Aku ada benda yang aku mahukan. Kalau aku kongsikan dengan seratus orang sekalipun akan hal ni, nescaya seratus orang ni pun tak dapat nak tunaikan keingginan aku tu. Tak mungkin. Yup memang aku tak pernah bagitau sesiapa tapi aku rasa ianya seakan mahu hampir aku perolehi setelah aku berusaha sedekad yang lalu. InsyaAllah

Impian hati itu lebih berharga dari segala impian untuk memiliki objek benda. Bila mana hati itu dapat diisi dengan impian tersebut, tiada apa lagi yang dapat menandinginya. Tiada! Bertabahlah hati. Diguris, diuji, dilukai itu perkara biasa untuk melengkapkan hati yang dapat diluahkan dengan tangisan kegembiraan. Sampai masa apa yang aku inginkan itu tercapai, nescaya juga akan aku khabarkan kepada seluruh pelusuk bumi :)

Tuesday, 28 August 2012

Taman Negara Johor Gunung Ledang

Puteri mana yang masyur? Puteri Gunung Ledang! Aktiviti kali ni lebih kepada santai. Kalau sebelum ni dua kali mendaki ke puncak atas Gunung Ledang, yang ini mandi manda dengan riang seloka. Dan sebelum ni juga kebiasaannya mandi di kawasan Air Terjun Gunung Ledang, untuk kelaianan menukar aktiviti mandi manda di Taman Negara Johor Gunung Ledang.

Kalau sebelum ni masuk tidak dikenakan bayaran. Pelik juga sebab kali ni setiap kepala dikenakan bayaran. Haha sampai bila nak bagi masuk percumakan. Ada harga di bawah tu. Bandingkanlah sendiri sama ada keterlaluan ataupun tidak. Yang pasti, aktiviti mandi manda ni memang berbaloi. Siapa je tak suka mandi air terjunkan. Kecuali lemas je orang akan tak berasa gembira. So enjoice!



















 

Monday, 27 August 2012

Salam Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

Jom beraya. Tahun ni beraya dalam keadaan kesederhanaan. Sederhana dari segi permakanan sehingga perut menjadi bintat toroi. Makan sana sini, setiap masa makan selagi nampak makanan tu di depan mata. Apa boleh buat, negara mewah dengan bermacam-macam makanan. Inilah kesederhanaan. Lulz.

Takda apa nak coret. Nak coret itu ini pun tak larat sebab perut dah kembung. Jizzz apa kaitan perut kembung dengan jari jemari? Alasan mehh.. Ok lah letak gambar banyak, dalam setiap gambar menceritakan sejuta cerita. Dengan ini saya mengakhiri ucapan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN











Thursday, 23 August 2012

The Expendables 2 & The Bourne Legacy

OH MY FUCKING GOD!!!!!
This is hands down the BEST action movie I have seen in so long!!! (Not counting the Avengers) With all the jokes and these classic action stars this was not only an absolutely mind-blowing action movie but it was also a feel good fun time too. There are tons of classic one liners form all the stars’ older movies and there are jokes and gory action scenes and enough explosives to make even Michael Bay get a boner. Also HOT DAMN JEAN-CLAUDE! You still be jacked as fuck! He was an amazing protagonist I wish he played bad guys more often.
Bottom line, it is a perfect 80’s action movie with new, high tech effects. If you feel like having an absolutely thrilling theater experience or just thoroughly enjoying 2 hours of your life GO SEE THIS MOVIE!!!

Kecewa sebab peranan Yin Yang dalam sekuel kedua ni seperti mati tamo, hidup pun taknak. Tapi apakan daya, masa tak akan kembali... Ok cukup.. The Expendables 2 ni lebih kepada peminat-peminat yang rindukan nak tengok otai lama Hollywood gred A berlakon. Ketawa sokmo ajelah tengok cerita ni, so aku bagi 3 bintang. Sekian.


Ini dia, ini dia... The Bourne Legacy! Ini sekuel yang keempat dengan actor yang ditukar. Sebelum ni dalam The Bourne Identity, The Bourne Supremacy, dan The Bourne Ultimatum  actornya Matt Damon tapi disebabkan hal dalaman rumah tangga, maka Matt Damon enggan, ingkar, degil,  untuk meneruskan sekuel keempat cerita Bourne ni.

Jeremy Renner dalam The Bourne Legacy ni boleh tahan juga. Kira tak jauh sangatlah kalau nak dibandingkan dengan Matt Damon. Kalau tengok jam tangan aku masa nonton cerita ni, 60 minit pertama kisahnya banyak berdialog. Kena paham seketul-seketul macam mana macam gini. Lepas tu barulah aksi kejar mengejar, bunuh membunuh, tembak menembak.

Babak kejar mengejar masa dekat Filipina memang awesome. Kira sekali nafas jugalah bila tengok babak ni. Phewwww... Suka tak suka aku memang suka, cerita ni kena banyak berfikir. Kau akan cuba sedaya upaya nak recall dari movie yang mana satu bila babak imbas kembali keluar. Kalau kau otak penuh dengan sambal belacan, maka kau akan terpinga-pingalah akan jalan cerita ni dari awal sampai akhi. Bila tak faham, maka akan bosan tahap cipanlah jadinya. lulz..

So aku bagi 4 bintang. Kahkah.. Harap-harap akan ada sekuel yang kelima. Walaupun nampak macam tipis tapi tunggu jelah. Aku cuma perlu tunggu call je ni, manalah tau dorang memerlukan perlakon tambahan. Aku ok je. Hewhew..

Saturday, 18 August 2012

Pasar Awam Muar/Maharani

Tadi pagi sempatlah berfoya-foya dekat pasar dengan membantu ibunda tercinta coping. hewhew.. Esok nak raya kan. Rumah dah siap kemas semalam hasil gotong royong tanpa bantuan penduduk taman. lulz. Hari ni cuma perlu siapkan masak-masak sampai hangus. haw haw haw!!! Sedikit gambar yang tak seberapa masa dekat pasar pagi tadi. Daaaaaaa... Tak ketawa memang sah kau seorang yang panas baran. chiao!

 MUOR.MUOR.MUOR.

 DAGING.. DAGING.. makan budak!!!

 .SANTAN CLAUS.

 IKAN DI LAUT, ASAM DI DARAT.

 HEY SALEM!!! MEOWW..

TOMOTO!! PUN BOLEH 

 KALAPA!! PUN BOLEH

ADA GAMBAR TOK JIB

Bowling Ramadhan


Hari tu suku bosan, jadinya turun bangi dengan hajat mahu bersahur dan berbuka di sana mengikut kehendak hati yang meronta-ronta. Rancangan dibuat pagi dan terus redah malamnya. Kira main terjah je ni. Nak dijadikan cerita yang tak berapa nak cerita bila jelma keesokkan harinya, pergilah The Mines berjalan-jalan menggunakan sepasang kaki yang ada ni. Yang menghampakan bila perasaan diri mahu menonton Bourne Legacy namun TGV tak ambil pulak movie ni. Hampeh kan kan....... Sudahnya tersangkut main boling. Pun boleh.. 


Gambar sahur di mamak sambil mempelahap nasi goreng ayam dan berbuka capati ke apa benda di mamak juga ketiadaan. Mulanya mahu berbuka pecel lele di gerai tidak kesampaian. Penuh baq hang. Nak taknak tapau sudah. Dekat mamak waktu berbuka tu, berjamukan choki-choki sementara sampai capati menanti sabar. lulz.. Yang pasti dorang semua dapat melepaskan perasaan ngidam pecel lele. Aku tak bape sangat dengan pecel lele ni. Aku layan je. hewhewhew.. 

Wednesday, 8 August 2012

Berbuka Puasa Dan Selamat Hari Lahir Naza Ahmad

Ramadhan ke-19. Alhamdulillah. Dan berbuka di luar bersama sahabat handai. Dan juga Selamat Hari Lahir Naza Ahmad yang jatuh pada 8.08.2012. Ok yang berbaju merah Manchester United, tuan empunya badan yang bernama Naza Ahmad. Tapi aku pula yang bikin rosak majlis sebab.. ermm abaikan jelah. lulz.. 

Berbuka puasa ni buat spotan je dekat Ikan bakar Sabak Awor Muar. Tempat ni memang popular dengan ikan bakar sebenarnya tapi ni baru kali kedua aku pergi ke sini. Al maklumlah aku kan pemalu nak keluar makan dekat luar. zzzzz...

Mudah ringkas dan seronok. Akan datang, mungkin tahun depan akan buat berbuka puasa dekat tepi pantai. Manalah tau kan. Takpun dekat atas bangunan. Sambil-sambil tu boleh tengok permandangan. Merepek sudah aku ni. Pape pun enjoice lah dengan gambar ni. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi apakan daya, Jaa kan pemalas. Hahaha












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...