Pages

Tuesday, 31 July 2012

Batman

Grey Monotones Version

thebrucewayne:

Always a favorite

fhloston-paradise:

Shadow of Batman by Eddy Newell



brucewayneissexy:

“Crime has learned my name, and it has recoiled.”
—Batman


meccus:

Holy mother of Batman!!! *_* 

Ramadhan Brigade


Tempoh hari aku dengan gay aku Mr. Hamri pergi buat kerja amal. Haha.. Dia ni ceo dalam pembikinan. Tapi sebelum tu nak berdongeng berceloteh pasal hal berbuka puasa. Program amal ni mula malam, so kita orang bercadanglah nak berbuka puasa dekat Masjid Al-Syakirin KLCC, sudahnya berbuka McDonald. Tapau kemudian makan dekat taman KLCC tu dengan berjuta-juta insan senasib. Tapi kira meriah jugalah sebenarnya waktu berbuka dekat sini. Ok cukup akan hal berbuka. 


Ini taklimat kedua. Taklimat pertama masa dekat office dorang pun sempoi juga. Aku pertama kali sebenarnya sertai program amal mengagihkan makanan kepada orang geladangan sekitar Kuala Lumpur. Nak merasai pengalaman sendiri. Sekurang-kurangnya dapat melihat akan waktu malam Kuala Lumpur dari kaca mata yang sama sekali aku tak sangka sebenarnya.

Program ni aku ikut anjuran Sime Darby kerjasama dengan Kechara Soup Kitchen. Dari 8.30 pm sehingga 11.00 kita orang dengar taklimat sekian-sekian. Ialah aku pun manalah tau macam mana nak handle situasi apa yang patut dibuat nanti. Dengan ada taklimat ni, kira fahamlah sikit-sikit. Banyak-banyak tak boleh lagi sebab belum tahapnya. Haha..

Kita orang mula bergerak pukul 11.00 pm macam tu. Sebab masa ni semua kedai dah tutup dan orang geladangan ni akan tidur di kaki lima, bawah jambatan, belakang kedai apa semua. Tugas kita orang mengagihkan makanan dekat dorang semua. Kita orang diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk ke kawasan-kawasan yang dah ditentukan.


Ni gambar depan Kechara Soup Kitchen Jalan Imbi nun. Mamat ni jambu. haha.. Biasalah sebelum apa-apa kenalah bergambar dulu. Gambar aku tak bape nak ada. So wakilkan jelah gambar mamat jambu ni.

Sekarang baru aku tau betapa susahnya insan lain pada waktu malam yang tidur dekat kaki lima. Kita ni tidur atas tilam yang empuk, dengan kipas penghawa dingin apa bagai. Dorang tidur dengan beralaskan kotak dengan ditemani nyamuk. Sudahlah kebanyakkan semuanya orang tua. Terfikir juga aku, mana pergi anak-anak dorang ni semua. Entahlah... Kadang-kadang susah nak tafsir akan kehidupan di atas muka bumi ni.

Sedih pula nak cerita pasal hal macam ni. Nagis nanti baru tau. Yang pasti pengalaman mengajar, tak banyak sikit pun jadilah. Hari esok pasti hadir. Cuma kita je yang belum pasti dapat melalui hari esok. Barangkali. 

Sunday, 22 July 2012

Juadah Berbuka


Juadah berbuka aku semalam paling simple. Memandangkan berbuka waktu Shah Alam 7.31 petang, aku mula keletung keletang dekat dapur pukul 7. Nak siapkan juadah ni cuma dalam 20 minit je. Daging burger, broccoli, keju, telur mata, dengan roti gardenia. Aku jenis yang kurang gemar ke param (Pasar Ramadhan) sebab nanti tak tau nak beli apa, sudahnya balik dengan air tebu je nanti.

Semalam teman abang aku pergi Petaling Jaya duk beli dakwat untuk printer dia dekat Digital Mall tu, pastu ke Jalan Pahang HKL beli buku belajar dia apa benda entah. Balik tu baru singgah beli broccoli dekat mydin seksyen 18. Setelah hampa kelmarin, akhirnya dapat juga broccoli untuk juadah berbuka. Aku tak cerewet dalam bab-bab makan ni. zzzzzz.. Setakat dapat makan benda-benda macam ni dah kira bagus untuk aku. Lagipun aku dah bagitau yang aku ada matlamat aku sendiri untuk bulan puasa kali ini.

Semalam pun abang aku tanya berat badan aku berapa dan aku yakin macam boleh turunkan dalam 4 atau 5kg kali ni. Maknanya berat badan aku penghujung Ramadhan nanti mungkin 63kg. InsyaAllah. Kalau diikutkan, aku boleh je sebenarnya nak makan ayam percik, murtabak apa bagai masa waktu berbuka. Bukan susah pun, dekat Shah Alam ni param bersepah sana sini. Cuma nak taknak je pergi sesakkan diri bersama-sama orang ramai. Ahhh nanti balik Muar boleh je makan semua ni.

Cuma aku mengidam air tebu dengan air laici je sekarang ni. Maksud aku waktu berbuka nak minum air kegemaran ni. Bila dicongak-congak, aku akan dapatkan dekat Muar je rasanya nanti. Air ni manis, nanti senang dapat kencing manis lepas tu senang nak kena potong kaki. Bila kena potong kaki, dah sedih tak dapat nak pakai kasut. Bila tak dapat pakai kasut, dah sedih tak boleh nak kayuh basikal lagi dah. Apa aku merapu ni? Pang nanti baru tau.

Yang pasti ada 28 hari lagi untuk dilalui pada bulan Ramadhan ni. Awal lagi ni. Sebenarnya aku seperti ada kehilangan satu 'jiwa' yang buat aku sayu baru-baru ni. Entahlah. Tengoklah dulu macam mana keadaannya akan datang ni nanti. Selamat Berpuasa kalian.

Friday, 20 July 2012

Juadah Bersahur


Ramadhan kembali lagi. Dan aku menyambut hari pertama Ramadhan seorang diri. Maknanya akan sahur seorang diri dan berbuka juga seorang diri. InsyaAllah. Siapa yang sudah menyelesaikan terawihnya yang pertama pada malam ini, syukur Alhamdulillah.Berbalik kepada motif awal aku nak cerita serba sedikit pasal permakanan yang bakal aku harungi sebulan berpuasa nanti.

Tadi aku ke Mydin untuk membeli broccoli, namun hampa. Broccoli habis. Pusing punya pusing, maka aku belilah daging burger, cheese, telur, dan susu coklat. Dan nyata aku seorang yang perlupa sebab tak membeli roti gardenia. Kalau siapa yang kenal aku, mesti tau yang aku ni tak minum susu tapi aku selamba je beli susu coklat 6 kotak. Ni namanya buang tebiat nak hidup.

Aku pun tak tau nak buat apa sahur pagi esok. Nak masak macam mana daging burger ni? Tulah main beli sembarono je. Aku ingat sahur esok pagi nak makan telur mata dua biji sama broccoli tapi dah takda, lagipun aku dah pergi dua kedai. Malas nak pusing banyak kedai. Kalau takda jual hari ni, mungkin akan ada jual hari lain. Macamlah tak makan broccoli sehari boleh mati. lulz..

Sebenarnya ni kira diet lah juga. Selain daripada menjalankan perintah-Nya, aku ada misi tambahan yang bulan Ramadhan kali ni nak jaga permakanan. Aku akan cuba kurangkan makan nasi. Seminggu dua kali makan nasi rasanya ok. Lepas tu dalam masa sebulan ni juga, aku taknak sentuh coklat langsung walaupun stok coklat masa beli borong dekat kilang haritu masih ada lagi dalam peti ais.

Kalau sayang badan sendiri, kenalah disiplinkan diri tapi janganlah jadi bebal sampai menyeksa diri macam diri tu seolah-olah nak jadi model. Aku kalau rasa nak makan sesuatu, aku akan makan ikut suka lepas tu aku akan pastikan bersenam semaksimum mungkin untuk buang segala kalori yang aku dah telan tu tadi. Senang je bukan. Buat apa nak susahkan diri ambil pil lah, makan muntah semulalah. Hidup ni kena rajin walaupun pemalas macam aku ni. Haha...

Harap-harap esok pagi dapatlah aku hidangkan makanan sendiri untuk diri sendiri dengan hidangan yang yummeh! Sebenarnya aku dah biasa sahur dan berbuka seorang diri masa kerja dulu. So takdalah masalah sangat. Cuma rindu nak berbuka dengan keluarga dah pastilah tapi ni lah yang dinamakan kehidupan tak bape nak manja. Kalau nak manja je memanjang sila pergi terjun kolam yang cetek agar tidak mati lemas.

Sekian.

Wednesday, 18 July 2012

Ezqir Dan Qisyah (Part 5)

Ezqir percaya satu lagi Batu Sagrev selain yang ada pada dirinya dan juga Qisyah sudah pun ditemui, cuma beliau masih tidak ketahui siapa gerangan yang mempunyai batu itu. Badan Ezqir terasa lesu, dan beliau mengambil keputusan untuk melelapkan mata seketika. Ini kerana pada malam harinya beliau mempunyai perancangan tersendiri untuk berjumpa dengan Lixuq seorang tua yang menjadi teman berbualnya di bumi Gexneic ini. Lixuz merupakan salah seorang dari tiga bersaudara pahlawan yang dianggap mempunyai kemahiran tinggi di antara kaum Pevzex.

Setelah sampai ke rumah, Zeriuk dan Fatisyah mendapati Qisyah sedang duduk termenung di halaman rumah. Fatisyah mengisyaratkan agar suaminya masuk ke dalam, sementara beliau menuju ke arah anaknya itu. Fatisyah duduk di sebelah anaknya dan senyum tanpa berkata apa-apa pun. Setelah dua minit berlalu, Qisyah memulakan berbicara akan apa yang berlaku semasa di sekolahnya, atau lebih tepat lagi apa yang berlaku di dalam pembelajaran di kelas makmal. Fatisyah cuma tersenyum melihat gelagat puterinya yang melepaskan geram dalam ceritanya itu.

Fatisyah: Lelaki sikapnya memang begitu.

Qisyah: Hurm.......

Fatisyah: Dulu ayah kamu juga begitu masa mahu mengenali ibu. Lebih dari itu sebenarnya.

Qisyah: Benarkah ibu? Kenapa ibu tidak pernah bercerita kepada Qisyah sebelum ini.

Fatisyah bercerita dari mula hingga keakhir kepada puterinya itu bagaimana perkenalan dirinya dengan Zeriuk semasa muda dulu. Terasa lucu diri Qisyah mendengar akan cerita ibunya itu. Tidak disangka juga akan dirinya sendiri yang ayahnya seorang yng mengada-ngada semasa muda. Kedua-dua beranak itu ketawa sesama mereka. Zeriuk yang terdengar tawa ria kedua-dua insan berharga dalam hidupnya itu keluar mendapatkan mereka.

Zeriuk: Mengumpat ke atas diriku, sudah pasti bukan kalian berdua ini?

Qisyah: Ibu menceritakan saat ayah mahu mengenali ibu sewaktu muda dulu.

Ketiga-tiga beranak itu ketawa sesama mereka. Dan yang pasti Fatisyah lega kerana puterinya itu tidak lagi bermuram muka seperti sewaktu beliau dan suaminya sampai ke rumah tadi. Semasa mahu melangkah kerumah, mereka didatangi seorang tetamu iaitu Lixuz. Seperti yang dijanjikan, Lixuz sampai tepat pada masanya. Orang tua ini merupakan seorang yang sangat menghargai masa. Kedatangan ke rumah Zeriuk juga adalah kerana mahu membincangkan akan hal Batu Sargev yang masih belum diketemui.

Zeriuk mengarahkan isteri dan puterinya masuk dahulu ke dalam sementara beliau mahu berbicara bersama Lixuz di halaman luar rumah sahaja. Ini kerana Lixuz sendiri mempunyai urusan untuk berjumpa bersama Ezqir di rumahnya sendiri pada waktu malam. Ianya tidak mengambil masa yang panjang, setelah berbual akan perkara-perkara yang tertentu, Lixuz memohon diri untuk pulang.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Lixuz mengambil keputusan untuk singgah sebentar ke..

Tuesday, 10 July 2012

The Amazing Spider-Man


Aritu aku tengok cerita labah-labah makan orang. Lepas tu orang yang kena makan tu bertukar jadi ikan dalam perut labah-labah tu. Besar juga labah-labah tu. Merepek sungguh! Aku tengok The Amazing Spider-Man. Tak lain tak bukan sebab aku tengok cerita ni disebabkan Emma Stone atau nama sebenarnya Emily Jean Stone. Takda kaitan langsung dengan Andrew Garfield. Serius takda.

Memandangkan cerita The Amazing Spider-Man ni sangat awesome tahap bintang terang di bimasakti, aku pasti yang cerita ni akan aku tengok berulang-ulang kali lepas ni. Dulu aku layan Spider-Man pun sebab nak tengok badan Tobey Maguire. Dasyat kot badan dia masa tu. Tough baq hang! Sekarang ni watak Tobey ditukar dengan Andrew Garfield. Takdalah body Andrew ni macam Tobey tapi nasib baik muka dia yang cute tu jadi penyelamat.

Watak Gwen Stacy aka Emma Stone kekasih pertama Peter Parker dalam The Amazing Spider-Man ni memang amazing pun kalau nak dibandingkan dengan Mary Jane. Aku rasa mungkin sebab aku tak minat Kirsten Dunst ni, tu yang watak Marry Jane macam tak best je kalau nak dibandingkan dengan Gwen Stacy. woot woot.. Dan nasib baik jugalah ada watak James Franco dalam Spider-Man ni dulu. Perghh abam James Franco tu. 

Berbalik kepada cerita The Amazing Spider-Man, reboot dari cerita Spider-Man yang asal, aksi dalam filem ni lebih segar macam buah yang baru dipetik. Mehhh kalau aku cerita pun tak guna, baik jelah baca dekat IMDb sini. Tapi kalau baca je memang tak bestlah. Kena tengok juga, lagipun ada Emma Stone wei. Suka tak suka The Amazing Spider-Man memang best. Cukup kata!

Owhh ya aku tak letak gambar Andrew Garfield ataupun Spider-Man sebab dah ada Emma Stone kan. Haha.. Kalau takda Spider-Man pun orang akan tengok juga walaupun Emma Stone yang jadi Spider-Man. Perghh melampau. Dah tengok Zombieland? Best juga sebab ada cik Emma ni. Kelakar cerita Zombieland ni. Dan dengar-dengar cerita Batman The Dark Night Rises nak keluar sehari sebelum puasa. Macam menarik. Ayuhlah nanti :)


M.R: Peter, don't make promises you can't keep.
Peter Parker: But, those are the best kind.

Friday, 6 July 2012

Pirates of the Caribbean


Aku memang penagih cerita Pirates Of The Carribean. 
So bila dengar orchestra ni dan ianya sangat awesome tahap
 aku nak  sangat tengok persembahan ni secara live.
Sebenarnya aku nak cari video pasal cerita kartun ni 
tapi terjumpa pula orchestra lagu dalam cerita Pirates Of The Carribean ni. 
Kira bernasib baiklah. Aku pernah tengok sebenarnya orchestra masa tahun bila
aku dah terlupa. Masa tu pertandingan antara sekolah-sekolah negara asia. 
Ada sekolah dari Thailand, dari Singapore, dari Indonesia dan 
dari Malaysia tak terkecuali. Apa yang best dorang ni sebenarnya
bukan masa tengah pertandingan tu tapi masa tunggu result sekolah siapa
yang akan menang. Kiranya masa tunggu ni, dorang ramai-ramai
akan lepak dalam satu hall. Masa ni akan adalah secara tiba-tiba dua tiga orang
yang akan nyanyi lagu happy birthday untuk kawan dia. Bila semua dengar,
masing-masing angkat instrument dorang dan mainkan 
lagu birthday ramai-ramai. Memang meriah. Bayangkan kau tak kenal 
pun siapa punya birthday tu. Tapi bila dah berkumpul ramai-ramaikan.
Maka suasana happening tu akan tetap terjadi. Aku suka
tengok orang main alat muzik sebab aku sendiri 'kayu' tak tau pape
pasal alat muzik ni. Nanti.. ye nanti nak ajar anak aku main piano.
hantar jelah dia pergi class. Bila dia dah pandai, boleh dia mainkan satu 
lagu untuk aku nanti. Satu lagu cukuplah. Banyak-banyak
nak buat apa. Buat penat dia je nanti. Dah dia kata abah dia buli dia :) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...