Pages

Friday, 29 June 2012

Model Jersi Bolasepak

THE FLYING DUTCHMEN 

Euro 2012 dah hampir sampai penghujung. Isnin pagi ni perlawanan akhir antara Spain dengan Italy. Dan aku akan tegar menyokong pasukan yang menjadi lawan kepada Spain. Maknanya aku tiada pilihan selain daripada menyokong Italy. Alang-alang ada pemain Juventus yang berada dalam skuad Azzuri, maka memang tak syak lagi aku akan bersorak untuk ForzaItalia ForzaJuve.

Aku baru dapat jersi Netherlands ni pagi tadi. Ihsan abang aku yang budiman. Teruja macam anak kecil dapat mainan. Walaupun lambat asalkan ada. Lagipun jersi Netherlands World Cup 2010 pun aku masih simpan rapi. Aku pun pelik kenapa aku ada jersi bolasepak tapi takda jersi baseball. Padahal aku lebih minat baseball dari bolasepak. Aku dah cari serata sebenarnya tapi tak jumpa. Nanti dah habis belajar, nak kumpul semua barang baseball dari topi, jersi, bat, hinggalah glove.

Berbalik kepada kenapa aku menyokong Italy berbanding Spain? Aku tak minat Spain sebab dorang mengamalkan permainan tika taka walaupun hantaran bolanya cantik. Masalah tika taka yang sikit-sikit jatuh ni yang membuatkan permainan jadi hambar. Nak tengok aksi jatuh-jatuh, aku rasa lebih baik tengok wrestling daripada tengok perlawanan bolasepak. lagipun kekalahan Netherlands kepada Spain masa perlawanan akhir Piala Dunia 2008 masih tersisa. *muka serius*

Haha bola je kot. Habis-habis pun dapat kepuasan bersorak. Tu jelah. Menang kalah tu kira adatlah. Mana ada main takda menang takda kalah. Gila ke apa. Tapi dulu masa aku wakil sekolah main catur, ada je keputusan seri. Huhu.. Takpe Spain ke, Italy ke.. mana-mana yang menang, Netherlands tetap dah pulang awal. Semoga berjayalah Italy nanti. Dan aku berharap Gianluigi Gigi Buffon akan beraksi cemerlang. Penjaga gol terbaik Juventus tu bai. Dan terbaik dunia kalau tak melampau aku nak kata. lulz.

p/s: taniah kepada mereka yang menang bertaruh setakat ini walaupun dengan sebiji beger, topup $5, belanja makan. Anda tetap dikira berjudi lah mangkuk tingkat!

Friday, 22 June 2012

Final Timbalan Naib Canselor FSPU vs FKM



Semalam perlawanan akhir bolasepak  Piala Timbalan Naib Canselor yang menemukan pasukan Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur (FSPU) dan juga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Lokasi berlangsung di Stadium UiTM. Keputusan berpihak kepada FSPU (Sweden) kerana jersi berwarna kuning dengan keputusan 1-0 ke atas FKM (Uruguay) yang berjersi biru cair.

Sejajar dengan musim Euro 2012 sekarang ini, semangat menyokong pasukan masing-masing pun dikira luar biasa. Kedua-dua ultras FSPU dan FKM dengan lagu masing-masing. Kutuk mengutuk bagi menaikkan semangat pemain di atas padang. Ni apa jadah ayat aku formal bagai ni?

Ini blog siangterang, harus ada lawak jenaka tahap cipan tergolek dari atas pokok. Aku hadir sebagai penyokong FSPU. Fakulti aku kan. Tapi pengadil ada berat sebelah semalam. Mereka yang menonton saja tahu macam mana geramnya terhadap pengadil perlawanan. Tapi apakan daya, pengadil di atas padang itu adalah hakim. Cakaplah apa pun, keputusan tetap tak boleh dibantah.



Gambar ni istimewa sebab tiga orang dekat kerusi biru sana adalah aku yang berbaju merah di depan. Haha.. Aku masuk dari atas Dewan Agong Tuanku Canselor. Masuk dari pintu utama rasa janggal keadaannya. LULZ.  Apa yang pasti, perlawanan semalam memang panas. Mahu tidaknya bila masing-masing ultras berbalas sindir menyidir dengan lagu tersendiri. 

Dengan aksi perlawanan di atas padang yang mereka pun sama-sama bergocoh. Haha. Apa pun diucapkan taniah kepada fakulti aku sendiri iaitu FSPU kerana menjadi juara. Kau mampu? Daaaa... Semangat berpasukan nyata terserlah. Inilah yang dikatakan 'sukan untuk semua'. Kalau acara lumba lari 100 meter, itu sukan untuk diri sendiri.



Tu hah aku dekat sana berbaju merah. Masa ni belum gol lagi. Tu yang masing-masing kusyuk mengamati apa yang kedua-dua pasukan tu buat di atas padang. Masa dah gol, jangan dicerita. Sorak bagai nak pecah. Teknik 'anjing menganjing' itu lumrah sehingga membuatkan ultras FKM diam seribu bahasa. Duhhhh.

Dan yang paling pasti, air asam sponser sangatlah sedap. Berbaloi jugaklah datang memberi sokongan, dapat makan minum free. Kata-kata akhir "Believe In Success"

Tuesday, 19 June 2012

Netherlands Euro 2012


Sebagai peminat kipas susah mati yang kental menyokong team Oranje, aku sedikit kecewa dengan aksi bertenaga mereka tapi tiada sebarang kemenangan mahupun seri sekurang-kurangnya. Pasukan yang lengkap serba serbi, pasukan yang dipercayai mampu membawa pulang piala Eropah 2012 untuk kali ini tapi akhirnya tidak membawa pulang apa-apa melainkan angka kosong.

Tewas kesemua tiga perlawanan bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Dan inilah yang dikatakan bolasepak. Tiada mana-mana pasukan yang tidak akan kalah untuk selama-lamanya. Dengan berakhirnya aksi team Oranje ni, maka berakhir jugalah bangun pagi aku. Aku tidak menonton pasukan lain beraksi. Mungkin final barangkali.. Mungkin...


Kalahnya team Oranje ini juga disebabkan tiada mamat ni. Ruud Van Nistelrooy. haha..

Friday, 15 June 2012

Di Mana-Mana Serata Dunia


Yang ni dah biasa tengok. Biasalah kan orang berebut nak naik keretapi. Bila dah lebih muatan, kita bagi muatan tu lebih lagi. Apa punya ayat dah. Nasib negara 1Malaysia tak begini panoramanya. Kalau tidak, tak taulah nak kata apa lagi.


Kusangkakan cuma di India, namun dia Africa pun sama juga. Dekat sana lori yang terlebih muatan. Kuat jugak lori ni tanggung beban. Agak-agak kalau buat pemeriksaan sirim, kena tahan masa roadblock entah macam mana agaknya pemandu tu nak jawab. 

Saturday, 9 June 2012

Bukit Gasing


Apa ada dengan hujung minggu? Keluarkan peluh adalah aktivti paling afdal selain daripada bersiar-siar di timeline twitter. lulz.. So tadi pagi aku pergi Bukit Gasing yang terletak dekat Petaling Jaya. Taklah jauh mana pun. Kalau lari-lari anak dari Shah Alam, dalam 23 minit dah sampai. Kalau korang percayalah. 


Ni pelan Bukt Gasing yang dah agak berkarat. Mungkin tiada siapa yang rajin tangan nak bersihkan. Harap-harap selepas ni bila aku ke sini lagi, dah cantik berkilatlah pelan ni. Mudah-mudahan.

Untuk sampai ke puncak Bukit Gasing mengikut perkiraan jam tangan aku, cumalah 14 minit sahaja. Yang ini korang harus mempercayai. Sebenarnya taklah tinggi mana pun. Ramai uncle auntie yang selamba panjat bukit ni sorang-sorang. Kagum jugak dengan stamina mereka semua. 


Yang ni jambatan gantung babylon. Panjangnya kira-kira 50 meter mengikut pandangan mata kasar aku. Manalah aku ada masa nak kira bagai. Agak-agak je sudah. Terasa juga dia punya terhayun bila lalu atas jambatan ni. Ada perasaan gementar setiap kali kaki melangkah. Haha.. Puiii..


Lebih kepada aksi ambil gambar je yang semangat bagai. Kiranya tempat ni sesuai untuk beriadah secara minimal. Takda lah sampai ke tahap mendaki gunung. Untuk dapatkan kelonggaran segala otot yang dah lama keras tu bolehlah cuba-cuba untuk panjat Bukit Gasing ni. Kira berbaloilah.


Abaikan signboard ni. ianya sekadar signboad sahaja. Aku nak cerita dengan lebih serius kali ni. Walaupun aku katakan masa pendakian cuma 14 minit tapi sekiranya tidak berhati-hati boleh jadi 2 jam. Ianya bergantung kepada sikap ingin tahu yang memakan diri. Haha.. 

Untuk laluan jalan turun aku dengan mamat kacak baju biru ni cuba ikut laluan berbeza. Sudahnya kesesatan jalan yang kami perolehi. Sudahlah sesat, banyak tempat yang tidak disengajakan pula tu kami jumpa. Maaf, gambar-gambar berkenaan adalah sulit dan tidak sesuai untuk dipamerkan di blog ini.


Sebagai contoh, perigi yang dikatakan adanya makhluk Samara ini diami. Ianya cuma bualan yang sangat menjadi bualan yang berbulan-bulan akan betul atau tidak akan wujudnya makhluk Samara di perigi terbiar di sini. Aku sendiri tidak berani untuk mengiyakan ataupun menidakkan. lulz.


Bila sudah sesat, jalan raya pun boleh ditemui dengan tidak semena-mena. Peliknya jalan raya ni bagaikan tiada penghujung. Suka tidak suka, terpaksa berpatah balik. Nak diteruskan perjalan, dikhuatiri sesat entah ke mana-mana. Katanya mahu membuat tempat bunian di sini. Katanyalah.. Aku sendiri tidak pasti. 


Inilah makhluk biru yang bawa aku ke sini. Penyokong tegar Italy dia ni. ForzaItalia! Masa ni dekat menara tinjaun ataupun tempat beristeri rehat di atas puncak. Banyak juga aktiviti menconteng di pondok ni. Kreatif sungguh tangan-tangan mereka ini meluahkan perasaan yang bunga kumbang lagi meleleh air liur.


Yang ini dah tentu aku. Dengan gaya agent aluminati tahap kotak 3 di bahagian perut, aku sengaja membuat memek muka yang tak berapa nak seram kerana blog ini adalah kategori U ataupun Umun. Tiada unsur-unsur 23SX 23SG mahupun 23PL. Sila ke blog lain yang lebih menghairahkan datin datuk. Ehem ehem..


Masanya untuk pulang setelah sesat hampir 2 jam. Kalau diikutkan dari gambar ni, ramai pengunjung yang hadir pagi ini. Lihat akan banyaknya kereta sudah dapat diagak. Cuaca pun tidak panas dan tidak mendung. Sepoi-sepoi angin bahasa sanskrit gitu. Sehingga ketemu lagi. 

Selamat Jalan Bukit Gasing

Friday, 8 June 2012

Coldplay - Fix You



When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse.

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?

Light will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Tears stream down on your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down on your face
And I...

Tears stream down on your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down on your face
And I...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...